Bip, bip, bip...
Arghhh! Kau reti diam dok? Aku dah bosan dengar kau asyik bip bip bip , karang aku lempang? Nak?
Tongkat aku keluarkan lalu aku halakan ke arah mesin tersebut. Gayaku sedikit menyerupai seorang ahli taekwando, woshh kaki buka sedikit. Mata merenung mesin tersebut. "Esrop..." belum sempat mentera sihir aku dilepaskan, bunyi mesin semakin pelik dan nyaring.
Bipppppppppppppp.............
Mata dialihkan memandang mummy, apa aku buat ni? Aku tak buat apa-apa pun? Apa kau buat nie Aifahh?!!!! Wohh Aifahh! Kalau mummy pergi ni salah kau Aifah, salah kau! Doktor dan jururawat yang ditugaskan berlari masuk ke bilik Puan Aini. Apa benda tu? Streka? Hah? Iron? Wehh!!! Setahu aku benda tu ada arus elektrik kan?! Kan?!
Mata aku tutup, air mata menitis. Doktor menggeleng. Pandangan kabur. Dunia ku hitam, eh, aku kat mana?
*****
Mataku buka. Aku kat mana? Seorang budak lelaki mendekati mukaku. Aku menolaknya kerana terlalu terkejut. "Wowowowo! Kau siapa?!" sergahku.
Lelaki tersebut mengangkat kedua belah tangannya. "Aku takda buat apa-apa ok? Aku cuma tolong angkat kau tadi. Secara tak sengaja aku lalu bilik ditempatkan mendiang ibu kau tadi. Aku nampak kau pengsan, aku tolonglah. Okey?" jelasnya.
Aku memandang sekeliling. Aku kat hospital masih rupanya. Mamat ni pun pandai sangat, angkat aku pastu letak kat kerusi-kerusi menunggu disekitar hospital. Aku berat sangatkah sampai bawa ke sini ja? Depan bilik mummy aku lagi. Eh jap....
"Apa.. maksud kau.. dengan MENDIANG?!" sergahku. Baju bahagian lehernya aku genggam dan aktiviti tolak tarik tolak tarik berjalan. "Relax lah oii!" marahnya. Tanganku direntap kedua-duanya.
"Yaa aku tahu kau tak dapat terima kenyataan ini. Samalah dengan aku weh. Angah, baba, mama dah pergi tadi. Aku tak tahu macam mana aku seorang je boleh selamat. Ikutkan aku nak join diorang. Pergi sama-sama. Kemalangan ni pelik." ujarnya sayu. Terdapat balutan di kepalanya. Ouh. Tanganku digenggamnya kuat. Oi! Siapa lelaki dan siapa perempuan sekarang? Kau ke aku? Aku pun sedih gila weh! Aku tak tahu nak tinggal dengan siapa dah! Daddy aku tinggalkan aku! Mummy aku tinggalkan aku juga!
"Aku boleh baca hati kau kalau kau tengah marah." ujarnya perlahan. Air mata aku tahan.
"Kalau nak menangis mai sini peluk aku. Kita bernasib yang sama. Jangan risau, aku tak akan mengapa-apakan kau. Pucat sangat muka kau. Kau sakit ke?" dahiku disapa kemas olehnya. Eleh, kau ingat kau siapa? Egoku semakin menggelegak nak naikk. Huah!
"Aku Khairul Akmal. Kau nama apa?" ucapnya lagi. Baca hati aku lah tu lagi. Macam takda kerja je. Heh."Han, Aifah Hanani." balasku pendek.
"Macam pernah dengar nama kau. Tapi tak ingat. Kau sekolah kat mana? Green City Magic School ke?" aku mengangguk. Khairul Akmal turut memahamiku.
"Selamat petang." sapa seseorang. Aku dan Akmal memandang tuan empunya suara yang merdu itu.
"Ya cikgu. Selamat petang." balasku dan Akmal. "Kamu berdua okey?" soalnya. Aku mengambil keputusan untuk senyap. Akmal juga begitu. Dua-dua sedang melayan lamunan. Siapa tak sedih weh, parents, family, orang yang kita sayang pergi? Mayat? Kau sini, mayat akan diawet dan kemudiannya ditanam. Rasanya mummy tengah diawet kot. Ambil masa sejam untuk awet. Alah, guna magic je.
"Jom ikut cikgu." ajak cikgu bersuara merdu itu. Nak tahu cikgu apa? Nama cikgu ni... "Kemana, cikgu Mel?" soal Akmal. Hahah cute bukan nama cikgu ni? Serupa dengan paras rupa dia suara dia. Mel. Nama panjang Mellisa. Mel mel mel comel. Hahaha.
"Aku tak dapat baca hati kau. Kau tengah gembira ke apa?" bisik Akmal.
*****
"Mulai hari ni, korang berdua jadi anak angkat cikgu ok?" satu ayat yang cukup memeranjatkan aku dan Akmal. Patutlah cikgu bawa aku dan Akmal pergi rumah cikgu dan bukannya pergi asrama. Tadi Akmal tak bawa penyapu terbang dia. Dia tumpang kat belakang aku. Aku hairanlah asal dia senyap sangat. Dia cakap aku bawa laju macam kena kejar harimau je. Tangan dia punyalah sejuk, muka dia pucat. Lawak siot. Muka kebudakan dan hensem tu pucat macam nak jadi mayat je. Sampai terpelosok memeluk aku hahah ehh lain je aku rasa. Barang apa yang dibawa? Adalah banyak juga. Ambil beg sandang ajaib je. Kau masukkan banyak mana barang dia, tetap ringan dan kosong. Aku tak tahu barang tu kemana, tapi kau korek guna tangan kau ada sebenarnya. Haha..
Berbalik kepada rumah cikgu Mellisa. Rumah dia dekat kawasan perumahan guru. Jauh siot dari sekolah. Adakah pengetua Qalila dah bengap sangat sampai buat rumah guru jauh dari sekolah? Haha apa-apa je lah. Cantik, rumah teres tingkat tiga. Berbaris kemas. Ada empat puluh buah, dan sekeliling kawasan perumahan ni kawasan lapang. Rumput dia panjang. Ikutkan aku yang rendah ni, sampai paha aku.
"Nanti malam kita pergi bandar. Esok cuti jugakan? Cikgu teruja ni ada anak-anak baru yang hebat. Yelah. Cikgu ni janda. Suami dah tiada, mati dalam perang. Tiada anak. Sunyi. Jangan tanya kenapa cikgu tak kahwin lain. Sebab cinta cikgu setia. Lepas tu nanti kita tengok mendiang keluarga kamu dua ok. Sabar, dugaan. Ibu pun dah alami. Nanti ibu pula akan pergi." Akmal mengangguk. Aku yang minum air mahu tersembur mendengarnya. Kekoknya dengan gelaran ibu. Erk? Macam mana aku nanti agaknya fikir pasal cinta? Euhh, tak biasanya. Apalah sangat semua cinta ni. Daddy cakap sayang mummy. Last, last daddy juga tinggalkan mumny pastu cakap sayang Faeza. Perampas!
Maaflah, bahagian ni macam bosan sikit. Sebab takdah idea. Diikutkan lagi bz dengan exam kan? Haha batch01 memng penat la thun nie. Nanti sy smbung lgy. Nk bwt pas nie part yg best . Ok.
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...