Bab 30

5.4K 212 27
                                    

PETANG itu kesemua warga pengawas harus perkumpul untuk taklimat buat perkhemahan yang bakal bermula pada hari esok. Sungguh, hati Leane teruja. Tahun ini merupakan tahun bertuahnya. Selepas apa yang terjadi pada beberapa tahun sebelum ini, dia tidak dapat mengikuti kem seperti ini kerana masalah keluarga.

" sukalah tu " usik Nadine. Leane menjeling ke arah Nadine.

" nak makan ni? " penumbuk ditayangkan kepada Nadine.

Nadine mengangkat tangan. " lek lahh ish kau ni sensitif betul " Leane menjemikkan bibir. Nak usik biar beragak sikit ok! Kang penumbuk kau makan waktu tengahari.

Leane memeriksa fail yang diberi oleh cikgu bertugas. Senarai pendek tentang barangan yang perlu dibawa. Cikgu cikgu mempunyai meeting yang penting sehingga terpaksa memberikan tugas taklimat ini kepada Leane dan Haziq.

" aku gerak dulu ke dewan " Ujar Nadine. Dia tahu Leane sedang sibuk. Leane biasanya akan masuk sedikit lewat daripadanya. Jika Nadine pergi ke dewan lewat bersama sama Leane, Nadine mungkin akan dicop mengambil kesempatan ke atas Leane. Lagipun, Leane bijak mengasingkan situasi kerja dan peribadi.

Leane masih lagi berdiri , matanya memeriksa fail di tangan. Kemudian dia memeriksa jam tangannya.

" alamak, dah lambat " gerutu Leane. Dia mengorak langkah untuk ke dewan.

Matanya masih lagi tertancap kepada kertas kertas di fail. Memeriksa dan membeleknya satu persatu.

Fariz juga sedang berjalan sambil memeriksa senarai pelajar yang sudah menghantar borang keizinan ibu bapa daripada unitnya untuk dihantar kepada Haziq. Dia tekun memeriksa fail itu sambil berjalan.

Namun, keadaan mula menjadi malang apabila dua tubuh yang sedang sibuk itu terus berlanggar.

Seluruh kertas berterbangan.

" agak lah mata kat mana? " marah Leane. Dia menunduk mengutip kertasnya. Ah, habis semua kertas.

" mata aku, ada je. Ada masalah? " tebak Fariz. Leane lantas mengangkat kepala. Dua mata bertaut sesama sendiri.

Leane mengambil keputusan untuk diam. Sudah beberapa hari dia dan Fariz tidak bercakap. Dan dia juga tiada niat untuk menganggu lelaki itu.

" nah " ujarnya mematikan lamunan Leane. Fail oren milik Leane di hulur. Leane lantas berdiri dan menyahut fail tersebut.

Kemudian, Fariz berlalu begitu sahaja. Dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dia katakan untuk jadikan ianya sebuah topik yang sesuai untuk bercakap dengan situasinya kini.

Leane terkesima. Sanggup Fariz pergi begitu sahaja tanpa mengabarkan sebarang isu? Kenapa Fariz meninggalkan dirinya dalam keadaan bingung seperti ini?

Di dalam kelas juga begitu, Fariz lebih rela untuk tidak bercakap dengan dirinya.

Leane menepuk pipinya berkali kali. Cukuplah tu kau susahkan diri kau fikir benda tak penting. Lalu dengan itu, Leane berjalan terus ke arah dewan.

SELESAI sahaja perhimpunan, Leane terdengar Afiqah mengajak Fariz untuk makan tengahari kerana dia berasa lapar. Ajak Fariz makan tidak menimbulkan perasaan aneh, tetapi aneh apabila Afiqah seaakan memaksa Fariz untuk makan bersamanya.

" Leane, jom makan? " ajak Haziq bersama Nadine. Leane menggeleng.

" malas lah, aku nak kemas ni. Nanti nak hantar bilik " Leane menunjukkan kertas kertas yang bertimbun di dalam tangannya. Haziq menggeleng pula. Dia menarik kertas kertas tersebut.

" jom, makan " Nadine terus menarik tangan Leane untuk pergi ke kantin bersamanya.

" tapi-- " Leane menoleh ke belakang sekejap sekejap.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now