Bab 21

5.4K 210 4
                                    

FARIZ memandang langit kebiruan yang cerah itu dengan pandangan yang kosong. Hatinya sebal.

Situasi pagi tadi mula bermain main di benak fikirannya.....

Fariz mengeliat kecil. Jam pada telefon yang berbunyi seperti ayam berkokok di pagi hari benar benar membuatkan dia berasa malas hendak bangun. Dengan sakitnya yang menyerang tengah malam tadi akibat tidak memakai balutan pendakap.

Kenapa?

Sebelum ini, Leane yang membantunya tentang itu.

Fariz keliru dengan cara pemakaian pendakap yang sebenar. Malas mahu bertanya pada Leane. Jadi, dia putuskan untuk tidak memakainya sahaja. Akibatnya dia sendiri menangung sakit sepanjang malam akibat rasa senak.

Tangan Fariz ditepuk tepuk di bahagian sebelah katilnya.

" Leane? " soalnya masih mamai. Matanya terpisat pisat. Tangan kiri lantas menggosok mata.

" Leane, tutuplah alarm tu, bising " rungutnya lagi. Fariz memusingkan tubuhnya ke arah bertentangan dan menarik selimut menutupi tubuh.

Beberapa saat kemudian, dia teringat sesuatu. Dia menolak selimut dan tubuhnya duduk di atas katil. Telefon di tepi katil di ambil untuk mematikan alarm. Kemudian dia berdiri, menarik tuala dan berlalu ke tandas.

Seusai sahaja mandi, Fariz keluar dari tandas dengan tubuh yang bertuala sahaja. Kakinya deras melangkah ke arah katil.

" weh, kenapa tak susun lagi sejadah? " soal Fariz, dia menoleh ke arah rak cermin di sebelah almari.

Fariz menepuk dahi. Kepalanya digeleng berkali kali.

Kain pelikat di ambil di dalam rak dan Fariz lantas menunaikan solat subuh sendirian.

Seusai menunaikan kewajiban, Fariz berzikir sebentar. Dia melihat ke arah almari baju. Baju sekolahnya biasanya akan digantung di hadapan almari supaya tiada yang tercicir.

Ketukan di pintu membuatkan Fariz menoleh ke arah pintu. Dia berdiri dan melihat sejadah.

" ya? " soal Fariz menjengkulkan kepala di pintu.

" Tuan Fariz, ibuk Maria panggil di bawah sekarang, breakfast. Gak usah tukar baju lagi katanya " ujar Bik Yati. Fariz berfikir sejenak. Kemudian dia mengangguk.

" kejap " Bik Yati mengangguk dan berlalu pergi. Fariz menanggalkan kopiah dan letakkannya di atas meja solek.

Fariz terasa ingin menggunakan tangga, jadi kakinya menuruni tangga dari tingkat 3. Sampai sahaja di tingkat 2, dia dapat menangkap satu suara yang amat dikenali. Suara yang digeruni, suara yang dibenci.

Kakinya berhenti untuk terus melangkah. Bagaikan terkunci.

" naik je lah " Getus Fariz. Terus dia menoleh tubuhnya ke belakang untuk naik semula ke atas.

Baru sahaja dia menoleh, Fasha sudah berada di belakangnya. Lengkap berbaju sekolah.

" abang " ujarnya. Fariz tersenyum tipis.

" morning sweetie " balas Fariz. Tangannya menepuk perlahan bahu Fasha.

" abang, tak turun makan ke? " soal Fasha. Senyuman Fariz mati.

" ke sebab ada daddy? " sambungnya lagi.

" abang naik dulu " Fariz menolak sedikit Fasha ke tepi.

" bang, jawab Fasha ni dulu " lengan Fariz ditarik.

" ye sebab daddy. Kenapa? " balas Fariz dalam nada sedikit kasar.

" dah berapa lama Fasha tak makan dengan semua ahli keluarga kita. Fazrin dahlah susah nak jumpa. Asyik Fasha je makan dengan mummy daddy. " pujuknya terhadap si abang.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now