Bab 11

8.2K 358 15
                                    

" APA lagi mummy dengan daddy nak dengan kami? Sudahlah daddy. Daddy dah buang Fariz. Jadi? " soalnya menengking nengking di talian telefon.

" ya daddy, Fariz tak kisah apa daddy nak buat, janji Fariz memang terasa dengan kelakuan daddy tadi. Sanggup daddy buang Fariz. Cukup daddy. Stop it. Fariz tak nak dengar apa dah! " bentaknya kuat. Kemudian dia memejamkan kepala. Mencari sabar yang berteraburan di udara agar terserap dalam dirinya.

Leane yang baru sahaja masuk ke dalam bilik melihat Fariz di sebelah tingkap hanya mampu mendiamkan diri. Dia diulit rasa serba salah. Sebegitu rupakah Fariz mahu menyebelahi dirinya sehingga menaikkan suara kepada orang tuanya sendiri.

Fariz memalingkan wajah ke arah Leane. Dia sedikit terkejut dengan bunyi pintu dan derapan kaki di bilik itu. Kemudian dia memalingkan semula wajah ke luar tingkap.

" ikut suka mummy lah. Bukan Fariz saja yang terkena sekarang mummy. Fariz dah besar. Jangan risaukan Fariz. Tahulah isteri Fariz yang kurang ajar jaga Fariz. " Leane membulatkan mata dengar kata kata sindiran Fariz buat ibunya. Dia menghampiri Fariz. Jari jemari Fariz ditaut pada jarinya.

Fariz tersentak dek kelakuan Leane. Dia memandang mata Leane. Lama. Cuba mencari kekuatan. Leane menggeleng. Fariz seakan faham dengan maksud gadis itu terus mematikan telefon. Dan dicampak terus ke atas katil.

" saya tak suka cara awak layan ibu bapa awak tu " ujarnya. Fariz melepaskan gengaman jari dan berlalu duduk di atas katil. Rambutnya diraup kasar.

" they're too much. I can't let this go " balas Fariz. Leane hanya mampu mengeluh. Seperti tidak kenal sahaja jenis Fariz Aiman ini. Tidak boleh diubah segala butir bicaranya.

" apa apa pun, dia orang tu masih lagi tanggung awak tau. Perlu ke kita macam ni. Kenapa kita kahwin. Ah menyusahkan betul. " Leane pula yang mula serabut. Kepala yang dilitupi tudung digaru kasar.

" kalau kita tak kahwin. Memang tak adalah semua ni. Ya Allah kenapalah. Menyesalnya kahwin! " Leane mula meroyan. Fariz mengerutkan kening memandang Leane yang sudah seperti beruk rupanya. Adeh, orang lain yang stress, orang lain yang meroyan.

" gila ke? " tersembul pula soalan itu dari bibir Fariz. Leane berhenti dari mengaru kepala terus berjalan menghampiri lelaki itu. Dia menghempaskan punggung di atas katil bersebelahan Fariz.

" boleh tolong tak? " tanya Leane. Fariz mengerutkan dahi.

" apa dia ? " balas Fariz lurus.

" ceraikan aku " Fariz kaku. Hatinya bagai direntap. Terus sahaja dia bangkit dari kedudukan dan meluru keluar meninggalkan Leane sendirian.

" salah ke apa yang aku cakap? " Leane menyentuh lembut bibirnya.

MELIHAT gadis itu bahagia, dia turut bahagia. Fariz menongkat dagu di atas tangan sambil mengambil angin di tangga. Dia memerhati Leane yang sedang bermain bersama abangnya, Muiz. Bukan kerana mengenangkan masa mereka adik beradik yang tidak pernah mempunyai masa bersama, Fariz layankan sahaja perangai mereka itu.

" yalah opah, nanti nuha sampaikan. " balas gadis bernama Nuha di hadapan pintu. Fariz yang berada di tangga memalingkan wajah ke belakang. Dia melihat opah dan seorang gadis disampingnya. Terus sahaja Fariz berdiri dan memberi laluan kepada Nuha.

" balik dengan siapa Nuha? " soal Opah. Nuha mengangkat bahu.

" Abang Nawaf entah pukul berapa dia nak datang ambik. Tadi cakap lewat sikit " ujarnya. Fariz turut menganggukan kepala tanda faham.

" tak apalah, opah nak masak, borak dengan Fariz ni Nuha. Kalau Nawaf dah sampai panggil opah " Nuha menganggukan kepala tanda mengerti.

" eh, duduklah abang Riz. " sapa Nuha. Dia melabuhkan punggung ke atas kerusi. Begitu juga Fariz.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now