Bab48

525 23 2
                                    

Awan tersebut membentuk muka Iqbal yang sedang tersenyum sinis. Mata aku gosok dan memandang awan itu semula.

Terasa macam ada renjatan elektrik masuk ke mataku dan kemudian kepala apabila memandang awan tersebut. Kepalaku mula sakit, penglihatanku juga berdouble dan kabur. Aku duduk bercangkung sambil memegang kepalaku.

"Weh! Apesal semua perempuan ni?" suara Sufian yang cemas kedengaran. Aku hairan. Apa maksud dia dengan semua perempuan?

Aku cuba untuk melihat. Kelihatan semua perempuan selain aku mula terduduk di atas jalan raya sambil memegang kepala. Ada yang sudah pengsan dan terbaring. Masing-masing panik.

"Arghhh!" jerit Damia kesakitan begitu juga dengan Sufiana dan Ayuniza. Becca dan Ayuniza sudah jatuh pengsan.

Kedengaran sayup-sayup suara Adam disebelahku. "Aifah. Okey tak ni?" Aku menggeleng.

Hidung terasa ada benda yang keluar. Haih, darah ni keluar pula aduhai!

Pandanganku kabur. Pendengaranku juga tidak jelas. Kepalaku terasa begitu sakit.

Aku terduduk bersimpu di atas jalan. Badan tidak imbang kemudian tersandar pada sesuatu yang berwarna putih. Erk? Adam ke? Darah yang meleleh dari hidungku disapunya. Kemudian Adam duduk sambil memeluk bahuku. Sebelah tangannya pula membelai rambutku.

Kemudian mata terpejam.

*****

Mata aku cuba untuk buka. Yeah! Dan aku berjaya. But, kenapa aku rasa diawangan? Dah matikah aku?

Aku memusingkan sedikit kepalaku ke kanan dan terpampang tepi wajah Adam. Dia menoleh ke kiri dan spontan bibirnya terkena bibirku.

Aku pandang ke hadapan semula begitu juga dengannya. Keadaan menjadi kekok. Aku berada di belakang Adam. Elok je dia bawa aku. Aku pandang ke hadapan. Bagitu juga Sufiana, Junaidah, Ayuniza, Elfidora, Nursyi, Becca, Aisyah, Adelia, Fasya, Shahira, Damia dan Uqasha.

Eh jap? Yang lain konfom kena angkat dengan 'kesayangan'. Yang si Ayuniza dan Uqasha ni...

Ayuniza dan Zackrul? Uqasha pula dengan.. Harith? Serius kah ini?

Ketawaku terlepas. Bukan ketawa perlahan tapi kuat. Disebabkan aku gelak tak ingat dunia, wanita yang terlelap tadi semua terbangun. Lelaki sekalian pula memandangku.

Serta merta Uqasha dan Ayuniza menolak Harith dan Zackrul. Uqasha jatuh mendarat dengan selamat manakala Ayuniza jatuh macam nangka buruk. Tersembam berabis.

"Apesal kau angkat aku?!" soal Uqasha dengan dirinya mahu menyerang Harith. Harith mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

"Tadi kau kan pengsan sebab aku pun tak tahu kenapa semua gadis tadi macam kena renjatan elektrik saja. So disebabkan kau sebaya aku, aku terpaksa jadi 'pemandu' dan 'kenderaan' kau. Tambahan lagi diorang desak aku. Aku junior takkan nak melawan cakap senior?" terang Harith diikuti dengan wajahnya yang sayu. Uqasha mematikan gayanya tadi pantas berdiri memandang Harith.

Kedua tangannya memegang kedua bahu Harith. Kepala Harith terangkat. Mata bertemu mata. Kemudian secara entah apa merasuk Uqasha, Uqasha memeluk Harith. Harith tersentak. "Sorry." guman Uqasha.

Syafiqie terbatuk kecil. Semua tersentak. Pantas Uqasha melepaskan pelukan. Wajahnya merah, malu! Entah kenapa dia tetiba buat macam tu. Akibat malu dia melimpasi Harith taknak pandang muka Harith namun tubuhnya tidak seimbang. Harith yang berada disebelahnya terus membantu Uqasha sebelum Uqasha terjatuh.

"Hurm. Jangan degil boleh tak? Tak boleh jalan nak juga mengada. Mai aku tolong!" ujar Harith dengan tegas.

Zackrul duduk dihadapan Ayuniza. Siku Ayuniza berdarah. Baju lengan panjangnya koyak besar. Zackrul bertindak mengoyak lengan baju Ayuniza dari bahu hingga pergelangan. Ayuniza ternganga.

"Ap..." belum sempat Ayuniza memarahi Zackrul, Zackrul pantas menekup mulut Ayuniza dengan tangannya. Diorang berdua pum sebaya. Ayuniza ni duduk kelas paling depan, Zackrul pula duduk kelas paling belakang. Ayuniza merupakan guru Zackrul. Mentor dan menti di sekolah. Sebab tu nampak sedikit rapat. Kalau berjumpa konfom Zackrul selalu usik Ayuniza. Ayuniza pula buat tak kisah dan hanya menjalankan tugas sebagai cikgu kepada Zackrul.

Zakcrul bertindak mengikat baju Ayuniza yang dikoyak tadi di siku Ayuniza yang berdarah. Selepas Zackrul siap mengikat, dia membuka jaket yang dipakainya dan memakaikannya kepada Ayuniza. Zackrul santai hanya memakai baju berwarna hitam lengan panjang. Entah kenapa demamnya tadi sudah pulih. Badannya tidak lagi berasa sejuk. Sebab itu dia mengenakan jaket.

"Demam dah kebah?" soal Habib kepada Zackrul. Habib dan Zackrul ni berkawan baik sejak Mafidos berkawan dengan A.I Squad. Rykal dan Asrul tersengeh nakal. Budak olahraga yang join, Rykal, Asrul, dan Adam. Khairul, Hakim dan Alia ada latihan larian. Naura dan Edtasya pula pergi belajar make up dan dressing dekat rumah Naura.

"Ha'ah, dah sembuh sebab dipeluk puteri kenit tadi." jawab Zackrul selamba. Kenit? Ya, Ayuniza ni pendek tidak sepadan dengan umurnya 18 tahun. Dan aku lagi tinggi dari kak Ayu walaupun aku tergolong dalam budak rendah. Ayuniza mencebik dan menumbuk perlahan perut Zackrul. Zackrul mengejeknya.

"Dah sampai!" jerit Maslan.

Kami membeli tiket dan masuk ke dalam tren. Aku turun dari belakang Adam begitu juga yang lain. Takut orang pandang pelik pula. Nanti di cakap 'Gedik semacam je perempuan-perempuan ni kena dukung lelaki hensem'.

Hensem?😛 Ya serius diorang ni hensem. Sebab tu popular dekat sekolah. Jadi rebutan. Masing-masing ada daya tarikan sendiri.

Sejam berlalu, kami tiba di kehidupan orang bandar. Mall Blue City IV kami tuju. Mall ni paling besar. Mall yang lain, lain kalilah kami datang. Dalam mall ni ada macam-macam.

"Ehem kitorang nak dating dulu. Nanti jumpa kat sini balik!" ujar Fadhil.

"Untunglah ada couple. Yelah jam6 kumpul." ujar Zackrul sebagai ketua sebab paling tua.

"Kitorang un nak blah." ujar Zuddin dan berlalu pergi bersama Sufiana.

"Kitorang pun!" ujar Harith. Ditariknya tangan Uqasha. Semua tercengang. Diorang berdua ada apa-apa ke?!

"Yang nak pergi berdua bertiga tu pergilah." ujar Syukri.

"Haah! Kitorang nak lepak sesama lelaki je!" sokojg Raden.

Kesian pula hahahahahaa!

Adam menarik beg ku yang dipakai siring. Aku mengikutnya. Kemudian dia melepaskan tarikan. Aku berjalan beriring dengannya.

Wajahnya aku tenung sekejap-sekejap. Huh, aku jatuh cinta. Tidakkkkkk!

"Kenapa tenung macam tu?" soalnya. Dia menoleh dan matanya memandang mataku. Mata yang selalu buat aku terpaku. Hanya mata Adam.

"Uh? Takde pape. Takle ke tenung boyfriend sendiri?" ujarku dan memandangke hadapan.

"Untuk sayang boleh." Adam tersenyum dan memegang tanganku. Aku turut tersenyum bahagia.

"Jom!"



VOTE AND COMMENT😘
ABAIKAN TYPO😛

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now