"Aifah, aku akan datang untuk bunuh kau. HAHAHAHA!"
Airif? What?!
Mata terbuka luas. Dengan pantas aku terduduk. Dada diusap, tenang. Takkan adik kau nak buat benda yang sama?
"Angah, sudah kah kamu si..." pintu bilik dikuak. Ibu terperanjat dengan keadaanku. "Hanani!!! Ibu dah pesan semalam, bangun awal. Bangun awal! Tengok dah lewat! Dahlah serabut ja ibu tengok kamu ni!" bebel Mellisa. Hah? Dahi aku tepuk. Hari ni aku kena tolong keluarga Muaz dan Ellyna. Diorang nak kahwin esok. Perumahan ni semua turun ke sana. Habislah.
"Ibu dah cakap jangan tidur lewat, jangan tidur lewat. Kan apa dah jadi?!" bebel Mellisa. Aku hanya mengangguk dan sesi kelang-kabut berjalan.
"Ibu dengan along jalan dululah. Nanti angah susul. Nanti angah kunci pintu." ujarku tenang. Muka ibu aku pandang dengan wajah seposen. Ibu menyepetkan mata lalu menggosok kepalaku. "Ha yela yela. Okey leklok sayang." pesan ibu dan berlalu pergi. Wau berlalu pergi? Lain macam je bunyi dia.
*****
Kaki berjalan dengan membuka langkah yang terlalu besar ke rumah Ellyna. Taklah besar sangat, nanti kena cover pula bila seluar koyak, pastu bukan koyak kat tepi ke tapi kat --😂 . Okey, siapa pernah? Mesti merah pipi en bila orang tegur? Ep, aku dah merapu. Lol, rumah Muaz dan Ellyna berdepan je kot. Ngee~
Tak payah nak ngee ngee sangat. Rumah kau jauh dari rumah diorang. Jauh? Baik guna penyapu terbang! Dahi aku tepuk sekali lagi, kelihatan lebih sakit.
"Auchh! Sakit pula aku pukul. Salah kau lah ni tangan. Banyak songeh, kalau sudah dapat memukul, kalah-kalah tuan badan." bebelku pada tanganku.
Gedebukk!~
Yeahh, dahi tercium jalan yang diaspal dengan simen.(Alah jalan raya tu.😂) Sudahlah sakit kena tampar dengan tangan dan tercium pula dengan jalan raya. Shitnya, siapa yang langgar aku ni?!
Aku bangun dan menoleh ke belakang. Okey, mamat kerek. Terasa ada aliran air dari dahi ke dagu. Aku sentuh dan memandang jariku. Ouh, darah ingatkan taik burung mana yang jatuh atau dahi aku. Hm?
Wattahek?! Darah?!
"Simpati." babinya. Kau jawab tu je Hariz Sufian?! Arghhhh!!
Aku berlari masuk ke dalam rumah Peja. Ouh yes main masuk je. Dah aku jatuh depan rumah dia.
"Selamat pagi!" sapaku. Aku menoleh, Sufian memandangku sekejap dan meneruskan perjalanannya. Urrrghhhhhhh!! Ahhhh!!!! Sufian gila, Sufian gila gila gila! Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Ingat! Bila-bilaaa!
Bahu aku disentuh. "Wohh! Asal badan kau panas macam berapi ni geng?" aku menoleh. Peja!
"Asal dahi kau? Peja pergi dapur. Han, maii masuk." pelawa Nur, kembar Peja. Okey, Peja ni tomboi, tapi masih nampak okey keperempuanannya. Cuba tu lah macam aku, sedikit kasar dan ganas. Tapi hati tetap perempuan. Lain dengan Nur, Nur ni jenis yang tenang walaupun hati dia tengah membara. Dia selalu ketawa, tapi siapa tahu dalam hati dia? Dia senang menyayangi dan mempercayai sehinggakan dikhianati dengan permainan lelaki. Hebat tak ayat aku? Ciaa. Haha. Satu benda yang pasti dan aku nampak dekat kembar ni, setia kawan. Dalam dunia magic, kembar akan wujud sekiranya isteri pertama dan isteri kedua mengandung pada masa yang sama. Dan lahir, wajah sama. Dari pandangan, orang boleh tahu family tersebut ada dua ibu. In Nur and Peja situation, mereka lahir lain ibu tapi sekarang tinggal dengan ibu Nur sebab masa kelahiran Peja, ibu Peja telah disihir oleh ahli sihir dari Red City. Peja je selamat. Sedih bukan?! Aku rasa lagi sedih sebab parents aku kat sana semua sekarang.💀🔫
Aku masuk ke rumah kembar tersebut.
*****
Selesai semua tugas, kaum perempuan diminta untuk bermalam di rumah Ellyna. Manakala kaum lelaki diminta bermalam di hadapan rumah Ellyna, rumah Muaz. Kejap je lah sebenarnya tugas-tugas ni. Ramai yang datang dan hanya menggunakan magic. Senang kan tu?
Majlis berlangsung di Taman Bunga Antra Vota. Tidak jauh dari sini. Alah bawa penyapu terbang je kot. Yang pengantin, dimasukkan dalam beg ajaib, berat? Beg magic kan, apabila dimasukkan sesuatu barang ianya tetap ringan dan kosong. Motif? Taknak 'bakal' nampak.
Kakiku menapak dari satu tangga ke satu tangga bersama Put, Puteri. Tombol pintu bilik Ellyna dipulas. Ellyna memandangku. Glup. Dari siang pandangan maut tu, seram. Tapi aku buat tenang je. Gila kan?
Banyak ladies lah dalam bilik Ellyna~ Terutama geng dia. Ramai geng minah ni, sembilan orang. Aku sebutkan nama diorang, Ellyna, Ziana, Farah, Anita, Sarah, Emma, Jun, Wardina dan Dian. Dalam bilik ni aku rasa ada, satu dua tiga..
20 orang. Tapikan bukan apa juga. Bilik ni besar. Bilik utama memanglah besar. Maknanya ini bukan bilik Ellyna. Ellyna memandangku yang masih berdiri.
"Hey Hanani. Marilah join kami tengok movie seram ni." ajak Ellyna secara tetiba. Aku tersentak lalu duduk di sisinya.
Bahuku dia pegang, "Sorry beb pasal hari tu. Dan terima kasih sebab pujuk Muaz supaya terima aku." ucap Ellyna. Aku tersenyum, "No hal la, El." balasku pendek. Okey, dua ni baik juga tapi gila kuasa. Haha. Eh, tak baik kutuk, orang nak jadi baik mesti hormat kan kan?
"Aku dengar kau pandai reka baju cantik dengan magic?" soalnya. Aku berkerut. Siapa bagitahu. Tapi takpela. "Bolehlah. Ohya, ibu kau dah pesan suruh aku buatkan baju pengantin kau." Ellyna mengangguk.
Kami semua meneruskan menonton movie yang dikatakan seram sangat tu. Lol. Tapi aku perasan satu perkara. Emma, Jun dan Dian macam tak suka akan kehadiranku. Hek, pedulilah. Asal aku dah okey dengan El.
*****
"Dengan hati yang ikhlas, saya terima jadi pendamping Ellyna selamanya." ucap Muaz dan tepukan gemuruh buat pasangan muda ini. Ramai orang telah menghadiri majlis 'AzEl'. Rambang mata memandang Muaz dan Ellyna. Comel, lawa, kiutt! Olley! Haha. Aku duduk di tepi kolam.Ya taman ni ada kolam sambil makan kek merah bling-bling.
Dihadapanku, kelihatan dua kelibat yang aku kenali.
Hariz Sufian dan Dian Kasturi. Maybe her mom like eating pisang kasturi. Sebab tu rambut Dian warna kuning. Haha, okey actually dia warna kuning dan sedikit kehitaman di bahagian poni-poni rambu depan.
Cakap pasal rambut, rambut aku dah jadi ½ warna hijau. Bahagian atas dan separuh tengah warna hitam dan bahagian bawah dan separuh tengah warna hijau muda. Dah tak terang sangat dah. Hurm, dulu rambut aku jadi macam ni sebab Airif sedang cuba menghampiriku.
'Aku akan datang untuk bunuh kau'
Muka pucat. Sufian dan Dian tengah buat apa tu? (ʘдʘ)
part ni seyes x best(இ﹏இ'。) hm, x de idea. dha lha x reti bwt bab² khwin hm. oky please vote and cmment. tq. nnti smbung lgy◑▽◐ kbye abaikn typo dn maaf klau x best.('ー`)
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasíaAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...