Bab 14

6.1K 228 2
                                    

Leane sedang berjalan sambil membawa fail kes untuk dibawa ke bilik disiplin supaya dia boleh merekod segala laporan bertugas anak buahnya pada bulan itu.

Tiba tiba muncul seorang pelajar. Langkah Leane berhenti di situ.

" kak, ada orang suruh saya kasi ni kat akak " Lalu dia menghulurkan sepucuk sampul surat. Leane mengeluh kecil. Apa pula ini? Tak nampak ke tangan aku penuh ni?

" siapa kasi? " soal Leane garang. Ketakutan budak itu dibuatnya.

" errr arrrrr emmm "

" cakaplah! " jerkah Leane. Sah! Tak lama nanti budak ini kena telan.

" Saya tak tahu, saya tak tahu, akak, saya pergi dulu! " surat yang dihulur diletakkan di atas fail yang dibawa oleh Leane. Terpinga pinga Leane dibuatnya. Leane sempat menangkap warna tag namanya. Tetapi tidak dapat melihat nama pelajar itu.

" apa benda lah budak budak ni " rungut Leane sendiri. Kakinya dipercepatkan ke bilik disiplin.

Sampai sahaja di bilik disiplin, Leane meletakkan fail itu di atas meja miliknya dan punggungnya dihempaskan di atas kerusi.

Sakit pinggang aku!

Tiba tiba pintu bilik disiplin itu diketuk. Leane terus memusingkan kerusi menghadap gerangan yang berada di muka pintu. Kebetulan, hanya dia seorang yang berada di bilik itu tika ini. Mungkin Haziq sedang membeli makanan sebelum memulakan kerja.

" Ada Assistant Chief rupanya " ujar Afiqah, dari unit kaunseling sekolah.

" apa kau nak datang sini? " Leane merapatkan kerusinya ke arah mejanya. Fail tadi ditilik satu persatu. Surat yang diberikan oleh murid tadi diletakkan ke dalam beg. Fikirnya, pulang nanti baru baca.

" Aku nak tegur fasal kau dan unit kau " Leane mengangkat sebelah keningnya. Apahal pulak perempuan ni?

" ada apa? " Tanpa disuruh, Afiqah laju sahaja mendapatkan duduk di hadapan meja Leane.

" peratus kes couple sekolah ni meningkat. Kumpulan kau tak buat kerja ke? " ucapannya biasa sahaja tetapi berdesing di telinga Leane. Fail dari unit kaunseling diletakkan di atas meja.

" apa maksud kau ? "

" lambat. Kau baru nak baca ke semua fail ni? " matanya dihala ke arah fail yang bertimbun di atas meja Leane.

" kau boleh keluar " Leane sedang mencuba. Cuba untuk menahan amarah di dalam diri. Apa yang telah terjadi sehingga aku tak tahu?!

" aku tak habis cakap lagi " ujarnya.

" aku tak peduli " marah Leane. Afiqah memeluk dirinya.

" aku tak faham sebenarnya kau ni, Haziq kau nak, Fariz kau nak, kau tahu tak, sebenarnya kau lah ikon yang menyumbang peratus sekolah ni naik? " Leane tergelak kecil. Tidak lawak bagi Afiqah, tetapi lawak bagi Leane.

" kau jealous? " soalnya. Afiqah tersenyum sinis.

" aku jealous? Sorry, tak ada masa. Aku datang nak hantar fail tu je. Ohya, Cermin diri kau tu siapa Leane. " Afiqah terus berdiri. Panas punggungnya berada lama di bilik disiplin ini.

" aku ada meeting dengan Fariz, opps sorry, anak buah aku. Blah dulu " tangannya dilambai lalu terus keluar dari situ. Leane turut berdiri. Mahu sahaja dia menahan Afiqah kerana tahap volcano dalam dirinya sudah meletus, tetapi apakan daya, semasa di muka pintu, Haziq dan setiausaha unit badan pengawas, Jay sudahpun masuk ke dalam bilik itu.

" Eh Afiqah " tegur Haziq. Afiqah tersenyum memandang Haziq.

" dah nak keluar? Lepak lah dulu " Afiqah menggeleng. Jay hanya mengangguk kecil.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now