Bab 27

4.9K 225 28
                                    

" DAHLAH tu, bila aku boleh balik ni? " ujar Leane apabila dia rasakan Fariz ni telah mengambil masa untuk membiarkan mereka berdua dalam keadaan sebegini.

" oh ya sorry " Fariz melepaskan pelukan itu. Fariz yang memakai jaket hitam itu terus menanggalkan jaket miliknya dan meminta Leane memakai jaketnya.

" tak payahlah " Leane menarik jaket yang berada di tubuhnya dan dihulurkan kembali ke arah Fariz.

" ambik je lah " Fariz terus berjalan ke arah kereta tanpa menghiraukan Leane.

Leane terus mengejar Fariz yang meninggalkannya di belakang. Fariz menghidupkan kereta dan meloloskan diri ke dalam kereta milik keluarganya itu.

" masuk cepat " ujar Fariz. Leane membuka pintu sebelah kiri dan masuk ke dalamnya juga.

Kereta itu terus mengundur dan berjalan keluar daripada kediaman Encik Ishak.

Suasana di dalam kereta begitu senyap dan sepi. Leane juga membuatkan keputusan untuk diam sahaja. Dia membuang pandangan ke luar kereta.

" Riz " panggil Leane.

" hmm " balas Fariz. Dia sedang memfokuskan mata ke arah jalan raya.

" kau ada masalah ke? " entah mengapa, dia ingin tahu masalah Fariz. Hatinya tertarik untuk membantu pemuda itu.

Sebaliknya, Fariz hanya mendiamkan diri. Tiada balasan ya ataupun tidak. Angguk atau geleng juga tiada.

Leane juga terdiam. Dia redha sahaja jika Fariz tidak mahu membuka mulut.

" eh , ni bukan laluan rumah aku " beritahu Leane. Takut juga Fariz sudah mamai ataupun terlupa jalan pulang ke rumah.

" diam je lah " balas Fariz. Leane terdiam.

Tidak lama kemudian, kereta berhenti di sebuah taman. Terdapat ramai orang atau pengunjung di taman itu walaupun jam hampir berginjak 12 malam. Mujur sahaja esok cuti. Tidaklah dia risau jika terbangun lewat.

" kita buat apa dekat sini? " soal Leane dungu.

" ambik angin " Leane mencebirkan bibirnya.

Fari membuka tali pinggang dan terus keluar daripada kereta. Diikuti oleh Leane. Kemudian, Fariz mengunci kereta. Dia berjalan ke arah sebuah lori putih yang menjual pelbagai makanan laut segera seperti steamboat.

" pilihlah " pinta Fariz ke arah Leane. Leane mengangguk. Dia meminta satu bakul kepada peniaga itu. Dan dia memilih beberapa batang fishball dan ketam.

Sama juga dengan Fariz, dia juga memilih beberapa batang makanan segera itu dan letakkannya di dalam sebuah bakul yang sama.

" dah? " soal Leane. Fariz mengangguk. Leane menghulurkan kepada peniaga itu dan mereka letakkannya ke dalam plastik kecil.

" RM12 je dik " Fariz menghulurkan satu not kertas berwarna merah dan hijau bersama.

" kamu berdua ni nampak seperti pengantin baru " tegur peniaga wanita tua itu. Leane tersenyum kecil.

" terima kasih " ujar Leane. Dia mengambil baki yang dihulur. Fariz berlalu pergi ke arah laluan pejalan kaki yang disediakan. Leane hanya membuntuti Fariz. Suasana di taman itu agak meriah. Terdapat ramai orang meluangkan masa bersama keluarga dengan acara skateboarding, bermain kasut roda, gasing berlampu dan sebagainya.

Fariz melabuhkan punggung di sebuah kerusi berhampiran. Dia menghadap ke arah jalan raya yang sibuk. Disitu juga terdapat satu lampu jalan yang samar samar. Cukup untuk menyinari jalan yang gelap.

Leane juga turut melabuhkan punggung di sebelah Fariz. Dia meletakkan plastik yang berisi aneka steamboat di tengah tengah posisi duduk mereka.

" kita nampak macam pengantin baru ye? " tegur Fariz. Cuba membuka topik.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now