"What?!" jerit Sufian dan Aifah serentak.
"Dia ni mummy? Dia yang ditakdirkan untuk Aifah? Seriously?! Euhh taknak lah!" bantahku. Walaupun berada dalam keadaan terkejut, namun suara tetap diperlahankan. Tak baik biadap dengan orang tua. Ish, ish, ish.
"Aku tahulah aku hensem. Sebab tu kau rasa kau tak layak bersama aku." balas Sufian selamba. Aduii, naik urat di dahi aku.
"Ouh please! Jangan perasan sangat okey? Kot, kot kau nak kata aku lawa, cantik, flawles, pandai dan.."
Sufian mencelah percakapan Aifah yang memuji dirinya, "Pendek."
Aifah mencebik. Di sekehnya kepala Sufian kasar. Dia merengus kuat. "Pendek itu comel! F.A.K.T.A!" Aifah menyebut satu per satu huruf perkataan fakta. Sufian tersengeh senget, mengembangkan hidungnya dan menjulingkan matanya.
"Hodoh sia muka kau! Hahahaha." Aifah bergelak sakan. Berguling-guling di atas sofa milik cikgu Yahya. Cikgu Yahya sekadar memerhati gelagat mereka.
Pantas Sufian menjentik dahi Aifah.
Pak!
Aifah membatu. Dipegangnya dahinya yang mula menampakkan warna kemerah-merahan.
"Aduh! Sakitlahh! Kudrat lelaki tak sama dengan perempuan badigol, tolol, talingung, sengal!" marah Aifah sambil menumbuk bahu Sufian dan mencubit berabis pada bahagian pinggang Sufian.
Apa lagi? Tergelaklah mamat sorang ni. Yelah, Sufian ni tak tahan kena sentuh tempat yang menggelikan seperti pinggang.
"Okey mummy nak turun dunia manusia dulu." pinta cikgu Yahya. Aku dan Sufian terhenti dan memandang mummy penuh harapan.
"Mummy tak nak bawa. Bye!" ujar cikgu Yahya setelah melihat mata Aifah dan Sufian berblink-blink nak ikut ke dunia manusia. Kan budak berdua ni pernah duduk dunia manusia. Besar okey, dunia manusia!
*****
Aku berjalan di sekitar sekolah. Tawaf? Yalah bosan okey. Takkan cuti sebulan nak duduk dekat perpustakaan atau buat tahi mata? Agak kot. Lagipun aku tak pernah round satu sekolah ni. Besar sangat pastu tak ada masa yang banyak. Jadi aku isi masa aku yang sedang sediakala banyak ni dengan memenatkan kaki. Sekolah ni tak adalah sunyi. Sebab budak yatim piatu banyak. Lepastu anak istimewa mummy tak pulang rumah yang masih ada family tu sebab kena berlatih. Aku? Aku berlatih masa petang dan malam. Sekali aku terlelap dekat padang berumput panjang tu. Nyaman! Sejuk-sejuk sebab malam lagi. Masa matahari naik, terasa dekat muka terus bangun. Tak perlu guna budak jam tu. Dia pun tidur sahaja kalau aku tak set jam. So malas nak kacau budak jam tidur, aku tak set jam.
Jalan punya jalan, aku nampak satu bilik. Aku tak tahu bilik apa. Tanda apa-apa di pintu pun tiada. Macam mana nak tahu. Caranya satu, masuk dalam tengok.
Pintu bilik tersebut aku tolak.
Krekk....
Pintu ni bising pula. Adui potong line betul! Ni mesti tak kena pateri lepas tu lama dibiarkan.
Pintu aku tutup perlahan-lahan. Selepas itu aku menoleh.
OMG!
Permadangan seluruh sekolah! Biar betul arhhh! Cantik cantik cantik! Besarnya. Aku tak sangka.
Aku menongkat kepalaku dengan menggunakan tanganku. Siku diletakkan dengan baik dengan jendela besar.
Sedang aku leka, aku ternampak kelibat orang yang aku kenal. Aku mengecilkan mataku. Mummy cakap aku dah rabun, rabun jauh.
Pap!
Bagaikan satu tamparan yang hebat. Aku pantas keluar dari bilik tersebut. Kakiku laju menuruni tangga yang banyak. Sebab aku ada dekat kawasan yang terlalu tinggi untuk pandang semua permandangan sekolah ni.
Entah mana aku salah kaki, aku tersadung ke bawah. Mata aku tutup.
Eh?
*****
"Nasib along ada dekat situ kebetulan." ujar Khairul Akmal, abang angkatku. Tak kenal dia? Tengok balik bab yang Aifah dan Akmal di ambil sebagai anak angkat masa dekat hospital oleh seorang cikgu. Ingat?
Masa aku jatuh tu, aku hairan kenapa macam hempuk kayu bukan lantai. Rupanya ni ha terhempap abang aku. Dia dah makin kurus, tapi tetap hensem! Lawak muka dia masa tu. Dia limpas tapi ada pula yang hempap dia. Aku pernah rasa, sakit!
Aku tersengeh memandangnya. Lamanya tak tegur abang aku ni. Sebab dia tuduh aku bunuh ibu teruslah tiada sesiapa menegur. Dua-dua buat-buat tak kenal.
Teringat apa yang aku pandang tadi. Aku pantas membuka langkah walaupun kaki aku terseliuh.
Aku gagahkan juga.
Kenapa aku beria? Tunggu.
Aku tiba di belakang dewan makan. Aku memandang mereka yang masih asyik dengan perbuatan mereka.
"Hai. Seronok?"
Lelaki dan perempuan yang sedang ber kissing sebentar tadi terkejut lalu memandangku. Lelaki tersebut beriak terkejut manakala perempuan itu pula tersenyum sinis.
Wah? Sinis? Sebab apa? Sebab dapat rampas boyfriend aku?
"Aifah. Ini tak ma..." Adam menghampiriku tetapi satu tumbukan tepat kena pada pipinya.
Aku tergaman dan memandang siapa yang berani tumbuk Adam ni.
Tumbukan demi tumbukan. Aku hanya membiarkam kerana terkejut dengan kehadiran orang lain masuk campur hal dia. Hancurlah bibirlah dan biru-birulah muka Adam.
HAHAH PADAN MUKA!
"Dah along. Stop. Biarlah dia." ujarku kepada Khairul Akmal. Akmal akur dan berhenti dari terus memukul Adam .Baju Adam yang digenggam kini telah dilepaskan.
Tanganku menyapa pipi Akmal yang sedikit luka akibat tumbukan Adam. Kemudian Akmal memaut bahuku.
"Blah dari hidup aku. Kita putus! Aku dah agak semua ni. Alia, Alia. Macam tiada lelaki lain. Lelaki yang dah ada girlfriend juga kau cari, murah sangat eh? Kalau suka hormat, jaga. Bukan nak bawa main kiss peluk segala. Hish, sakit mata aku tengok. Kau berubah Adam! Aku benci kau!" sinis aku sindir. Akmal yang ternampak singa mula terbakar memeluk bahuku dan membawaku berlalu pergi.
*****
Lepas mengubati Akmal, Akmal meminta diri untuk dating dengan kak Saifatul. Still kekal.
Pintu bilik khas aku buka perlahan. Tak ada tenaga tiba-tiba tengok orang yang aku sayang khianati aku dengan kawan aku sendiri. Sakit beb. Mungkin kalau aku hiris tangan atau potong kaki, rasanya tak sesakit dalam hatiku. Yeke? Kalau author sakit lagi potong kaki. Taknak tak ada kaki, tak boleh berjalan. Ngeri.
Pintu terkuat sedikit.
"Pian mainkan Nur?" kedengaran satu suara perempuan. Aku mengintai.
Nursyi dan Sufian.
"Yang nak putus siapa? Yang cakap bosan dengan perangai Pian siapa?" soal Sufian dingin. What? Takkan lah hari yang sama Sufian pun..
"Nur. Sebab Nur tak tahan. Pian tak tunjuk perangai Pian yang sebenar. Pian tunjuk dengan Aif! Aif seorang. Pian siapa Nur ni bagi Pian? Siapa Aif bagi Pian? Siapa girlfriend Pian? Nur ke Aif? Nur try je nak ajak putus, tak sangka Pian setuju." tangisan Nursyi kedengaran. Sufian masih membatu.
Berbeza bila Sufian dengan aku. Dia mesti akan ejek muka aku hodoh kalau menangis dan pujuk aku sambil pengang bahu aku atau peluk aku. Kenapa dengan Nursyi macam ni? Selama ni aku tengok diorang sweet okey je. Tapi, Sufian tak tunhuk perangai sebenar?
"Dah lah Nur. Pian.. Kita kawan je lah. Pian tak suka nak getback apa semua ni. Tak tahukan Pian jenis kalau buat keputusan hati-hati dan terus tanpa menoleh semula? Kenapa Pian tak tunjuk? Sebab Pian nak jadi boyfriend yang terbaik untuk Nur. Tk tahu apa kurangnya Nur sampai Pian tak dapat suaikan diri dengan Nur. Pian minta maaf. Hubungan kita berakhir. Bai." ujar Sufian dan berlali ingin membuka pintu.
Aifah gelabah. Macam mana ni!
VOTR AND COMMENT😘
SORRY BANYAK TYPO SEBAB KEYPAID AUTHOR BUAT HAL.
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasíaAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...