Bab 1

17.3K 401 5
                                    

Leane mengemaskan kot di badan. Tudung pengawas berwarna biru dimasukkan ke dalam kemeja. Name tag yang bertanda ' Delileane Aliyah , PEN. KETUA PENGAWAS ' dibetulkan sedikit daripada senget. Kedutan pada kot di dada gosok perlahan. Hari ini hari pertamanya dalam persekolahan. Dengan kenaikan pangkat sebagai Penolong Ketua Pengawas, dia yakin dia akan lebih bersemangat pada tahun ini. Fariz yang sedang mengemaskan lengan kemeja dijeling.

" Leane, ambilkan tie aku. " Arah Fariz. Sebagai seorang isteri, dia perlu menuruti arahan suami. Eh ?
Leane membentukkan tie di tangan kemudian disarungkan ke kepala Fariz.

" tunduklah. " setelah berpenat berusaha untuk menyarungkan tie di kepala Fariz, akhirnya Fariz tunduk.

" harap je Penolong Pengawas tapi sayangnya pendek. " sindir Fariz. Leane hanya menjeling geram. Leane mengemaskan sedikit kot di bahu Fariz. Baju berwarna purple itu ditepuk dengan sengaja.

" ewah dia, balas dendam eh " Fariz tersenyum nakal. Leane membalas jelingan Fariz.

" jangan kata ni Cik Penolong Pengawas kalau tak pandai nak membalas dendam " Balas Leane dalam separa bisik namun didengari Fariz.

" huh ? Jangan kata ni Encik Ketua Kaunselor Sekolah kalau aku tak pandai nak bermula. " mereka berdua melawan jelingan mata. Muka dirapatkan. Masing masing tidak mahu kalah.

" haaa cepatlah pasangan anak muda oi. Nak lambat ke ? " jerit Fasha dari luar pintu selaku adik Fariz yang berumur 16 tahun. Beza setahun je. Leane dan Fariz memandang ke arah pintu. Dasar penyibuk je Fasha ni !

Beg mereka berdua capai di atas katil dan berebut keluar dari bilik. Sehingga berlaku perlanggaran dari atas tangga.

" apa ni Riz, Leane, elok elok la. Jatuh tu nanti " tegur Encik Ishak sebagai Bapa Fariz yang sedang menyapu butter di atas roti bakar.

" entah ni Leane. Beriya dia nak lari. Kejar boyfriend kat sekolah ni " usik Fariz. Leane membukatkan mata dan menghantar sepit ketam di siku Fariz membuatkan Fariz mengadu dan menjerit kesakitan.

" jangan nak sembarangan menuduh. Kau tu yang terkejar girlfriend kat sekolah " Leane melemparkan senyuman ke arah Puan Maria dan Encik Ishak dihadapannya. Dan serta Fasha yang sedang enak menelan roti.

" dah dah. Dah lewat ni. Daddy suruh Pak Ya hantar korang bertiga ya, " Fasha dan Leane mengangguk sahaja. Fariz menggeleng.

" Riz rasa Riz nak bawak kereta. Riz drive sendiri la Daddy. " pintanya. Encik Ishak hanya diam.

" Ehem ehem " Leane membetulkan tekaknya dengan sengaja.

" dah sakit tekak kenapa pulak ni ? Mummy letak ais ke dalam cawan isteri Riz ni ? " Fariz mencapai cawan di sebelah Leane. Terasa panasnya. Datang dari mana pula batuknya ni ?

" abang, please faham. Ni Cik Penolong Pengawas. Bukan pengawas biasa. Fasha yang adik junior dia paling rapat ni pun dia dah hukum last year, ni kan abang. " Fasha mencelah. Baru Fariz mengerti.

" tu adik. Ni kan suami dia.. " dibuat muka kesian di hadapan Leane. Namun Leane tidak melayan langsung.

" suami tak suami. I am not giving you drive to school until you are really seven teen ! " bibir Leane diketap. Selesai satu tanggungjawab sebagai pengawas pagi ini. Mangsa pertama pada tahun ini ialah suaminya sendiri. Gelak jahat bergema di dalam hatinya.

" okay the answer is, Pak Ya will send both three of you guys to school " Leane dan Fasha bersorak kegembiraan dan berdiri mengambil beg dan berlalu keluar daripada pintu apabila mendengar kata putus Daddynya. Fariz hanya ditinggalkan begitu sahaja. Tangannya digengam.

" we see what i will do for you !! " jerit hati kecil Fariz Aiman.

***

" bitch woman sekolah kita pergi sekolah dengan Stylo Guy sekolah kita ! " Leane hanya mengendahkan mulut mulut yang tidak putus mengata tentangnya. Awal tahun begini masih lagi mahu menambah dosa.

" hey ! Awak semua ni tak reti nak beratur ke ! Sana ! " halau Leane dengan garangnya. Fariz di sebelahnya hanya memandang Leane yang sedang memarahi pelajar perempuan tingkatan 4 itu. Mereka berdua masuk ke dalam pagar sekolah.

" Leane !!!!! " jerit Haziq Yusry. Leane tersenyum dan melambai kembali Haziq yang sedang menghampirinya.

" Hey Fariz " Fariz hanya tersenyum palsu. Matanya tidak lepas memandang nametag Haziq. Ceh, Ketua Pengawas konon. Elokla. Serupa dengan Leane yang ganas nak mati ni. Sama sama bitch.

" sihat ? " soal Leane. Haziq hanya mengangguk. Fariz mula panas dengan drama dihadapannya ini.

" aku masuk dululah. Panas rasa pakai kot tebal tebal. " bajunya dikibas kasar. Sengaja mahu menunjuk kepada Haziq yang Ketua Kaunselor sekolah lagi bagus daripadanya.

" haa pergilah. Aku dengan Leane tak kisah pun kau nak kemana. Lain kali tak payah gatal nak jadi Ketua Kaunselor sekolah kalau kau rasa panas nak pakai kot. " Fariz membuntangkan matanya. Pedas benar sindirannya itu. Aku panas bukan sebab kot ni lah ! Panas sebab kau rapat dengan isteri aku. Fariz yang tinggi lampai itu mendengus geram dan berlalu masuk ke dalam sekolah.

Leane hanya diam memandang Fariz yang baran itu. Terasa ke cik abang ?

" asal awak pergi sekolah dengan Fariz pulak ni ? Awak dengan dia ada apa apa ke ? " soal Haziq. Leane menggeleng.

" mana ada. Saya jalan kaki tadi then jumpa dia kat tengah jalan. Adik dia, Fasha yang ajak pergi sekali. Dah saya pun malas nak berjalan kaki so saya ikut jelah " terangnya. Terpaksa menipu. Takkanlah perlu beritahu tentang perkahwinannya dengan Fariz pula kan ? Fariz sendiri mempunyai peminat yang ramai mengalahkan Haziq Yusry. Mahunya Fariz Fans or Fariz Lovers serang Leane sebab Leane isterinya.

" oh ya ke.. tapi dulu awak selalu dengan parents awak. Kenapa jalan kaki pulak ? "

" parents saya dah meninggal. Dahla. Jom masuk. Perhimpunan dah nak mula. " ajak Leane cuba untuk mengalihkan perhatian. Leane sudah berjanji tidak mahu bersedih tentang arwah papa mamanya.

" Saya sebagai Ketua Pengawas baru bagi sesi 2017 ini akan pastikan semua disiplin sekolah akan teratur. Dan saya dengan Cik Penolong Pengawas kita, Delileane Aliyah akan selalu melakukan spotcheck. Dan saya pasti ramai yang melanggar peraturan sekolah hari ini. jadi bersiap sedialah ya " ucap Haziq. Leane yang berdiri di tepi dewan hanya membuat muka tegang untuk menunjukkan ketegasan. Fariz yang berada tidak jauh darinya dipandang. Dia sedang memarahi beberapa pelajar lelaki. Leane melangkah menghampiri mereka.

" apa hal ni ? " soal Leane garang. 3 orang pelajar itu hanya menundukkan kepala.

" diaorang ada buat cubaan merokok ka belakang sekolah. Aku tangkap lah. " jelas Fariz. Leane tersenyum sumbing.

" muka sama. Tak serik ya ? Ambik lah ni as your first case. Uruskan dngan baik. " aku menepuk perlahan bahu Fariz. Fariz menarik lengan bajuku. Aku berpaling.

" apa dia ? Nak ucap thanks ? Takpe hal kecik je " beritahuku garang.

" bukan nak ucap thanks tapi kau jangan memperkecilkan kebolehan aku. " budak budak yang bermasalah itu ditarik dan dibawa ke atas pentas. Mic Haziq yang sedang berucap itu dirampas dan disua ke mulutnya.

" hari ini, saya dapat pelajar yang buat masalah. Siapa lagi yang nak buat hal ? " suara Fariz yang bergema itu membuatkan ramai pelajar wanita cair dengannya. Leane mendengus geram dan memeluk tubuh.

" Unit Disiplin Kaunselor lebih pantas daripada Unit Disiplin Pengawas sekolah. Syabas " Suara yang menyapa di telinga Leane membuatkan Leane berpaling ke belakang. Pelajar yang memakai sama sepertinya cuma warnanya sahaja yang berwarna purple dipandang. Tag namanya juga dipandang.

Nurul Afiqah, PEN. KETUA KAUNSELOR.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now