"Aifahh."
Aku menoleh memandang si pemanggil namaku yang terlebih indah maknanya.
Aku mendepakan tangan secara tiba-tiba. Aik? Apa pasal aku ni? Eh jap? Siapa budak ni?
Budak lelaki tersebut berlari anak-anak melimpasiku.
Nama sama dengan aku kot. Aku berdehem. Cover kejap.
Kelihatan dari jauh seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki membelakangi budak lelaki yang memanggil 'Aifah' tadi.
"Hey adik!" panggilku secara spontan. Pantas tiga budak kecil itu memandangku.
Diorang nampak aku kah? Tadi masa aku depa tangan nak peluk dengan budak sorang tu macam tak nampak aku je.
Aku memandang mereka tajam. Dua budak tu,
Kembar?
Itu macam aku...
Dan Airif?
Dan siapa pula budak sorang tu?
"Piann! Dia panggil kita lah." ujar budak perempuan wajahnya iras sepertiku waktu kecil.
Aku memandang kiriku, kananku, dan belakangku.
Nobody.
Glup!
Mereka bertiga berlari menghampiriku. Aku ingin berganjak pergi namum kakiku terasa bagai terlekat digam kuat di atas lantai putih tersebut.
Eh?
Aku memandang sekeliling.
Permukaan yang tadi semuanya putih menjadi satu kawasan kampung.
Tiga budak tersebut melintasi jalan. Aku pula berada disisi jalan.
Zupp!!
"Pian!"
Hariz Sufian yang berada di sebelah Aifah Hanani terkejut beruk kerana tidurnya yang baru sahaja beberapa saat ingin terlelap diganggu oleh teriakan nyaring seseorang.
Aku terpandang Sufian yang menunjukkan wajah mengantuk dan blur di sisiku. Aku memandang sekeliling.
Bilik aku.
Wut?
Macam mana aku boleh ada dekat sini?
"Kau pehal. Aku mengantuk lah bengap. Eihh kacau je aku nak tidur." bebel Sufian dengan dengusan kasarnya. Dia meletakkan semula kepalanya di sebelah tanganku.
Ewah, ewah. Patutlah rasa lenguh. Dia buat bantal tangan aku. Dah lah tidur dalam keadaan duduk. Bongkok karang padan muka.
Aku pantas duduk melunjurkan kaki. Bangun dari pembaringan.
Kepala Hariz Sufian aku jentik.
Pak!
Kuat dan ada kemungkinan akan,
Benjol.
"Tahi kerbauuu!!!! Sakitlahh Aifah. Eihh aku mengantuk tahu. Jaga kau dah tiga hari pengsan. Ha! Ambil ni rasakan." dengan kadar yang segera kerana sakit hati, Sufian pantas menggeletek pinggangku.
Aku apa lagi? Ketawa lah. Dah lah tempat sensitif kot!
"Hahahah. Ohh. Hahaha! Okey! Cukup! Cukup weh ahahaha. Dah lah Sufiann! Hahahaha!" pintaku dalam keadaan dilanda ketawa.
Keadaan reda.
Sufian memandangku kosong dan menyambung tidurnya.
Tiga hari pengsan? Lama gila.
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...