Khairul Akmal dan Aifah Hanani memasuki sekolah bersama-sama. Ketika melepasi pagar sekolah dan ruang bulatan sihir untuk melindungi sekolah, seseorang telah merempuh badan milik Aifah.
Gedebukkk!
"Ehh maafkan kakak." pintanya. Aku bangkit. Dah lah aku kecik dan rendah, suka suki dia je nak langgar. Takda mata ke apa. Kau nak aku bagi penumbuk aku yang mantap ni? Kau jangan ingat aku kecik-kecik cam ni tak kuat. Aku pegang tali pinggang hitam dalam taekwando, silat aku dah habis. Kau nak lawan? Hah?! Aku berjalan setapak, auch. Kaki aku. Lutut aku pandang, shit luka pula dia.
Akmal memegang bahuku. "Tenang angah. Okey, ni along kenalkan. Nama dia Saifatul. Boleh panggil Kak Sai. Dia ni buddies along dan merangkap girlfriend along dari dua tahun lepas kita orang jumpa dan disatukan sebagai buddies. Dia sebaya along. Rasanya dia nak langgar along tadi. Dia ni laju lari tapi selalu terlajak. Entah kemana dimana dia letak gear brek dia. Tapi itulah keistimewaan dia. Sai, ni adik saya. Nama dia Aifah Hanani. Panggil Han." terang Khairul Akmal. Huu, mesti Akmal nampak aku marah-marah dalam hati ni. Apa-apa je lah. Soal panggilan angah along? Saja je ibu Mel suruh supaya rapatkan lagi hubungan antara kami.
Saifatul terngiang. "Sejak bila ada adik?" soalnya. Woahh jujur gila. "Nanti saya cerita. Okey?" balas Akmal. "Janji?" pintanya untuk mendapatkan kepastian. Jari kelingking ditayang. "Yaa sayang. Janji." jawab Akmal. Jari kelingking mereka bersatu. Ciaaa, sweet gila.
"Alamak! Kaki adik dah berdarah!" tegur Saifatul sedikit terjerit akibat terkejut. Pergelangan tanganku disapa lembut oleh Saifatul. Dia menarikku duduk di sebuah kerusi dalam taman bunga sekolah.
Taman? Dalam sekolah ni ada tiga jenis taman. Taman bunga, taman haiwan dan taman tasik. Taman bunga tempat banyak bunga. Pelajar selalu ke sini untuk kelas bunga. Bunga dia macam-macam ada. Ada yang bergigi, bertangan, berkaki, muka macam raksasa, suka selit orang limpas, suka berteriak dan macam-macam. Kalau aku sebut semua jenis bunga, akan adanya sebuah karangan panjang disini. Anak bunga dia degil tersangat degil. Taman haiwan? Haiwan dia sempurna macam haiwan-haiwan dekat dunia manusia. Tiada cacat celanya. Maybe ada pun yang lahir tak cukup bulan. Ada separuh ahli sihir boleh dengar haiwan bercakap. Tu kira keistimewaan. Taman tasik? Tempat tu seronok belajar sebab tenang semacam. Ditengah taman tu ada satu tasik sederhana besarnya. Dalam tu ada macam-macam jenis ikan. Walaupun ikan yu, ikan jerung, dan ikan-ikan yang menakutkan di dunia manusia, ikan tu bila tiba dunia magic ni akan jadi peramah dan baik. Dijaga dengan sempurna.
"Okey! Dah siap. Maafkan kakak." ujar Saifatul. Lutut aku pandang. Comelnya plaster. Bercorak lemon lah. Warna kuning.
"Terima kasih. Eh mana tahu warna kegemaran adik?" soalku. "Kakak intai bilik adik semalam dekat rumah cikgu Mel." jawabnya selamba sambil menunjukkan muka tak kisah. Comel! Patutlah along suka. "Biar betul kakak?...." ujarku.
Ketawa Saifatul meletus. "Takdalah. Kakak tengok semua barang adik warna kuning. Beg kuning, gantung-gantung semua warna kuning. Jam kuning. Sepit kat kepala pun warna kuning. Comellah. Memang suka ikat rambut dua kebawah ke? Cantik rambut adik. Bawah dia warna hijau." ramah Saifatul. Woahh, gila sporting.
"Dah dah. Jom pergi dewan makan. Nanti tak sempat sarapan. Ada setengah jam lagi." sampuk Khairul Akmal.
*****
Aku berlari-lari anak. Cui, aku dah lambat nak masuk library ni. Mesti cikgu akan tanya bebel macam-macam. Ni sebab group gedik macam bengap je tu suh aku angkat tiga kotak berisi kertas. Gila weh, laki yang lalu lalang takda pun diorang suruh. Tahu lah aku anak yatim piatu. Yang nak buli suka hati korang buat apa? Tapi sebab hormat terpaksa pula!
Gedebuk!!
Yes! Hai ini sangat aku idolakan! Terlanggar buat kali kedua dan kesekian kalinya. Habis buku terbang melayang. Dan nasib aku? Bertiarap siot atas lantai. Keadaan menjadi riuh. Mati lah nak! Takkan kelas dah habis kot. Aku kira skep, baru tahun pertama dah reti skep. Aku dah dapat teka muka cikgu Syamsul, yang berang lagi haduh! Cikgu paling garang. Mati lah aku! Tongkat aku capai. Ahli sihir yang aku langgar sebentar tadi memijak tongkat sakti ku.
Damn!
Aku bangun, lelaki rupanya dan sangat aku kenali. Buku aku kutip. Wush banyak orang tengok aku. Asal weh? Tak pernah jatuh ke apa? Ada yang tertawa, berbisik. Arhhh pedulikan.
"Kau skep ka?" persoalan yang bijak! Kau sengaja ke nak naikkan darah aku.
"Alihkan kaki kau." pintaku. Lelaki tersebut enggan. "Danish Haiman, please." rayuku. Buddies apa malukan buddies sendiri?
"Ikut aku." tanganku ditarik. Mengapa kejam sangat korang semua kat aku hari ni? Apa salahku oii!
*****
"Mereka yang menyuruh kamu?" soal pengetua, Puan Qalila. Lambat-lambat aku mengangguk. Muka korang nampak sangat tak puas hati. Kau ingat aku nak report hal tadi? Dah lah sebab korang aku tak dapat masuk kelas fav aku!
"Bijak, bijak, bijak. Bila nak serik? Kamu ingat, kamu anak orang kaya, kamu boleh buat apa yang kamu suka? Oh no dear. Tu denda sebab kamu tolak budak perempuan hati tu. Disebabkan sikap kamu yang terlalu baik ini, saya akan kotakan janji saya. Cuci tandas selama sebulan tanpa menggunakan magic." jelas Puan Qalila. Pfttt, aku rasa nak gelak masa uh.
"Ohya lagi satu, kamu diminta untuk membuat persediaan di dewan utama untuk majlis hari jadi cikgu Wani dan cikgu Wana hujung minggu ini. Boleh keluar." tambahnya lagi.
Tiga gadis tahun kedua yang bernama Warda Hana, Ros Yana dan Fara Zana berpusu-pusu bertolakan keluar dari pejabat Puan Qalila. Kau tak pelik ke nama diorang hampir sama? Yelah, kan orang kaya,. Family pun rapat. Nama anak pun sama. Mybe jodoh pun situ-situ je. Hahah sengal.(tengok pic kat atas)
"Aifah... Hem, Hanani," lamunan terhenti. Haip? Aifah? Biasanya orang panggil macam tu orang terdekat je kot. Adakah cikgu tahu mengenai masa silamku?
"Ya cikgu.." jawabku perlahan.
"Kamu dimasukkan ke kelas A. Bermakna lepas ini kamu akan lebih memerah otak, sebab kebanyakannya ada cikgu yang gemar membuat kelas malam." jelasnya. What?! Kelas A? Kelas delan beb, kelas disanjung tinggi. Kalau gaduh dengan kelas bawah, orang akan tetap pandang kelas depan adalah benar waaupun sebenarnya dia yang salah.
"Setuju? Sekarang mereka ada di dalam kelas. Cikgu sudah maklumkan. Kamu ambil barang kamu dekat kelas lama kamu dan masuk ke kalas baru. Okey?" ujar Puan Qalila. Yo, ayu siot dia bercakap.
"Baiklah!" balasku kegembiraan."
Part ni cam tak best. kan kan . Malas plak nak sambung . abaikan typo .😂
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasíaAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...