"Klorias!"
"Thoukoba!"
"Asbestos!"
"Abdrakava!"
"Prozabta!"
"Arghhhhhh!" jerit Aifah. Rambutnya diserabutkan dan menyebabkan ikatan rambutnya terbuka. Aku penat! Penat! Penat! 24/7 kena hadap peralatan magic dan tongkat saktiku dekat padang ni. Hari dah gelap aku tak tahu dah jam berapa. Tak urus! Mummy cakap,
"Selagi tak pandai nak seimbang kuasa tu selagi tu jangan berangan nak rehat!"
Fuh, nak tahu kenapa? Red City melancarkan perang. Tahu perang? Tak tahu pergi tengok kamus.
Serabut! Serabut! Serabut!
Aku merebahkan diri di atas rumput yang panjang jugalah. Aku memandang bulan di langit. Terdapat beberapa bintang berkelib-kelib. Dahiku berpeluh. Terasa kepala begitu berat. Mata aku pejam.
Zzzz.
"Aifah, kami..." Airif, Sufian, Fadhil dan Adam memandang sekeliling. Mana Aifah?
'Tadi aku pergi jap je. Mana pula minah ni?' Sufian bermonolog.
"Akak~" keadaan padan sunyi. Adam membuka langkah memerhati sekeliling.
Badan Adam tidak seimbang akibat terlanggar batu. Dan,
Bukk!
"Aduhh!"
Fadhil, Sufian dan Airif yang terdengar jeritan tersebut pantas berlari ke arah Adam.
Aifah membuka mata dek terasa ada sesuatu menimpahnya. Terpandang sepasang mata hazel berwarna coklat gelap. Dibantu dengan cahaya dari bulan Aifah melihat siapa yang menghempapnya.
"Adam?" panggilan Aifah membuatkan Adam tersentak. Aifah menolak Adam dan terus berdiri. Dibetulkan bajunya yang dipenuhi rumput-rumput. Nasib pakai seluar bukan skirt. Huh!
Tiga jejaka yang terlihat perkara tadi ternganga luas. Adam berdehem. Aifah tersentak.
"Luas lagi weh, masuk lalat!" sakat Aifah. Pura-pura tak ingat apa jadi. Terasa sakit tangannya. Dia lelaki kot, dahlah jatuh atas aku. Macam kereta dah aku rasa jatuh atas aku! Tak pernah-pernah. Ni rupanya rasa orang yang pernah aku hempap! Hahaha.
"Ehem. Akak okey?" soal Airif ramah. Disuakan makanan kepada kakaknya. Airif berkerut memandang kakaknya yang makin kurus. Bibir milik Aifah pink pucat. Kelihatan bagai tak pernah sentuh air bibirnya itu. Peluh menitis tidak dipeduli. Rambut yang kusut. Rambutnya berwarna hijau bawahnya pula dah berhenti sampai bawah sahaja. Dah warna hijau tua dulu hijau mudah. Bawah mata Aifah pula hitam. Kelihatan baju t-shirt lengan panjang warna kuning dan seluar tracksuit warna hitam sedikit lusuh. Ni baru seminggu belum berbulan.
Fadhil turut memandang Aifah yang semakin tak terurus. Macam orang gila tepi jalan dah Aifah ni. Dia turut kesian dengan bestfriend dia ni. Fadhil seperti Airif memandang Aifah tidak berhenti. Minah ni tak cukup tidur, makan minum pun tunggu orang datang bagi, apatah lagi mandi? Konfom tidak kut. Pembelajaran? Nasiblah Aifah ni pantai tahap kalau belajar pun dia boleh jawab.
Adam dan Sufian juga memerhati Aifah. Aifah blur. Apesal empat mamat nie tenung aku macam nak makan je? Tak puas hati ke? Nak gaduh, jom!
"Puas tilik aku?" soalku. Aku menggeleng dan duduk bersila di atas rumput. Sudu dan garfu aku keluarkan dari plastik, tempat letak makanan aku buka. Wahh, makanan fav aku!
"Aifah aku cadangkan kau pergi mandi lepasni." cadang Fadhil. Aku terhenti dari melakukan aktiviti makan ku tadi. Betul juga en. Tangan aku angkat dan memandang kiri kanan. Nafas ditarik. Ewuhh bau nya aku. Baru perasan dan seminggu tak mandi. HAHAHA reader mohon gelak.
"Tak senonoh la akak ni!" ujar Airif diikuti dengan gelak tawa yang lain. Aifah mencebik. Kurang garam punya adik kembar, bertuah betul!
"Btw, kenapa kau tak boleh stabilkan kuasa kau?" soalan Sufian membuatkan aku tersedak. Adam menyuakan air tiga warna, warna merah, hijau dan biru. Minuman aku wajib minum. Rasa macam masam manis pahit bercampur, tahu?!
Disebabkan sudah terbiasa aku minum, boleh kira air kegemaran. Haha, entah lah nak. Kalau orang lain konfom muntah tiga hari berturut bila rasa seteguk.
"Eleh, mentang-mentang dia sehari pun boleh! Pro!" ujarku tak puas hati.
"Setahu aku kalau belajar benda ni kena hari yang tenang. Kau ada problem ke?" Adam memberi pendapat dan diselit dengan soalan.
"Betul. Yelah aku rasa Sufian ni takde masalah. Semua okey. Cinta ada. Kawan ada. Semua ada." tambah Fadhil.
"Apa kurangnya Aifah? Kawan ada. Semua ada. Eh jap." Sufian pula bersuara.
"CINTA!" Airif berteriak. Yang lain kruk krok krek krak.. krik.
Kepala Airif aku tolak kasar. "Pandai lah kau budak! Mentang-mentang semua dekat sini ada someone aku takde mulalah merapu. Mungkin sebab perang kot." bantahku. Tolong jangan cakap pasal cinta. Lemahlah. Orang aku sayang semua dah bahagia. Huh, tapi bukan bahagia dengan aku.
"Manada semua. Tu Adam solo. Baru habis clash sian hahaah!" Airif memuncungkan bibirnya menghadap Adam kemudian Sufian dan Fadhil tergelak.
Muncung Airif aku tarik. Diorang gelak sebab nampak hodoh Airif macam tu. So maknanya aku pun tak boleh muncung bibir konfom hodoh juga!
"Takde tangan nak tunjuk orang? Nak juga pakai bibir. Ingat comellah tu?" bebelku.
"Betullah Airif cakap tu." sokong Sufian.
"Kan aku pun sokong! Apa kata kau dengan dia je lah." tambah Fadhil.
Keadaan menjadi kekok.
"Betul! Lagipun kakak kan crush on kat Adam. Bolehlah..." aku tersentak. Belum sempat Airif menambah aku menutup mulutnya.
"Hish! Kenapa bocorkan.. Aduiiiii!" ujarku perlahan dengan Airif namun didengari oleh orang sekeliling sebab padang sekarang gelap dan sunyi. Macam nak cari hantu je lol!
"Betul ke Aifah?" soal Fadhil teruja. "Wahhhhhh!" jeritnya lagi.
"Ayok! Selesailah masalah! Aku tak sika tengok bestfriend aku macam ni. Macam mak hilang anak." Fadhil membuka kata. Kemudian kepalanya aku sekeh. Bertuah punya kawan!
"Hm.. Betul juga.." balas Sufian nak tak nak. Apesal pula mamat ni? Gaduh dengan Nursyi kot.
"Hm... dan?" Adam menyampuk. Dia masih rasa bersalah sebab kutuk Aifah dan gunakan dia hari tu. Hati dia pun ada separuh lagi nama Aqwalina. First love kot. Paling sayang lagi. Dari kecil dah enam tahun couple. Last-last dia kena kahwin dengan Daud sebab keluarga. Aqwalina pun pernah cakap dia hanya anggap Adam sebagai adik dan mula sayangkan Daud yang alah-alah bakal suami mithali.
Aifah? Ya memang dia tak secantik Aqwa. Tapi dia mana kenal Aifah. Walaupun kekadang dia ada fikirkan Aifah. Tidak secantik Aqwa tapi dia comel. Comel dengan perangainya tak berpura-pura. Semua dia buat nampak baik dan comel. Aduduh angau ke Adam?
"Aku.. okey je...hm." balas Adam dan memandang tempat lain. Ya malu dia malu. Mana pernah dia baik dengan perempuan selain Aqwalina.
"Aifah! Balaslahhhhh." Fadhil mengedik. Adui minta dipuji kah apa?
"Ok." jawabku dan berlalu pergi. Nak mandi! Ups, tetiba semangat pula. Hahahahah.
VOTE AND COMMENT.😘
ABAIKAN TYPO😛
AUTHOR RASA CERITA NI LAMA LAGI NAK HABIS KOT😆
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasíaAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...