"Aifah Hanani! Aifah Hanani! Aifah Hanani! Masa untuk bangun! Wake up! Wake up! Aifah Hanani!" begitulah pekikan daripada sebuah jam berbentuk square dan mempunyai dua kaki dan dua tangan. Dapat bayangkan? Dia kecil sahaja. Tangan dan kaki tu patung sahaja, bukan yang betul. Jam tersebut berulang-ulang kali berteriak.
"Diamlah sengal!" marah Hanani. Bantal diambil lalu ditutup bahagian muka.
"Semalam cik cakap kalau cik tak bangun-bangun, cik suruh saya terukan berteriak dan tidak berhenti selagi cik bangun." balas jam tersebut. Wahh, pandai kau arhh.
Pintu dikuak, "Dah encik jam sila diam. Pagi buta nak bergaduh dengan jam. Otak mereng ke wayar terputus satu?" bebel Aini, ibu kepada Aifah Hanani Dr.Hasan. Ayah bukan doktor tapi profesor. Begitu juga ayah kepada Deala dan Qisha. Ibu pula ada sebuah cafe, hm untunglah aku. Bwahahahah .
"Ni anak dara ni, dah lah hari ni pembukaan sekolah untuk tingkatan satu, dia boleh pergi beradu lagi atas katil? Dengar sini ya, kakak ni....." bebelan Aini terhenti apabila Hanani mencelah, "Yayayayayayaya!"
Hanani segera berdiri dan mengambil tuala yang tersidai kemas di jemuran, sebelah almari.
"Mak aih!!!!!!!!" jerit Aifah Hanani sekuatnya.
"Eh nenekku meletup di tiup angin jatuh ke tanah balik!" Aini melatah. Bertuah punya anak, berteriak bagai nak pecah rumah.
"Mummy! Rambut Han." rengek Hanani. Rambutku hitamku yang panjang melepasi bahu dalam ⅔ panjang nya antara bahu ke pinggang. Kelihatan satu perubahan pada hujung rambutku, berwarna hijau terang. Seperti kena diy, di warna😭. (camna eja dy?😂)
Puan Aini hanya mendiamkan diri. Muka pucat. Baru sahaja Hanani berpaling, kelihatan kelibat ibunya sudah tiada. "Aceh! Tadi kemain lagi membebel habis tu hilang. Teruskan biasakan." ujar Hanani berbaur rajukan.
Kaki dilangkah malas menghampiri bilik air, haii bilik air kenapalah kau tak diarahkan untuk bergerak ke bilik ku?
*****
Tali kasut diikat rapi, rambut yang tadinya diurai panjang telah diikat kemas. Macam ekor kuda wakakaka hujung dia warna hijauu, kenapaaaa! Baju sekolah ni pun lawa, jaket panjang pada bahagian luar berwarna hitam serta berles merah berlengan panjang melepasi jari, tak nampak tangan uh, skirt paras lutut berwarna merah gelap, tali leher berwarna merah dan baju pada bahagian dalam berwarna putih dan mempunyai lengan yang pendek.(tengok pada bahagian gambar di atas, lebih kuranglah)
"Mummy! Daddy! Riffah! Han pergi dulu tahu, hati-hati kalian di rumah." ujar Hanani. Encik Dr.Hasan dan Puan Aini hanya memerhati gelagat anak sulungnya. Kemana Airif Hannan pergi? Adakah masih dendamnya terhadap kakak kembarnya?
"Biy, miy tak sedap hatilah pasal rambut dia tu. Bukankah dulu rambut tu petanda bakal ada pertemuan antara Airif dan Aifah?" resah Aini. Hasan yang sedari tadinya mengunyah makanan terhenti seketika.
"Hm.."
Airif Hannan? Ya tu adik kembar aku, gambar dia pun ada dekat dinding. Gambar satu family, masa umur 11tahun. Aku? Tak tahulah aku tak tahu apa jadi sebenarnya. Memori aku turut hilang dan mummy cakap tak perlu nak ingat semua tu sebab takkan dapat. Sihir, punca semua orang lupa akan memori perit zaman dulu.
Dulu parents aku menyeru aku dengan gelaran Aifah. Disebabkan kehadiran Airif. Dan sekarang, aku hanya menurut perintah agar menukar nama menjadi kak Han. Hanani, Hannan, mungkin akan mengingatkan mereka pada adik aku? Tiada ibubapa yang tidak sayangkan anak mereka.
Tapi, kemana adik pergi? Kenapa susah sangat adik datang bertemu dengan kakak? Kakak ada beberapa kali paksa sebenarnya kisah kita. Bahagia sahaja, macam pinang dibelah dua. Orang selalu puji aku dan kau bagaikan pasangan bahagia. Bwahahaha, memang bahagia pun kan?
Hanani menyeka air matanya. Penyapu terbang diambil, "Asbestos!" sihir Hanani dengan menggunakan tongkat saktinya. Penyapu terbang tersebut terapung dan sedia untuk berlayar di atas langit.
*****
Seperti biasa, awal persekolahan, hari pertama persekolahan, semua pelajar disambut dengan sekeping kertas yang terapung dan pandai berbicara. Orang panggil 'surat terapung'.
"Haii Han! Selamat datang, masuk masuk masuk~" sapanya ramah. Aku pun tak tahulah macam mana dia tahu semua nama pelajar dalm sekolah ni. Rajin dia menyapa, lepas tu nama tu tak tinggal. Lainlah kalau sekolah ni ada dua tiga orang sahaja, ni? Ada 2981 orang pelajar.
Mengikut umur aku, 13 tahun adalah masih tahun pertama. Ya ini adalah pertama kali menjejakkan kaki ke satu-satunya sekolah terbesar di dunia magic ini terletak kemas di dalam hutan di negara aku. Sekolah menengah. Sebelum ini? Umur 10 hingga 12 tahun adalah sekolah rendah biasa untuk otak kanak-kanak berfungsi dengan baik.
Sekolah ini mempunyai 10 tahun, selepas itu, berakhirlah persekolahan.
*****
Dewan Orentasi Pelajar Ting.1
Kaki yang didera berdiri dari tadi lenguh. Haduii, cikgunya bila mahu datang? Kelihatan sekumpulan manusia yang berpakaian berbeza daripada pelajar memasuki bahagian atas pentas. Ni ke cikgu-cikgu yang tak reti tepati masa? Heh! Bukan nak marah, masalahnya dari tadi kena berdiri. Bayangkan dari jam7 pagi tadi semua kena berkumpul ikut kelas yang dibahagikan, Sekrang jam8.15. Aku duduk kelas kedua daripada tujuh kelas. Pelajar tingkatan satu semuanya seramai 101orang pelajar.
"Aduh sakit gila kaki aku." ujar seseorang dihadapanku. Ni Zulaika. Classmate aku yang pertama sekali jadi kawan aku. Deala dan Yuni duduk kelas pertama dan Qisha duduk kelas ketiga. Jauh tercorot budak ribena tu, kesian.
Aku tersenyum tawar.
"Hye, selamat pagi. Maafkan saya sebab terlewat. Saya pengetua sekolah ini, kenal saya tak? Panggil saya Qalilah sahaja. Saya taknak cakap banyak, selepas ini saya lepaskan kamu semua sarapan dahulu di kantin bersama-sama senior kamu. Dalam jam9.30 nanti, diminta kamu semua berkumpul semula di sini. Kita adakan sedikit aktiviti berkumpulan, selepas itu ada sesi di dalam kelas dan kira-kira pukul 4.00 petang, baru pelajar diminta pulang. Okey pelajar bolehlah bersurai."
*****
Kantin Sekolah
Ohya! Lupa nak bagitahu. Nama sekolah ni Green City Magic School. Panjang bukan? Nak juga speaking. Kalau betul takpe. Wakaka.
Makanan dia? Ada yang bercakap, nama dia pai pineapple berbisa. Berbisa mean kepada mulut dia yang kuat membebel. Selain itu, kek coklat kembang kempes. Kek ni kau kena makan masa dia kempes(mengecut). Kalau kau makan masa dia mengembang, maka mulut kau akan penuh dan serta merta kau akan termuntah. Di samping itu, acecehhh format diaa lawak. Mee macam ulat. Kena macam cepat-cepat kalau tak nanti dia lari. Hahahaha. Roti dia panjang gila. Cukup kenyang. Tapi ahli sihir ni mana pernah kenyang. Air dia macam puding, licin susah untuk dihirup sikit-sikit. Bila nak minum direct sumbat dalam perut dan terus telan.
Street! Bulu roma aku meremang. Terasa seperti diperhatikan. Aku memandang luar sekolah melalui tingkap kaca sekolah ini. Lahh, hujan rupanya. Tapi kenapa taa dengar?
Hujan? Dekat dunia aku ni hujan dia warna biru pekat. Dia turun bukan macam percikan tapi sebesar batu biasa. Ianya tidak sakit cuma sekali kau kena memang kau akan basah kuyup, dan mengambil masa yang sekejap sahaja. Apabila salji pula, sajli dia berwarna pink pudar pudar. menarik bukan? bermacam-macam bentuk salji tetapi bila mencecah tanah ianya akan berubah bentuk yang sama seperti pasir yang boleh di gumpal.
Maafkan typo dan tidak best, lepas ni alam persekolahan, tak sabar nak buat. Hahahahaha...
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...