"Naura!" panggil Aifah. Naura menoleh ke arahku dan melemparkan ssenyum manis. Wahh boleh cair beb. Dia ni senyum dengan orang dia kenal. Bukan sombong tapi dia tak suka bergaul.
"Hai Aifah. What's wrong?" tanya Naura. Aku membalas senyumannya.
"Ada nampak mummy?" soal Naura. Naura terdiam seketika. Berfikir kot.
"Tak. I pun tengah cari mummy. Latihan kami lama dah tak buat terutama Adam you tu. Tahulah dia paling hebat. Mummy tak bagi arahan pula tiba-tiba." jawab Naura. Aku mengangguk. Sempat lagi puji Adam eh? Naura bersandar di dinding depan kelas. Sekarang waktu pembelajaran. Maybe Naura dari tandas kot.
Tak masuk kelas? Ya sebab nak cari mummy. Cikgu tak marah berkeliaran? Tak, cikgu semua kenal anak-anak istimewa mummy. Memang nampak tak adil tapi apa boleh buat hm. Siapa suruh tak jadi watak penting? Tapi bagi aku lah, budak luar yang tak akan rasa benda tu. Sebab budak yatim piatu duduk asrama, keperluan dan nak apa-apa semua mummy bagi. Cuma kena pakai gelaran cikgu Yahya lah. Ha? Sayang lah tu kan?
"Samalah. Aku pun penat menelan buku." balasku pula. Kebetulan seorang pengawas dari GPS lalu dikawasan kami. Naura memanggilnya. Aku tak seberapa dengar siapa nama lelaki ni.
"Mummy mana?" soal Naura ringkas. Dia yang disoal membuka buku nota yang dipegangnya. Aku dan Naura berpandangan.
Dari mata Naura bertanya dengan aku, 'Kita tanya dia buka buku?'
Aku membalas pandangan Naura, 'Entahlah budak ni. Tak waras kot!'
Terletusnya ketawa aku dan Naura. Mamat pengawas tadi memandang kami pelik dan dia mula bercakap, "Mummy suruh korang mula latihan petang ni dan petang seterusnya atau ada masa lapang. Mummy berada di dunia manusia." balasnya pendek. Again? Apa cikgu Yahya buat di dunia manusia? Hm yela, yela, okey, okey. Aku mengangguk.
"Cau dulu!" kataku dan meninggalkan Naura dengan pengawas tadi. Aku melambai ke arah Naura dan Naura membalasnya.
*****
"Weh! Weh!" jerit salah satu budak lelaki classmate aku. Tak silap aku nama dia Hafizi. Abaikan watak sampingan hahaha okey gurau.
Semua memandang ke arah Hafizi yang tercungap-cungap mencari nafas. Dia menarik nafas dan menghembus. Kemudian dia berbicara.
"Saya Hafizi. Berdirinya sa...."
Seorang budak perempuan bertocang dua menyampuk. "Cepatlah sengal! Buang masa kitorang je!"
"Yelah, yelah! Hish minah tocang dua ni, tu pun nak marah." ujar Hafizi. Budak perempuan tersebut bengang dan melempar pennya ke arah Hafizi. Hafizi pantas mengelak dan menjelirkan lidahnya ke arah budak perempuan itu. Okey dah mula dah. Ni dua suka betul bergaduh!
"Sudah sudahlah! Nak aku kahwinkan kah?" marah seseorang di belakangku.
"Apa berita tu?" soal classmateku yang lain.
"Nombor dalam tingkatan dah keluar! Semua budak tahun ketiga dah ada diluar." ujarnya. Apa lagi? Meluluh lah semua keluar. Dalam sekolah ni, setiap tahun ada lapan kelas. Dan lapan-lapan kelas ni duduk satu blok dan satu tingkat. Kedudukan dalam tahun pula biasanya ada dekat sebelah tangga, sebelah kelas keempat. Dia skrin, depan belakang.
Aku menjadi orang terakhir yang keluar kelas. Aku segera melihat skrin tersebut dari jauh. Hish dahlah pendek aku ni, kena menjongket pula. Aduyaii!
Aku menjongket sehabis boleh. Tiba-tiba satu benda memegang kedua belah pinggangku dan aku terasa terangkat. Tak kisahlah siapa asal aku dapat tahu nombor aku.
Terbeliak mata aku. Biar betul. Aku pantas menoleh kebelakang.
"Dah. Turunkan." pintaku. Nasib aku berasa di hadapan kelas pertama iaitu kelas ku. Maknanya aku berada dibelakang sekali. Kelas keempat ada ditengah-tengah yang maksudnya skrin ada di tengah-tengah blok.
Dia menurut. Setiba kakiku menjejak tanah, eh salah simen, aku memandang gerangan yang mengangkat ku tadi.
Dia tersengeh, "Tahniah! Kau dapat nombor empat keseluruhan tahun ketiga!" balasnya. Dia menghulurkan tangannya. Aku hanya melihat tangannya dan pantas memeluknya.
"Wau dah nakal eh?" tanyanya. Kemudian aku melepaskan pelukan. Happy sebab berada dekat atas walaupun bukan bukan top3.
"Buat apa dekat sini?" soalku kepada Adam. Yalah dia berada di tahun keempat. Tetiba sesat ke blok tahun ketiga kenapa?
"Tengok buah hati." balasnya ringkas.
"Kau pula, Dam?" soalku kepadanya. Dia hanya tersengeh. Apesal pula ni?
"Aku cuma aktif dalam sukan sayang oi! Aku mana pandai macam kau." Adam menarik hidung Aifah. Aifah mencebik lalu menyilangkan tangannya di dada tanda merajuk.(okey author tak reti bab sweet)
Adam tergelak besar. Bukan orang dapat dengar. Semua sekolah bising sebab tengok keputusan.
Dia mendekatkan bibir pada telingaku dan menggosok rambutku kasar. Hesy! Habis rosak.
"Aku dapat nombor sebelas je." bisiknya. Aku menumbuk bahunya kasar. First, sebab rosakkan rambut aku. Second, sebab dia kata 'je'.
Pelajar setiap tahun sampai 300+ dia boleh kata nombor 11 'je'? Nak kena mamat ni!
Aku mendongak. Dia menunduk sedikit. Hish! Apesal lah Adam ni tinggi sangat. Aku mengecilkan mataku dan mencucuk pinggang. Dia tertawa nipis.
Aik? Tak geli ke? Aku semakin galak mencucuk pinggangnya dan dia pula semakin ketawa kuat sambil memandangku.
Cup!
Terhenti aktiviti ku. Dia tersengeh. Suka suki dia je kiss aku! Kat bibir pula tu! Arghhhh!
"Pipi jadi tomato." usiknya dengan sengihannya. Sejak aku dengan Adam ni, dia dah makin banyak senyum. Dulu kemain dingin.
Aku menutup mukaku dan berlalu pergi. Dia tersenyum berabis sebab dapat kenakan aku.
*****
Cuti akhir tahun selama sebulan kini bermula. Aku lebih minat berbaring dan melelapkan mata di dalam bilikku. Bila hujung sejuk sikit dunia magic ni dan matahari jarang nampak sebab dilindung dengan awan.
Jam sebelah bantal aku toleh. Eleh budak jam ni pun tidur. Syok sangat aku tahulah sejuk. Dulu kemain pekik sana pekik sini. Cakap pasal jam, teringat jam yang aku ada dulu selalu bergaduh dengannya. Pastu mesti mummy tolong leraikan pergaduhan tak matang antara aku dan budak jam tersebut. Ni kat asrama ada budak jam baru. Tak sporting macam budak jam aku dulu. Entah kemana dah dia, rosak dah kot. Hm.
Dah jam8 pagi. Malasnya nak pergi dewan sarapan. Nasib dah mandi. Aku mula bersiap. Aku cuma memakai baju lengan panjang berwarna hitam dicorak dengan tulisan 'smart' berwarna oren. Seluar tracksuit warna hitam berles oren tepinya. Rambut aku ikat satu dengan getah warna oren kemudian kasut sukan warna hitam putih.
Tema oren hitam pula tetiba. Haha. Ikut mood. Tongkat aku capai dan berlalu keluar. Nak sarapan! Nak jumpa diorang yang duduk asrama. Adam? Hm tak boleh, sebab sebab dia ada latihan dekat padang dengan budak olahraga. Dia cuma ada ayah, tapi itu pun duduk dunia manusia sebab ayah dia manusia. So dia memang tinggal kat asrama lelaki. Yelah asrama lelaku takkan perempuan.
Okey, let's go!
VOTE AND COMMENT😘
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...