Kringggggg!!!
Bunyi loceng makan tengahari mematikan lamunanku.
" Aifah Hanani. Jangan banyakkan lamunan kamu itu. Okey? Kamu juga Sufian! Yang lain pun sama! Hanya ada lima bulan sahaja lagi untuk duduki peperiksaan naik ke tahun kedua. Sekiranya gagal, mahukah kamu mengulang tahun yang sama?" ujar Cikgu Farina, mengajar matapelajaran magic tambahan. Arghh dia macam kimia plus addmath.
Pelajar kelas 1A hanya mengangguk. Damn, aku tak faham satu pun. Kaki melangkah malas ke dewan makan.
Deala, Danish dan Yuni dah jalan dulu. Tengok, tu kawan kan? HAHA.
Eh, aku lupa ambil tongkat aku. Aku menoleh semula untuk masuk ke dalam kelas. Bahuku terlanggar dengan seseorang. Urgh, who...
Sufian? Sufian memandangku sekilas. Kemudian dia menoleh semula. Dipandangnya aku lama. Aku menjelingnya. Tongkat sakti aku capai dan berlalu meninggalkan Sufian sendirian.
Syuh, syuh. Get out from my life. Dah sebulan aku tak bertegur dengan Sufian. Result dia pun makin merosot. Entah apalah. Kata nak sangatkan. Dekat aku sebab nak guna aku jak. Nope! Aku akan dapatkan semua kuasa terkuat tu semula. Aku tetap aku!
Yaaa! Now I know about myself.
*****
"Angah! Ibu nak pergi parti dekat sekolah ni kamu nak ikut?" soal Mellisa terhadap Hanani. Hanani memandang ibunya sekilas pandang. Aku memandang semula ke arah surat khabar, aku suka tengok sebab apa? Sebab gambar dia bergerak hm.
Tangga berbunyi buk buk buk menunjukkan seseorang turun. Siapa lagi kalau bukan mamat sorang tu.
"Oiiiii! Hancur tangga!" jeritku. Khairul Akmal menjeling lidah kearahku. Dengan menggunakan kuasa tongkat, aku tarik lidah Akmal.
"Ahhh! Oii sa..sakitt an..angahhh!!" jerit Akmal. Mellisa mengetuk kepala Hanani dengan menggunakan beg galas magicnya. "Bertuah punya budak buat camtu kat abang? Nak ibu tarik lidah angah juga? Haa mehmeh along kita buli dia pula." bebel Mellisa.
Akmal mendekati adik kesayangannya lalu merampas tongkat sakti Hanani Mellisa hanya memerhati apa yang bakal terjadi dengan dua anak angkatnya sambil menyarung kasut tumit tingginya.
Akmal menyuakan tongkatnya di hadapan muka Hanani. Hanani kaku. "Askloqado.."
Keluarlah lima ekor lalat bertangan manusia mengganggu pinggang Hanani. "Oi! hahaha. Oi! Along ahaha, stop! Geli geli along! Ahahaha! Khairul Akmal!!!!! Ahahahaha..." rengek Hanani.
Akmal akur. "Padan muka!" Akmal menjelir lidah ke arah Hanani dan melempar tongkat sakit Hanani ke tuan asalnya. "Along nak dating dengan Sai. Kalau angah keluar, jangan lupa kunci pintu." sambungnya lagi. Akmal dan ibu Mel menutup pintu hadapan.
Apa aku nak buat sekarang eh?
Satu iklan dalam televisyen membuatkan bibirku tersengeh. Aku tahu nak buat apa.
*****
Kaki aku terpacak di hadapan satu bangunan lama yang terbiar. Wuh nasib jam belum melepasi jam12 tengah malam. Seram! Besar gila bangunan ni. Okey sekarang aku perlu seseorang teman aku.
Hah! Ya pari-pari penjaga aku. Tongkat aku goyang. "Nana, pleasr help me." seruku. Tink!
"Sedia berkhidmat cik Hanani." ujar pari-pari sekecil tangan itu. Setiap dengan sayapnya yang tidak berhenti bekerja. Tak letih ke? Kekadang terfikir juga kalau aku ada sayap kan? Tak payah susah-susah pakai penyapu terbang, ucap mantera semua tu? Kan? Rasanya jadi doraemon lagi seronok? Kan, kan?
"Jom teman aku cari kuasa terkuat."
*****
Jam hampir menunjukkan 12.00 tengah malam. Aduhh, aku dah roumd ni takkan takde kot? Nana pun katanya dah penat.
Nana menarik rambutku. Hanya dengan gerakan mulut 'apa', Nana langsung menunjuk ke arah satu bilik. Kedengaran satu suara wanita menyanyi. Aku menolak pintu tersebut.
Glup. Bulu roma aku mula meremang. Ni bangunan terbiar. Dulu bekas hospital. Mustahil tetiba ada manusia datang sini bukan?
Aku melangkah masuk bilik tersebut. Sebaik sahaja aku masuk, pintu terhempas kuat. Aku menoleh, ohh tidakkk!
Nana diluar.
Aku memandang wanita yang sedang berpaling dariku sambil menyanyi. Aku menutup mata.
Perlahan-lahan aku buka mataku,
Mata bertembung dengan mata wanita tua, berkedut, muka nya berlubang-lubang dan matanya berwarna merah dan sekeliling badannya berwarna hijau kebiruan.
Aku ingin berteriak. Glup. Keadaan persekitaran berubah.
Wanita tersebut seakan tidak dapat melihatku. Suasana menjadi hospital. Aik? Ni flashback ke apa?
Aik? Perempuan itu kelihatan seperti wanita tadi. Nampak macam sebaya dengan aku je. Dia menyanyi di atas katil biliknya.
Tiba-tiba,
Keadaan menjadi riuh. Dia hanya menyanyi. Para kelibat hitam bertutup muka mengerumuni perempuan tersebut. Lalu dikenakan sihir ke atasnya. Sepuluh tongkat sakti mengeluarkan kuasa yang sama menuju ke badan budak perempuan tersebut.
Berteriak. Aku terkejut. Semakin kuat kuasa tersebut semakin kuat nyanyiannya. Aku mengenakan sihir ke arah sepuluh penjahat tersebut. Aku tak tahu apa mentera aku sebut dan apa yang berlaku. Hanya ada cahaya yang menyilaukan mata mereka juga mataku. Aku mengelibkan mata.
Mataku yang asalnya tadi bertembung dengan mata wanita tua yang mempunyai muka buruk. Aku ingin berteriak tapi apakan daya. Dunia gelap.
'Aifah, terima kasih kerana membebaskan ku. Ambillah. Kuasa Green Ice yang kamu inginkan.'
*****
"Aifah. Aifah." seru seseorang.
Perlahan-lahan mata terbuka. Ibu Mell. Aku tersenyum. Eh?
"Dekat mana?" soalku. "Rumah. Ibu jumpa Nana kamu di depan rumah. Kamu keluar kemana?" jawab dan soal Mellisa. "Ah? Apa.." ayatku tergantung. Siapa bawa aku balik?
"Kenapa dengan lengan kamu?" soal Mellisa. Pada lengan kananku, satu lukisan ais berwarna hijau.
Mimpi? Atau kenyataan?
Okey, sorry tak best lah bab ni. Nak habiskan cepat. Kalau terlampau panjang susah. Tapi apa boleh biat nie je idea. Tak best kan? Hm..
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...