Bab 47

4.4K 168 112
                                    

HAKIM yang baru sahaja keluar daripada tandas terkejut melihat telefonnya yang menerima 3 miss call. Dia mengosok rambutnya yang basah menggunakan tuala.

Baru sahaja dia ingin menelefon kembali gerangan yang memanggilnya, tetapi si dia sudahpun menelefon dirinya kembali. Hakim terus mengangkat panggilan itu.

" hello Dee? "

" Hakim.. Kim.. aku rasa.. kau dengan Fariz kena datanglah.. aku kesian dekat Afiqah ni.. "

Hakim menelan air liur. Dia memicit kepalanya yang tidak pening. Dia sudah tidak mahu terlibat dengan hal perempuan jalang itu!

" tengoklah, nanti aku datang " ujar Hakim. Dia menutup panggilan telefon. Dan contact Fariz dibuka. Dia terfikir jika dia ingin memanggil Fariz lagi.

MASING MASING memutuskan untuk mendiamkan diri sahaja. Fariz memutuskan untuk membaca buku pada malam ini kerana ujiannya makin tiba. Leane juga menyiapkan kerja rumahnya.

Masing masing juga sedari tadi asyik menjeling sesama sendiri. Kejadian tadi membuatkan masing masing kelu lidah untuk berkata kata.

Crut~

Perut Fariz mulai berbunyi minta diisi. Seharian dia tidak makan hari ini. Moodnya benar benar ke laut.

Sebenarnya, Leane dengar akan bunyi yang datang daripada Fariz itu. Seharian Fariz memilih untuk duduk di bilik sahaja. Hanya Leane yang turun dan makan. Muiz juga ada bertanya tentang kenapa Fariz tidak turun untuk makan malam, namun Leane hanya diam sahaja.

Hati Leane tercuit dengan sikap Fariz yang berterusan bersabar dengan keranahnya. Bingkai foto yang pecah juga dibersihkan olehnya. Harapkan Leane, gambar itu juga dia sendiri tidak mahu melihatnya lagi. Jijik baginya.

Leane bangun dari meja di balkoni di luar biliknya. Kemudian dia berlalu keluar daripada bilik. Fariz hanya memandangnya dengan ekor matanya sahaja.

Leane berjalan turun daripada tangga dan menuju ke dapur. Dia mengambil sebuah mug yang digantung pada kabinet dapur. Kemudian dia membuka bungkusan milo dan diletakkan menuangkan seluruh isi milo ke dalam mug itu. Susu pekat juga diletakkan dalam satu setengah sudu. Air panas dituang ke dalam mug tersebut.

Dengan menggunakan sudu, Leane mengacau bancuhan milo dan susu di dalam mug itu. Dia juga mengambil beberapa keping roti. Kemudian diletakkan di dalam mesin pembakar roti.

Sambil menunggu roti itu siap dibakar, Leane mengeluarkan mentega daripada bekas barangan kering dan inti kaya.

Ting!

Roti panas diambil dan diletakkan di atas pinggan. Leane meletakan lagi 2 keping roti pada mesin tersebut mengantikan roti yang sudah siap dibakar sebentar tadi.

Pinggan yang terdapat roti panas itu Leane bawa ke meja makan. Dia mengoles sedikit mentega dan disapu pada satu bahagian roti. Begitu juga kaya.

Selesai dengan itu, Leane merapatkan roti itu. Pisau diambil dan dibelah dua membentuk sebuah segi tiga.

Leane membuat 4 keping roti bakar. Dan satu mug air milo. Roti miliknya disekalikan sahaja pada pinggan Fariz. Malas mahu membawa terlalu banyak barangan dapur ke dalam bilik.

Leane mengemas semula perkakas yang digunakannya dan dia membawa sepiring roti bakar dan air milo panas ke bilik.

Pintu bilik dikuak. Dia menggunakan kaki untuk membuka pintu kerana tangan yang penuh.

Fariz mengangkat kepala memandang Leane dihadapannya yang sedang membawa sepiring.. roti. Dan secawan air panas.

Leane menghampiri Fariz. Dia meletakkan piring dan mug itu di sebelah buku buku Fariz di atas meja.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now