Bab 18

5.7K 235 11
                                    

LEANE ralit memandang segenap ruangan wad VIP yang diminta oleh Mummy Maria. Bekal pada tangan digengam kuat.

" Fariz? " soalnya. Dengan katil berseleraknya. Mungkin ke tandas barangkali.

Leane berjalan menghampiri katil yang bersepah dek selimut yang tidak berlipat. Munkin nurse yang bertugas tidak hadir lagi. Dia meletakkan bekal makanan dan beg silangnya di atas meja kecil dan dia terus menarik selimut itu untuk dilipat.

Ah, lipat gitu gitu sahaja halal beralal sahajalah. Kemudian, hatinya terusik untuk terus melihat tingkap besar yang berada di sebelah katil. Langsir ditolak supaya segala cahaya dapat masuk ke dalam ruangan bilik itu.

Dia dapat melihat sebuah ibu kota yang sedang sibuk, kereta kereta yang membelah lebuh raya, dan juga kawasan perumahan yang sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti pagi.

Deringan telefon yang berbunyi di dalam poket mematikan lamunan Leane terhadap fokus pemandangan yang cantik. Dia menjawab panggilan itu.

" hello? "

" oh, okay datanglah "

Jam Bonia pada pergelangan tangan dikerling sejenak. Ah, patutlah, jam sudah hampir berganjak kepada pukul 3. Dia ingin ke kafeteria untuk membeli apa apa sahaja yang ingin dibuat untuk mengalas perut.

Lantas dia memusingkan badan untuk turun, kemudian..

" Astagfirullahalazim " Leane mengurut dadanya. Allah budak ni! Mujur aku takde masalah jantung. Nak mati awal ke hah?

" Fariz! Since when you're there!? " soalnya geram. Dia mengosok perlahan dadanya. Eeee terkejut aku.

Tangan kiri Fariz memegang bahagian bawah dadanya. Dia berada dalam keadaan tidak berbaju. Tubuhnya penuh dengan balutan.

" sejak kau duk lipat selimut dekat situ " ujarnya lalu berjalan perlahan perlahan. Pintu tandas ditutup.

Sejak aku lipat selimut? Kira lama dah lah!

" kau buat apa kat sini? " soal Fariz. Leane mengerutkan keningnya. Kenapa Fariz membahasakan dirinya sebagai aku-kau bukannya saya awak seperti selalu? Ah kalau dia yang start dulu, layankan sahajalah!

" tengok kau pun berdosa ke? " balasnya kasar kembali. Tangan Leane disilangkan memeluk tubuh.

" siapa kau nak tengok tengok aku ? "

Zzap.

Nice Fariz. Ada benda yang aku tak tahu ke fasal kau? Doktor ada sembunyikan apa fasal kau dekat aku? Kenapa tiba tiba kau tak ingat aku?

Fariz terasa ingin gelak melihat muka Leane yang kaku di situ. Dah mati kejung tiba tiba tu kenapa? " heh, aku gurau je lah. " katanya. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Bahagian bawah dadanya dipegang perlahan lahan. Sakit !

YA ALLAH. BOLEH TAK KALAU AKU SMACKDOWN LAKI NI DEKAT SINI!?

Leane mendengus geram. Tiba tiba aku rasa menyesal pulak bawak dia pergi hospital semalam. Patutnya dia dibiarkan sahaja kat situ!

Berdosa pulak haih, dia sudahlah menolong kau ni Leane, sedarlah sikit. Hati kecil mula bersuara.

" tak ingat sudah " balas Leane. Malas mahu melayan kerenah Fariz. Leane mengambil dompetnya di dalam beg. Baru sahaja dia menapak beberapa langkah, Fariz memanggilnya.

" Leane "

Leane menoleh. " kata tak ingat aku siapa? " bidasnya. Sah merajuk.

" alah.. aku gurau je lah " tu pun nak ambik hati, saya tengah marah ni.. sambung Fariz di dalam hati.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now