Epilog

10.2K 300 133
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Wah! Akhirnya tamat juga peperiksaan besar pada tahun ini! Leane mengeluh dan merengangkan tubuhnya. Meja Fariz dan Leane merupakan di dalam bilik yang sama. Namun, tiada sekalipun sebatang hidung Fariz yang dapat dia lihat. Ada beberapa kali dia mendengar bahawa Fariz datang namun dia menjawab peperiksaan di bilik kuaratin. Tetapi mengapa?

Leane berjalan ke arah meja Fariz. Kertas pendaftaran disentuh. Riz.. Riz.. ke manalah kau pergi..

Hari ini, genap 6 bulan dia pergi tanpa memberitahu Leane ke manakah dia pergi. Hanya titipan mesej sahaja yang dapat mengabarkan bahawa lelaki itu masih hidup.

" hoi! " sergah Nadine daripada belakang. Leane berpaling. Dia yang memegang bekas pensil itu lantas mengetuk kepala Nadine. Eeee geram!

" rindu le tu " usik Nadine lagi. Leane menarik muka.

" banyaklah kau " tukas Leane. Dia berjalan keluar daripada bilik peperiksaan dan beratur untuk turun bersama sama calon lain.

Nadine mengejarnya daripada belakang. " aku dengar dia ada kat bilik kuaratin "

" tahu "

" dahtu, kau tak nak jumpa dia dah ke? "

" perlu ke? " soalan berbalas soalan. Di dalam hati Leane, dia menjerit mahu!

" haih kau ni.. kau tahu tak, selain Fariz, Afiqah, Hakim dengan Dee pun ada sekali tau dalam bilik tu " Leane menoleh memandang Leane di sebelah kanannya.

" muka aku ada nampak macam aku kisah ke? " Leane menunding jari ke arah mukanya. Nadine mendengus.

" yela Leane, ye. Malas aku layan kau " langkah Nadine dilajukan ke hadapan. Dia mahu pulang. Merdeka!

Leane menggelengkan kepala.

Sempena hari ini merupakan hari terakhirnya bersekolah, Leane ingin meluangkan masa di tingkat atas sekali pada bangunan sekolahnya.  Dia ingin mencari ketenangan. Daripada atas, dia dapat melihat segala galanya. Leane berhenti melangkah. Dia memegang tembok pada kaki lima tu. Dia mengamati seluruh pandangan daripada sekolah itu.

" Cantikkan pemandangan? " suara di sebelah mengejutkan Leane. Leane memandang lelaki di sebelahnya.

" Hakim... " gumam Leane. Terkejut melihat lelaki itu di sini. Selepas 6 bulan. Maknanya Fariz mesti di sini juga.

" ye, ni aku. Rindu ye? " soal Hakim. Dia tersenyum tipis.

" rindu " balas Leane. Matanya diliarkan ke belakang Hakim.

" cari siapa? " soal Hakim yang perasan Leane seaakan mencari seseorang.

" tak ada siapa siapa.. " tipu Leane. Suara Leane mulai mengendur dan kecewa. Hakim perasaan riak wajah gadis itu yang berubah.

" Dia ada kat sini " ujar Hakim. Leane tahu siapa yang dimaksudkan oleh Hakim.

" Dia pun terseksa Leane. Bukan kau sorang je... " Hakim memandang langit. Hati Hakim sebak. 6 bulan dia melihat Fariz kecewa. 6 bulan dia melihat Fariz seperti orang gila dikawal.

" Hmm " itu sahaja Leane mampu membalas. Dia tahu Hakim hanya mahu membela Fariz. Yalah, itu kan kawan dia sejak kecil.

" kami putus untuk tak balik pada sekolah ni, sebab kami tahu, ianya beri kesan buruk. Tak patut aku ajak Fariz malam tu " Leane meramas tangannya di atas tembok itu. Dia gusar.

" kau jangan cepat menghukum dia Leane. Dia pun mangsa. Dia ada dengan kau. Setiap hari. Tapi kau tak pernah perasan. Setiap kali kau menangis, hati dia terluka. "

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now