Bab 16

5.6K 210 3
                                    

KENAPA harus aku, kenapa dia yang terpilih. Pasti ada tersilap di mana mana.

Fariz membutangkan baju melayu yang berwarna putih gading itu. Kemudian, dia melihat dirinya pada cermin di bilik itu.

" handsome juga aku ni " gumamnya sendiri. Kuat betul perasan. Terus, dia berpaling ke belakang melihat seorang wanita.

Wanita yang memegang bunga. Wanita yang sedang bersiap untuk ke jinjang pelamin. Wanita yang dianggap sebagai bidadari buatnya.

Fariz mengukir senyuman nipis. Bahagianya detik ini.

Saat wanita itu hendak berpaling muka menghadapnya..

Semuanya seakan gelap.

LEANE memicit kepalanya yang berdenyut. Dia menoleh ke arah Nadine yang berada di sebelahnya. Kuat benar minah ni membebel. Kita ni kalau boleh nak bom kepala, dia pergi tambah bom dalam otak aku pulak.

" diamlah Nadine " Leane sambung memicit kepalanya. Nadine terus terdiam. Lengan Leane dipaut.

" Leane, kau tak rasa ke, Fariz tu hebat " EEEEEEEE perempuan ni. Dari tadi lagi. Aku suruh diam, dia pergi sambung pulak!

" awesome lah laki kau, aku nak jugak " Tangan Nadine sudah ke awangan dek teruja. Aku menggelengkan kepala perlahan.

" Leane, coffee? " Haziq menghulurkan secawan kopi Nescafe kepada Leane kerana leane yang memintanya untuk membelikan kopi itu untuk dirinya.

" eh untuk Leane je? Aku? " Jari telunjuknya ditunjuk ke arah diri sendiri. Nadine mendengus.

" sendirilah " tempelak Haziq selamba. Dia mengambil tempat untuk duduk di sebelah Leane.

" alaaa ... apani... " meleweh ayat Nadine. Haziq mengeluh.

" apa kata, kau pergi turun, beli air kau sendiri, tinggal aku dengan Leane sekejap? " Nadine membuntangkan mata. Seriouslah?! Haziq halau aku?

" okay fine, sampai hati " Nadine terus berdiri. Kakinya dihentak hentak sambil melangkah ke kafeteria.

" cikgu Yusri akan bawa kes baharom. Dia doakan semoga Fariz cepat sedar. " Ujarnya.. Leane hanya membalas hm sahaja.

Jujur, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia rasa. Hatinya diulit rasa serba salah. Dia benar benar pembawa malang dalam keluarga ini. Setelah apa yang telah berlaku, apa jenis isteri kah dia ini?

" dah lah, jom balik? Awak dah call parents Fariz? Awak balik dengan siapa? " soal Haziq. Dia perasan akan perubahan air muka gadis itu. Risau mungkin.

Sebentar tadi, Leane menelefon Mummy Maria untuk khabarkan tentang ini. Jelas, Mummy Maria agak terkejut dengan semua yang terjadi. Katanya dia akan ke mari bersama Fasha.

" you can leave me alone here... nanti abang aku datanglah... " ujar Leane. Haziq mengangguk. Dia berdiri. Baru sahaja dia ingin meminta pamit...

" Leane! " laung seseorang. Leane dan Haziq menoleh kepala kearah seorang wanita dan remaja di kaki lima itu. Kaki dideraskan menuju ke arah Leane.

Leane turut berdiri " Ya Allah Leane, apa dah jadi " kemudian bahu Leane laju dipeluk oleh Mummy Maria. Air matanya tidak putus putus membasahi pipi.

" kak, macam mana abang ? " soal Fasha. Matanya melilau kiri dan kanan untuk mencari bilik yang merawat abangnya.

" ada dekat dalam " beritahunya perlahan. Haziq tercengang. Apa.. yang sedang dia lihat ini? Leane kelihatan rapat dengan ibu Fariz.

" bawak bertabah ye sayang " pesan Mummy Maria. Leane mengangguk kecil. Hatinya diulit seribu satu perasaan gudah.

" Assalamualaikum Puan " panggil Haziq. Mereka bertiga menoleh ke arah Haziq. Pelukan dileraikan.

" Saya Haziq, saya ketua pengawas sekolah ni, saya mintak maaf atas apa yang berlaku, saya harap Puan ... "

" Maria "

" saya harap Puan Maria sekeluarga bertabah " sambungnya lagi. Mummy Maria hanya tersenyum tipis.

" benda dah jadi, apa yang boleh dibuat, sekarang kita doa dan tawakal sahaja " mereka hanya mengangguk. Benda dah jadi, tidak perlu salahkan takdir.

" saya gerak dulu lah Leane, apa apa hal nanti saya cal awak " beritahu Haziq. Leane mengangguk lemah. Terus dia mencapai topi keledar di atas kerusi.

Leane hanya menghantar Haziq dengan sebuah pandangan yang suram. Kelibat Haziq hilang dari pandangan matanya.

" Leane mintak maaf Mummy, kalau bukan sebab Leane,-- " lantas ayatnya dipotong oleh Mummy Maria.

" Sudahlah Leane, ini semua dugaan, bukan salah siapa siapa " pujuk Mummy Maria. Dia tahu, apa yang telah terjadi. Dia juga risaukan Fariz, tetapi apakan daya, benda telahpun terjadi.

" Mummy... Daddy sihat? " soal Leane setelah mereka duduk di kerusi menunggu.

Mummy Maria menoleh ke arah Fasha. Fasha melepaskan keluhan.

" Daddy, agak tegang. Dia tak kasi pun Fasha dengan Mummy nak sebut fasal Abang. Mungkin dia masih marah " beritahu Fasha. Leane mengangguk lemah.

" tapi jangan risau, masa Mummy nak ke sini, Mummy dah beritahu dekat Daddy yang Fariz masuk hospital. Mummy boleh nampak muka dia yang risau fasal Fariz. Cuma dia tu hati batu. Maklumlah lelaki. " sambung Mummy Maria diselangi dengan tawa kecil yang dibuat buat untuk menutup rasa risau terhadap Fariz.

Leane serta merta teringat akan keadaan wanita tua yang disayangi dan disanjung tinggi oleh Fariz, Mak Tok. Sihatkah dia? Masih marahkah lagi dia? Masih mencanang hal buruk tentang aku kah? Leane mengeluh perlahan.

" jangan risau Leane, mummy yakin daddy ok je, semuanya perlukan masa... Mak Tok, biasalah dia orang tua, jangan dihiraukan sangat..Mummy percaya pada Fariz dan Leane.. " ujarnya seaakan akan tahu tentang persoalan yang bermain di minda. Tangannya menggosok perlahan belakang badan Leane supaya dapat memberikan sedikit sokongan.

Tiba tiba sahaja, kelibat Nadine muncul. Nadine berjalan ke arah Leane sambil membawa secawan kopi, mungkin.

" Hai dan assalamualaikum aunty , saya Nadine, kawan baik Leane a.k.a kawan sekelas Fariz juga " ujarnya sambil menutur senyuman yang menampakkan gigi kerang busuknya itu. Heh.

" waalaikumsalam, aunty Mummynya Fariz. Ni adik Fariz, Fasha " Mummy Maria memeluk bahu Fasha.

" saya kenal Fasha, dia selalu duduk dekat kaunter perpustakaan " ujarnya. Leane menyiku tangan Nadine. Eh, minah ni. Tetiba pulak terlebih ramah.

" Leane " Leane menoleh ke arah pemilik suara garau yang memanggilnya.

Leane berdiri dan terus memeluk Muiz.

" apa dah jadi ? Fariz macam mana? " soalnya risau. Leane hanya diam dalam dakapan Muiz.

Mummy Maria memandang aneh terhadap pemuda yang dipeluk oleh Leane.

" bang, ni mummy and adik Fariz. " Muiz senyum ke arah dua wanita di hadapannya.

" siapa ni Leane? " soal Mummy Maria.

" dia ni abang saya Mummy , Mummy tak pernah jumpa sebab kami terpisah jejak semasa kecik dulu.. dia belajar luar negara " beritahu Leane. Mummy Maria hanya mengangguk.

Tak lama kemudian, doktor keluar daripada ruangan kecemasan itu. Lantas mereka menuju ke arah doktor tersebut. Menunggu keputusan daripada doktor bertugas.

" bagaimana doc? Saya ibu dia " ujar Mummy Maria sebagai wakil. Masing masing membuat muka suspen menunggu butir bicara yang bakal disampaikan oleh doktor itu.

Doktor itu menggelengkan kepalanya dan berkata " Saya rasa hidup Fariz Aiman ini.... " ayatnya dibiarkan tergantung begitu sahaja..

Allah.

Kua berikanlah aku kekuatan.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now