Seperti biasa ke sekolah dengan lebih awal. Awal sejam? Sekolah dah penuh tahu. Kenapa? Sebab nak jumpa kawan, makwe, pakwe, geng, lepak, dating dan macam tu lah.
Aku melangkah ke dewan makan. Lapar, nak sarapan. Pintu dewan makan aku tolak. Dan macam biasa, bising. Mustahil tidak bising kalau dari tahun pertama sampai tahun sepuluh berkumpul? Haa, kau ingat tak banyak. Banyak gila!
Aku duduk di sisi Qisha dan mengunyah makanan Qisha. Qisha mencebik. Aku hanya menunjukkan segaris gigiku yang putih bersih cantik lawa ouhhh tersusun rapi. Lol, puji diri sendiri. Tak malu!
"Wehhh! Ada orang dah jumpa kuasa Green Ice!" dan itulah gosip pada hari ini. Hari-hari mesti ada gosip. Heh!
Wait a minute.
Makanan yang aku kunyah menyangkut dileher lalu menenguk air beberapa kali. Dan mulalah telinga aku berfungsi.
"Mustahil!"
"Siapa pula gerangan itu. I bencilah!"
"Kalau perempuan senang sikit."
"Macam mana ni, I taknak kalah lah you all."
"Me too."
"Tenang. Don't worry. Jom kita siasat."
Dan budah paling hot, popular dan kaya mulalah tunjuk taring. Yela anak naib pengetua, mestilah tunjuk harapan. Sedangkan, manusia lagi bijak dari minah sorang ni. Oh lupa! Geng dia juga.
Seorang perempuan, yang menyanggulkan rambut merahnya ke atas. Rambut depan di lepaskan. Okey, dia comel. Dengan menggunakan mentera apungan, dia berdiri di tengah dewan makan juga di atas kitorang semua. Oh, lagi satu. Dia ni tahun ke lapan. Sebab tu nampak berkuasa. Cis, tahun lapan kelas 8E!
"Listen dear guys. I just want to see your hand. Lengan. Tunjuk sekarang!" gertak perempuan tersebut. Dasar perempuan ular. Erk, lupa pula. Nama dia Ellyna or El.
Aku mula gugup. Matilah, matilah. Aku nak lari nanti macam kantoi pula.
Tiba giliranku. Dia hanya menunjukkan muka menyampahnya ke arahku. Aku diam. Aku tidak buat seperti yang diarahkannya.
"Hey you. Kenapa tak tunjuk. You ke yang jumpa benda tue?!" marah Ellyna. Aku terkedu. Damn it.
"Ewah, ewah, ewah. Baru tahun pertama dah nak melawan ke budak?!" anginnya disambung oleh salah seorang perempuan yang lampai bernama Fatima, ahli geng Ellyna juga.
"I rasalah El, dia ni..." kata-kata Kaira dipotong.
"Nama you siapa?" soal Ellyna lembut ke arahku. Lembut tapi tegas. Semua mata merenungku tajam. Entalah apa maksud tenungan diorang. Maybe bahagia? Gembira? Happy? Sebab aku jadi camni. Mustahil ada nak menangis sebab aku? Bestfriend aku semua dah mati! Haha, bukan mati betul-batul. Istilah, kena palau. Jadi, jangan kawan rapat dengan aku. Aku takut pula diwarisi nasib malang aku ni.
"Siapa nama you ni? You ni kan..!" wauu marah nampak? Ellyna mendekatiku. Aku memejamkan mataku.
Terasa seperti banyak menghampiriku. Leher terasa dipaut. Eh jap? Kenapa tak ganas pautan ni?
Aku membuka mata. Seorang lelaki memaut leher ku kemas. Dan dua orang lelaki di sebelah kanan dan kiri ku? Apa motif?
Langkah Ellyna mati. Haih? Apa ni? Makin banyak tanda soal dekat dahi ni ha. Heshh!
"Kenal?" soal lelaki yang berada di sebelah kananku.
"Siapa tak kenal tiga ahli kumpulan Mafia?!" jerit seseorang dari arah pelajar yang berkumpul. Enta lelaki ke perempuan yang berteriak. Maknyah kot, ke pengkit? Ahhh apa-apa aje lah. Yang penting...
"Nama budak ni, Aifah Hanani Hasan. Kau jangan cakap ELLYNA, yang kau tak kenal dia eh?" ujar lelaki di belakang disebelah kiriku. Penghuni dewan makan kini bising. Resah ke kenal siapa aku? Tapi aku bukan yang dulu. Aku lupa siapa diri aku yang dulu, semangat aku.
"Hesh.." keluhku.
"Don't touch her!"
Aku mendongak. Siapa lelaki peluk aku ni. Ewahh, suka-suki dia je kan. Tanganku ditariknya. Dia lelaki disebelah kanan dan kiriku membuntuti aku dari belakang.
*****
"Oi, oi, oi! Jangan heret aku macam kambing jadianlah!" marahku. Lelaki yang memengang tanganku kemas berhenti. Jauh juga aku diheret. Sampai di taman library.
Dia duduk atas kerusi pada meja yang diletakkan di sudut library tersebut. Hushh strateginya tempat. Serius, tak nampak sangat macam ada orang. Aku duduk di sebelahnya manakala dua lelaki tadi pula duduk di hadapan aku dan dia.
"Kenapa tak jadi serigala berkaki dua? Nak juga jadi kambing. Pelik betul citarasa kau." ejek lelaki di hadapanku diikuti gelak tawa lelaki di sebelahnya.
Lelaki, lelaki, lelaki? Okey, tak pening ke. Aku nak tahu nama, tapi asal lidah aku keluh. Arghhh!
"Aku Iqbal. Ketua geng mafia." ujar lelaki di sebelahku. Alah, yang tarik aku macam kambing lembik, yang peluk aku dari belakang tu!
"Aku pula Syafiqie." sambung lelaki dihadapanku. Paling rendah antara diorang bertiga. Tapi heh, aku tetap rendah dari diorang. =„= Damn.
"Aku Wan..." belum sempat, dah Syafiqie dan Iqbal potong.
"Two, three!" meletus ketawa antara kami. Dia mencebik.
"Hahahah! Yelah. Wan apa?" soalku yang belum kehabisan cebisan-cebisan ketawa.
"Berhenti gelak dulu lah!" merajuk bunyinya? Ni ke geng mafia? Lahai~
Aku menutup mulutku. Hikhikhik.
"Wan.."
"Two three!" potongku pula. Mereka memandangku dengan muka yang pelik. Tanda soal dah keluar atas kepala diorang. Hahaha, tue hanya pepatah je bukan nampak betul-betul.
Last, last, mereka tergelak. Aku pula buat muka blur. Loading ke apa?
"Nama aku Wansyah." aku membuat signal 'O' dengan mulutku.
"Just call me.."
"Han!" jerit Wansyah. Ewah, ewah, balas dendam ke apa? Haha.
"Kenapa letak nama macam lelaki?" soal Syafiqie.
"Sebab aku memang dilahirkan perangai macam lelaki." balasku. Mereka diam. Lama.
"Dulu kau tak macam ni." comment Iqbal. Hah? Dulu aku macam mana?
"Tapi, kitorang lebih suka kau yang sekarang! Kan guys?" sambungnya lagi. Wansyah dan Syafiqie mengangguk.
"Aku dulu macam mana?" soalku perlahan. Mereka diam lagi. Hurm.
"Perangai kau sebijik macam El." balas Wansyah perlahan. Okey, aku pula diam. Mustahil aku berubah macam tu? Kenapa ya? Tapi aku lebih suka sekarang. Lagipun aku tak boleh ingat macam mana aku dulu. Aku cuma tahu, aku lah yang jumpa ketiga-tiga kuasa terbesar tu.
Syafiqie melambai-lambaikan tangan di hadapan wajahku. Aku tersengeh. Tersedar dari lamunan. "Apa kau cakap tadi?" soalku.
Syafiqie memuncungkan bibirnya. Sebijik itik HAHAHA!
"Dulu kau pernah nak join geng kami. Tapi dulu kami jaga kau dari jauh. Sekarang, welcome to our team, Mafia!" ujar Syafiqie teruja. Aku blur. Tak faham ni.
"Kau pernah bagi kami nama panggilan tahu?!" jerit Wansyah. aku mengangguk. Aku?
"Kau bagi nama aku Wan. Kau bagi nama Syafiqie, Fiq. Dan Iqbal, Iq."jelas Wansyah. Aku terdiam lagi.
"Takpa, kami cerita satu per satu." pujuk Iqbal.
;Mengikut gambar di atas. Yang tengah tu Iqbal. Hensem kan? Haha. Yang pakai spec belah kiri tu Syafiqie. Dan yang kanan rambut pacak tu Wansyah. Ni anime pic. Real pic? Nanti² lah. hahah
Haihaihai. Cuti sekolah dah mula. Tengokla kalau boleh updte. Sbb krja rumah byk. Lps tu, thun nie pt3. Then, ank prmpuan . byk krja. oky abaikan typo. Klau x best comment la. Best pun cmment. jgn lupa vote haha. tq.
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...