Aku menutup mata.
"Yeah dah lari pun. Kenapa kau tutup mata?" mata aku buka perlahan, memandang kosong terhadap Sufian.
"A..Apa kau buat ta..tadi?" mulut aku tepuk, apa pasal aku gagap pula tiba-tiba ni?
"Aku buang ulat kat bahu kau. Tu kat kaki kau." selamba Sufian berkata. Dan,
Aifah pantas melompat ke arah Sufian. "Mana wehh?!!!"
Sufian menutup telinga, nyaring sia. 'Burr, sakit gegendang telinga aku.'
"Takde dah, dah lari." jawab Sufian selamba lagi sambil tersengeh. Baru Aifah perasaan bahawa keadaan mereka sungguh rapat. Dia memeluk Sufian ketat dan kemas. Bagai kilat menyambar hati, Aifah tersedar pantas menolak tubuh Sufian dan Sufian terduduk di atas pasir yang bersih tanpa sebarang sampah.
"Kau lupa ingatan, tapi kenapa kau ingat apa ulat yang kau tak suka masa dekat dunia manusia? Ulat macam tu tiada dekat sini." dush dush dush, rasa sentap di dada. Debaran semakin menjadi-jadi. Macam mana ni macam mana ni!
Tarik nafas.
"Aku tak ingat." balasku perlahan dan berlalu pergi. Sebelum berlalu meninggalkan Sufian, wajahku sedikit sayu dengan dihiasi senyuman plastik.
Sufian duduk terpaku. 'Apa maksud wajah dia? Kenapa dia tunjuk wajah macam tu?'
*****
Disebabkan taknak bertembung dengan Sufian, Aifah masuk ke dalam sekolah semula. Perpustakaan menjadi pilihannya. Entah sebab terpengaruh semasa di dunia manusia mungkin. Hesh! Memang jauh beza aku di sini dan di sana. Sini punyalah ramai nak berkepit. Kat sana, palau berabis sebab mata aku. Ceh!
Manusia pelik.
"Hai." aku mendongak dan meletakkan bukuku. Seorang gadis mempunyai rambut hitam pekat panjangnya paras pinggang yang dilepaskan tanpa ikatan. Tingginya parasku juga.
Tetiba rindu rambut aku. Haha, sebabkan peristiwa tu rambut hilang. Masa tu aku pergi kantin, lepastu ada sorang budak nie dia memang suka buli aku. Ada cakap sebab aku ni terlampau cantik dan anti sosial. Nama budak perempuan tu Lisa. Dia lawa, tapi perangai tak selawa tuan punya badan. Dia pergi potong rambut aku yang paras punggung tinggal paras separuh bahu. Yang hilangnya rambut hijau aku. Ni pun tinggal sikit. Dia ambil rambut aku lepas tu dia bakar. Dan aku jadilah macam sekarang. Aku pura-pura lupa ingatan. Konon puncanya. Ceh.
"Hey, mengelamun pula." kejutnya. Aku tersengeh sebentar. Dia berbicara lagi, "Kenal aku?" Aku hanya menggeleng dan tersenyum nipis.
"Aifah ni memang anti sosial eh?" Dush terkena dalam hati. Deep!
"Memang pendiam eh?" Sebelum sempat dia tembak aku, aku memotong. "Taklah. Hehe."
"Aku classmate kau. Duduk sebelah kau. Aku Saera Nursyi. Panggil Nursyi." Aku terleka seketika dan, "Ouh! Ingat!"
"Fokus sangat sampai aku pun tak pandang bila dalam kelas." balasnya lalu duduk di kerusi hadapanku.
"Aku kan lupa ingatan, tak biasa lagi." dan aku tipu. Sebab aku taknak ada kawan. Tu je.
"Ke sini sendiri je?" soalku sekadar menukar topik.
"Tak, ni ha dengan boyfriend." aku menoleh ke kiri dan kanannya. Takde pun! Kemudian memandangnya. Det, tengah ketawa. Aku mencebik.
"Sendiri lah cik oi! Kawan takde, apatah lagi boyfriend. Aku tak suka gaul, ingatkan kau pun sama. Sebab tu aku tegur. Dan ni je tempat kosong dan sunyi tanpa lelaki." balasnya panjang lebar. Tak suka gaul tapi peramah. Ni apa kes?
"Tapi aku peramah!" sambungnya lagi. Dah cakap dah. Dia menunjukkan dua jari kepadaku tanda peace. Aku tersengeh, boleh buat kawan ni!
"So kawan dengan aku." balasku. Dia tersenyum. Uh ada gigi taring ma!
*****
Zush!
Zush!
Zush!
"Wtf?!" pokok di belakang sekolah tumbang. Habislah, habislah kalau mummy tahu! Tersasar. Tempat latihan berada di belakang sekolah. Luas dan lapang. Lepastu ada pagar, sebelah pagar hutan lebat.
Aku menggelabah. Ke kanan dan ke kiri. Arghh! I can't. Er.
"Aifah, kenapa ulang alik tu? Latihan dah habis?" aku terbatu. Aku berpaling sedikit ke belakang.
"Ingat? Mummy tak nampak?" aku tersengeh dan menggaru kepala. Aku mendekati Cik Yahya. Ingat tak siapa? dan kenapa aku gelar mummy? Sila tengok bab33.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut, seseorang mematikan niatku.
"Mummy!" peh, aku tak berpaling. Aku minum air mineral berwarna merah biru hijau. Kekuatan untuk tiga kuasa aku katanya. Air hanya untuk orang special. Ada keistimewaan mummy cakap.
"Hai mummy!" sapanya. Aku masih membelakanginya sambil menghirup air tersebut. Suara perempuan. Macam kenal. Orang yang panggil pengetua sebagai mummy nie kebiasaannya orang penting. Tak adil bukan? Heh, itulah dia, cik Yahya. Siapa agaknya perempuan ni? Dan apa keistimewaannya?
"Eh Aifah?" aku baru je nak pergi blah, tetiba pula minah ni tegur. Aku berpaling tanpa segaris pun senyuman.
Dan aku tersentak. "Eh Nursyi.." wahhh! Nie kejutan. Budak pendiam, budak anti sosial, budak ulat buku ni bertuah. Aku memandangnya lama begitu juga dia memandangku.
"Okey, kenalkan ni Aifah Hanani. Dia pasangan Hariz Sufian yang dapat kumpul tiga kuasa terkuat. Dan kenalkan ni Saera Nursyi. Budak top one dalam tingkatan. Selama tiga tahun ni dapat nombor satu je dalam tingkatan bila ada ujian. Markah pun selalu 90 ke atas." Cikgu Yahya memperkenalkan diri dan keistimewaan kami pada matanya. Ouh, Nursyi lah budak yang mummy selalu cakap tu. Tahniah.
Secara tiba-tiba dia merangkul leherku dari tepi dan menunjukkan 'peace' kepada mummy.
"Kitorang bestfriend lah mummy!" ujarnya ceria. Aku tersentak. Dia mengaku? Aku bestfriend dia? Biar betul. Tak disangka.
"Ewahhh, dah pandai berahsia dengan mummy eh. Baguslah kalau dah rapat. Ingatkan memang nak bagi rapat. Nursyi nanti kenalkan Aifah dan Sufian dengan anak emas mummy yang lain eh." ujar Cikgu Yahya dan berlalu pergi. Anak emas. Kekadang aku terfikir apa yang pelajar lain rasa bila kena panggil Cikgu Yahya dengan panggilan 'cikgu' sahaja? Apa perasaan diorang bila mummy formal dan tak bergurau dengan mereka?
"Hey! Mengelamun lagi." tegurnya. Dia menyapa tanganku. Aku pantas mengambil beg magicku. Kami meninggalkan kawasan lapang untuk berlatih kuasa.
"Cepat Aifah! Tak sabarnya nak jumpa crushh!!" jeritnya teruja. Dengan aku je macam ni, dengan orang lain dia ni bisu.
"Siapa crush kau? Ehhhhh, dah pandai berahsia ehh dengan bestfriend sendiri?" soalku. Dia tersenyum manis. Sangat manis! Uishh kes jatuh cinta berabis ke ni? Haha.
"Pasangan kau. Hariz Sufian. Ngee~"
♡♥vote and comment.♥♡
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasiaAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...