"Tak boleh lah! Kita kena lalu bahagian sini!" marahku.
"Asallah minah ni tak faham bahasa ke? Kat sini ada makhluk hisap roh tu lah!" bebel Sufian.
"Oi! Kat mana-mana ada benda gila tu. Kat sini lah kurang!" bebelku balik.
Sufian berdiri dihadapanku. Rapat. Tak sampai setapak, gila rapat. Tapi disebabkan dua-dua tengah layan marah, takda feeling la katakan.
Sufian menolak dahiku kasar. Aku menepis. "Aku kata tak boleh tak boleh lah!" katanya dalam geram. Aku mengepal tangan.
"Weh, weh, weh relax." Iqbal menyelit antara kami berdua. Di tepuknya dada Sufian perlahan. "Relax bro, takkan nak gaduh dengan perempuan?" pujuk Iqbal. Kau nak tenangkan kitorang? Ke kau cemburu aku dengan dia rapat?
Aku melangkah tiga tapak kebelakang. Mengelak dari melekat dengan Iqbal. Huh. Dah dah lah Iqbal.
Iqbal memandangku dengan wajahnya menahan tangisan? Aku tersentak. Iqbal pantas berlalu keluar dari bilik perbincangan kami. Yang lain semua terpana dari awal aku bergaduh dengan Sufian.
Tak sangka sekejap je dia berubah? Tadi masa keluar klinik, dia tolak aku dekat pintu. Aku hulur tangan minta sambut. Kau tau dia buat apa? Dia jeling aku dan jalan terus. Aku sabar je kot. Pastu masa dekat tangga dia tengok je aku angkat air kotak dengan magic aku. Dah lah kesan keberatan tu kena pada aku. Sekarang? Dia bantah cadangan aku. Stress lah macam ni! Tekanan tahu! Semalam bukan main baik. Ke Sufian ada dua personaliti? Huh!!
"Takpe, biar aku pujuk." aku meminta izin mengejar Iqbal. Sufian menarik rambutku dan automatik aku terundur semula.
"Sakit binatang!" marahku. Hah, tengok kalau aku marah dah memandai mulut aku bercakap. Sufian buat muka blur.
"Hoi erok(monyet), tak perlu kejar lelaki merajuk. Payah! Mengada je lebih. Nanti baiklah tu." larang Sufian. "Aku tahulah rambut aku ni kau yang ikat. Terima kasih! Dan satu lagi.." sebelum aku meneruskan kata-kataku aku menolak Sufian kasar hingga ke dinding.
"Bukan hal kau!" aku berlalu keluar mencari Iqbal.
"Relax Pian, perempuan memang macam ni." pujuk Sufiana terhadap adik kesayangannya. Banyak dugaan dia kena tempuh.
"Takpelah akak. Dah memang ni je cara untuk pulihkan ingatan Aifah. Walaupun adalah kesan dekat hati aku, aku okey. Aku nak dia ingat aku siapa. Aku nak akak!" luah Sufian. Sufian mengepal penumbuknya. Yeyed menenangkanku dengan mengusap perlahan belakangku. Untuk makluman, semua tahu pasal benda ni termasuk Iqbal. Sebab tu kalau korang perasan Iqbal lain sikit? Aifah je tak tahu.
"Wau! Baby pandai pujuk Sufian lah." puji Yeyed. Sufiana mencubit manja perut Yeyed. "Dengan adik aku je.. dan kau!" ejek Sufiana. Yang lain hanya tersengeh melihat pasangan sweet. Terdetik dekat hati masing-masing 'bahagianya'.
*****
"Hey, Iqbal. Hey!" aku mengejar Iqbal hingga keluar dari sekolah. Aku tahu sampai sini je kau sanggup, Iqbal. Kau nak lepas pagar sekolah ni? Memang mati lah kau. Aku memandang langit. Terdapat banyak makhluk sedup roh ahli sihir berkeliaran dan ingin masuk ke dalam persekitaran sekolah. Tetapi usaha yang sia-sia makhluk, pelindung kami kuat.
"Hanani." seru Iqbal yang sedang berpaling duduk dari aku. Aku mendekatinya dan menepuk perlahan belakangnya. Aku duduk disisinya. "Aku.."
Aku memandangnya dengan pandangan blur. Gagap pula mamat ni tetiba. Masuk lalat ke mulut tu?
"Aku cousin kau." dan aku apa lagi? Ternganga. "Aku kenal kau dari dulu. Tapi malang, waktu tu Sufian dah ambil hati kau. Alangkah bagusnya kalau aku jumpa kau dulu."
Aku memegang kepalaku yang mulai sakit. Damn it. Aku tak boleh nak ingat! Asal kau buat aku merana ni babi? Kau makin buat aku nak kenal Sufian, Iqbal! Aku tak boleh ingat! Janganlah paksa aku!
Aku berdiri. Iqbal menarik bahuku. Muka hampir tersentuh. Tett--
Semakin dekat semakin, semakin. Walaupun usia aku 13 tahun, tapi aku masih boleh proses apa kau nak buat. Lalu aku tolak muka Iqbal kasar.
"Sakitlah!" luah Iqbal. Aku menunjukkan ibu jari 'good' kepadanya. "Jangan paksa aku ingat, aku taknak ingat. Dan jangan ingat kaiu boleh buat apa kau nak. Fikiran aku lebih matang dari fikiran kau!" ucapku perlahan dan berlalu pergi.
"Weh sis, relax lah. Tu test, test jer~" pujuk Iqbal lembut. Aku menjulingkan mata ke atas. "Tes, test kepala hotak kau berjambul!" bebelku.
"Ke kau segan?" uji Iqbal. Muka seriusnya masih terpapar. "Segan? Well kau tahu lah perangai aku macam lelaki. Siap-siap kau boleh jadi gay partner aku." balasku spontan.
Aku memandang Iqbal. Kau tengok? Pucat. Haha membigak lagi. Padan muka kau!
"Iqbal!♡" siap ada love lagi tengok? Mesti pemanggil dia terlalu gilakan pengawas gengster ni.
Seorang gadis, i think kakak? Sebab tali leher dah menunjukkan dia tahun keempat, datang menghampiri kami. Lebih kurang datang menghampiri Iqbal je bukan aku.
"Nah!" gadis tersebut menyuakan makanan (?) aku tak pernah nampak. Maybe dia buat sendiri kot. Nampak menyelerakan dan sedap!
"Apa ni?" soal Iqbal dingin. Aku menahan diri daripada ketawa. Iqbal ini dengan Iqbal tadi, sangat berbeza.
"Saya buat untuk awak." jawab gadis itu lembut dengan mempamerkan senyumannya yang manis dengan wajahnya yang comel. Ohyemji! Boleh cair aku tengok senyuman dia ni. Apatah lagi lelaki, tapi aku tengok Iqbal ni dingin je. Wattahek?
Iqbal menepis biskut tersebut. Sebelum jatuh ke lantai, aku pantas mengeluarkan tongkat aku dan menyebut mantera apungan. Haih, selamat. Gadis tersebut duduk dan mengambil biskut tersebut. Dia tunduk, lama. Apabila dia mendongak dia hanya tersenyum kelat dan dipandangnya aku. "Takpelah kalau awak taknak. Saya bagi girlfriend awak je la." ucapnya seperti menahan sebak.
"Eh akak! Aku ni just cousin dia je." bantahku. Iqbal laju meneruskan perjalanannya. Orang disekeliling hanya mampu memandang dan diam. Kalau bising sikit, nak kena tampar dengan pengawas gila tu? Uh menggerikan!
Aku join dia duduk di atas lantai tu depan pintu sekolah. Aku memandang keluar, apa masalah Airif ni sebenarnya? Nak pupuskan ahli sihir ke? Kalau nak diikutkan ahli sihir baik lagi banyak. Dua negara. Geng si Airif tu satu negara jak pun. Tapi disebabkan makhluk dia cipta tu terlampau banyak, haih ramai pula kaumnya.
"Kamu Aifah Hanani kan? Saya Umira. Kamu nak tahu? Banyak orang minat kamu. Tapi takut nak bagi tahu." gadis yang menggelar dirinya Umira tadi memulakan bicara.
"Haha, banyak mana pun akak, aku ni 'lesbian'." sakatku. Dia sedikit tergelak. "Memain je la akak. Tak minat lah nak lalui semua ni kalau negara hancur macam ni." ujarku mempertahankan diri.
"Perli akak ke?" soalnya. Aku tersengeh dan menggeleng. "Aku ni lupa ingatan akak. Nak ingat susah. Akak suka Iqbal eh?" tanyaku.
Berderu darah Umira. "Akak..."
abaikan typo.
please vote and comment😂✌
part ni mcm x menarik pula (ಥ_ಥ)
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...