Bab36

566 33 5
                                    

Bunyi je loceng rehat, aku terus melangkah ke dewan makan. Lapar! Ni lah akibat tak ambil sarapan tadi pagi hesh!

Aku duduk di penjuru. Kemudian seseorang menyapaku dengan menyentuh bahuku perlahan. Aku yang terkejut pantas merentap tangannya dan memutarkan kebelakang.

Dewan makan menjadi sunyi.

"Woi ganas gila kau!" Habib menegurku. Ceh dia rupanya yang ganggu aku. Aku melepaskannya. Dewan makan kembali bising.

Aku duduk dan menyandar di meja. Habib duduk bercangkung di hadapanku. Terpaksa aku menunduk. Aku mengangkat keningku.

"Zuddin. Sakit." ujarnya satu-satu. Aku terkejut pantas memegang kedua bahunya dan mendekatkan wajahku dengannya.

"Sakit apa?!" Habib terkejut. Ditenungnya aku sekejap. Aku yang sedar keadaan sekarang pantas meleraikannya dan berdehem perlahan.

"Ehem. Buah pinggang rosak sebelah." balasnya pendek. Dahi ku berkerut. "Kenapa kau cakap sepatah-sepatah ni?" soalku.

"Aku sedih je. Sufiana pula kena tahan dekat klinik sekolah. Tak cukup air." makin terbeliak mataku mendengar berita yang disampaikan.

"Sejak bila?" soalku laju. "Dah sebulan Zuddin koma. dan sudah dua minggu Sufiana terpaku je atas katil tak bermaya. Asyik sebut nama kau je, 'Aifah..Aifah..'. Tapi memang susah nak jumpa kau sekarang. Kau mengelak ke?" Habib menujukkan wajah muramnya.

"Aku terlalu dikerah untuk belajar kuasa aku. Aku pun penat, tak cukup tidur. Aku bukan tak sengaja tak jenguk kau orang. Lagipun aku baru je ingat semua memori aku." Sufian bagitahu diorang aku dah ingat. Sedangkan dia tahu aku tipu aku lupa ingatan. Kalau lupa ingatan betul-betul takkan author nak hapuskan watak diorang macam tu je kot. Kan kan?

"Jomlah. Sufiana cari kau." ajaknya dan pantas menarik pergelangan tanganku. Aku berdehem sekali lagi dan serta merta Habib tersentak.

"Aku pegang je kot. Bukan raba kau." balasnya selamba. Aku menyekeh kepalanya. Dia tergelak besar.

"Kitorang rindu kau. Termasuk aku. So biarkan je la macam ni." sambungnya selepas ketawa.

Dan aku, okey?

*****

"Aifah..." serunya lagi. Aku hanya memandang Sufiana sayu. Zuddin sekarang ada dekat hospital besar. Dekat sini dia tak boleh dilawat. Esok kitorang semua pergi melawat. Aku menghampiri Sufiana dan memeganh erat tangannya.

Seperti tahu sahaja Sufiana akan kehadiran Aifah. Sufiana mencelik dan memandang Aifah. Senyuman terbit di bibir pucatnya.

"Hai akak Ana." sapaku. Air mataku bertakung di kelopak mata. Yalah, kak Ana ni macam kakak kandung aku. Tapi sebab marah dekat Sufian, diorang semua kena. Aku duduk di kerusi sebelah katil kak Ana.

"Akak, akak mana boleh macam ni. Akak kenalah sihat. Mesti Zuddin sedih bila nampak akak macam ni. Akak, Aifah tahu akak kuat. Aifah kan adik akak. Mestilah kita ada persamaan. Kan? Kita kan kuat?" aku memulakan bicara. Kemudian aku menyambungnya.

"Akak ingat tak masa kita main bola tampar bersayap hari tu? Best bukan? Kesian budak lelaki kena berabis dengan kita kan? Masa tu Husna dan Qalisya still ada. Akak buli Zuddin kan masa tu? Akak lah paling sweet couple. Tahu tak? Aifah bahagia tengok akak dengan Zuddin. Dengan manja dia. Banyak kenangan kita semua.

Akak, Aifah minta maaf sangat. Bila masuk sekolah ni Aifah tak pandang kawan Aifah dulu. Yang selalu ada waktu susah dan senang. Aifah ego. Akak, Aifah dah boleh move on dengan Sufian. Kawan baik Aifah sekarang sukakan Sufian. Lagipun Aifah tengok mereka bahagia je tanpa Aifah. Akak, Aifah taknak terlibat dengan semua perasaan ni. Cukup tengok akak dan yang lain-lain bahagia. Aifah cuma nak selamatkan dunia ni dan nak kembar Aifah selamat." air mataku menitis juga akhirnya. Aku jahat. Aku biarkan orang aku sayang terlantar sebegini. Sedangkan diorang lah yang selalu ada saat aku susah dahulu. Teruknya aku.

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now