Bab 6

7.9K 401 2
                                    

PERJALANAN daripada Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa selama 6 jam. Masuk sahaja ke dalam kereta , puas Leane tegah Fariz agar tidak membawa kereta sendiri kerana dia tiada lesen! Tambahan pula, sekarang musim cuti tahun baru cina. Pasti sesak dan semestinya banyak polis trafik!

" Tak bosan ke pandang luar tu? " Soal Fariz memecah kesunyian antara mereka berdua. Leane hanya menjeling.

" Habistu kau nak aku hadap muka kau ? " Balas Leane. Dia menopang dagu. Kalau diikutkan bosan juga, mujur kereta BMW milik Fariz ini mempunyai radio Era FM. Kalau tidak, meroyan lah Leane gamaknya.

" Boleh juga. Apa salahnya " selamba sahaja Fariz menuturkan ayat itu. Leane hanya diam tidak terkutik. Tiada jawapan dari bibirnya.

" Leane. Aku nak minta tolong sikit " pinta Fariz. Masih lagi dalam pemfokusan pemanduan.

" Apa dia? " Leane mengalihkan pandangan memandang ke kanan. Wajah Fariz ditatapnya.

" Tak boleh ke kalau kita berlembut sikit? Maksudnya, tak perlulah kita berbahas aku kau. Saya awak pun dah cukup memandai "

Leane diam lagi. Kepalanya ligat berfikir. " Saya awak? "

" Kalau nak sayang abang pun boleh. Di alu alu kan. " Fariz tersengih. Kehkehkeh. Leane mendengus lalu membaling cubitan ketam pada lengan suaminya.

" Eh eh eh, ahhhhh sakit. saya tengah drive ni. Karang accident tak fasal fasal masuk hospital pulak " Fariz mengosok lengan yang berbisa akibat cubitan itu. Leane tersenyum puas.

Gatal!

" tahu pun rasa sakit "

" Tahu pun nak bercakap "

" Ish diam sudahlah "

Diam. Masing masing membatukan diri. Leane mencapai beg tangan berwarna Krim yang diberikan oleh Fariz semasa hantaran majlis perkahwinannya. Dikeluarkan telefon pintar.

Sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk chatting di dalam group sekolah kerana terlalu sibuk. Telefon jarang disentuh. Telefon orang lain, boleh mati dalam masa sehari jika bermain. Lain pula kes Leane, tiga hari boleh tahan jika buka data ! Mesej masuk bertalu talu.

Leane membuka group whatsapp yang bernama [ SMITH D'PREFECT ]
yang bermaksud Sekolah Menengah Intan Tun Hamdan. Itu adalah group unit disiplin. Terdapat 3000+ mesej di dalamnya termasuk mesej minggu lepas. Namun pantas sahaja Leane teruskan mesej itu ke bawah. Mahu membawa mesej paling lastest.

Today

Hanis : happy holiday guys!

Hakim : holidayyy yes!

Yurina : lepas juga stress kita huhu.

Haziq : holiday holiday juga. Jangan lupa jaga diri. Jangan gatal nak sambut raya cina pulak !

Jazrin : ai ai captain !

Hakim : hahaha.. in shaa Allah tak chief.

Leane ligat berfikir. Mahu mesej apa ya di dalam ini? Ahh taip sahaja lah!

You : assalamualaikum wahai semua anak buahku, cuti cuti juga. Ingat misi kita naik cuti nanti.

Haziq Sengkek : wah, baru reti nak buka handphone eh?

Masita : waalaikumsalam assistant chief. Yes kami ingat.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now