Bab7

809 40 7
                                    

Dengan bahagianya aku melangkah kelas ku yang dulu untuk mengambil begku. Lahh, cikgu takde rupanya. Patut bising semacam. Buku-buku dibawah mejaku aku keluarkan dan masukkan ke dalam beg ajaib.

"Awak nak kemana?" soal lelaki yang duduk di sebelahku. Siapa lagi kalau bukan Hazmi Aizat? Aku tersenyum. "Saya naik kelas."

Kelas menjadi riuh dengan bisikan tak puas hati. Lahh, diorang pun nak dengar erk?

"Ingatkan kena buang sekolah sebab skep, cis!"

"Budak nerd reti ponteng."

"Kau bodek pengetua ke apa?"

"Bla la weh."

"Kau angin dalam kelas ni dan kau akan jadi angin selamanya HAHA."

"HAHAHAHA"

Abaikan bisikan syaiitonnnn. Pergerakanku dipantaskan. Kapal terbang yang diperbuat daripada kertas menggunakan magic mereka melulu ke arah ku. Sakit weh tajam kan hujung kapal terbang kertas tu.

"Tak hamak nak tengok muka kau perempuan miskin, yatim." ujar Warda Nana. Si mulut itik ni adik kepada Warda Hana. Dah memang adik beradik, tak reti hormat orang. Diikutkan ada lagi kakak diorang. Tahun kelima. Nama dia Warda Qana. Tapi kakak dia tak ikut perangai bodoh diorang berdua ni.

"Awak nanti jumpa saya waktu makan tengahari boleh?" pinta Aizat perlahan. Aku mengangguk. Baru pula nak ajak aku bercakap masa aku dah naik kelas. Bengap.

*****

Tok, tok, tok. "Selamat pagi."

"Ya silakan, Hanani. Perkenalkan, nama cikgu ialah Amy. Kamu boleh duduk di sebelah Sufian." puan Amy menunjukkan tempat kosong disebelah budak lelaki yang begitu nampak nerd? Kelas depan memang semua pakai spec ke? Aku mengangguk dan berlalu ke tempat yang di arahkan.

Punggung di labuhkan, buku dikeluarkan. Kata mata aku sarung. Ya aku rabun. Tapi aku pakai masa kelas je. Abaikan.

"Okey kita boleh mulakan pelajaran. Cikgu difahamkan math ini adalah mata pelajaran kamu ya Hanani? Cikgu nak tengok kebolehan kamu." cabar cikgu Amy. Erk? Asal boleh tahu privasi aku ni? Ni mesti cikgu Syamsul cerita.

*****

"Kelas dah nak tamat. Cikgu sungguh teruja dekat usaha kamu Hanani. Nampaknya Fahrin dan Aliah dah ada pesaing baru dan untuk kelas ini juga. Okey, terima kasih." komen cikgu Amy, seorang guru yang sukakan cabaran, kecil-kecil orangnya dan comel dengan rambut pop nya itu.

"Terima kasih, cikgu."

Kaki cikgu Amy terhenti, "Ops, malam ni ada kelas math dengan cikgu tau. Jam8 malam."

Selepas cikgu Amy melangkah jauh dari kelas, ada separuh pelajar mengeluh. Ada pula sebilangan pelajar ketawa kegembiraan.

"Syuhh, senyap. Nak bercerita perlahan sikit ya sahabat." ujar seorang budak lelaki yang bernama Amran. Nametage bro, semua pakai. Bahasa pun sopan.

"Hai." sapaku kepada Sufian. Dia hanya mendiamkan diri. Okey, malas nak gaul dengan orang sombong. Malas pula nak buka kaca mata ni. Arhh, biarkan je la. Dah arh besar bulat hahah, Nampak nerd siak aku.

"Kau tak layak dalam kelas ni." satu suara mengejutkan hati aku. Aku memandang tuan empunya suara. Suara dia perlahan macam berbisik, so aku sorang je boleh dengar.

"Kenapa pula?" soalku ramah. Mata hitam ku juling.

"HAHAHAHA!" satu gelak halus menyapa telingaku dan Sufian.

Seorang budak perempuan yang aku sangat kenali duduk dihadapanku. "Hai Dea." Deala menepuk dahiku. Aku mencubit pipinya.

"Sorry pasal tu hari." luahnya. Aku menunjukkan OK dengan gerakkan mulut. Ketawa halus aku dan Deala tidak didengari itu mengganggu fokus seseorang.

"Boleh senyap tak?" marahnya. Aku memandang Sufian dengan mula blur. Apa mamat ni kerek siot. Muka dah lah hensem ada lesung pipit dua belah, hek! Untunglah.

Buku ditangan Sufian dihempas kuat ke atas meja. Semua memerhati kelakuan Sufian keluar dari kelas.

"Hanani! Awak bertahan je dengan Sufian tu." sapa satu suara. Okey tu nama Hamidah.

"Ha'ah, dia memamg macam tu. Tak sporting." sokong seorang lagi budak perempuan. Nama dia Fazura.

"Mamat kerek, ewuhhh!" support seorang budak lelaki yang kelihatan lembut. Dengan ayunan tangannya yang macam sotong? Nama dia Basri. Ayat lelaki lembut tersebut mengundang gelak tawa sekumpulan lelaki. Aku perhati je diorang dari tadi. Memang duduk berjauhan, tapi ikatan keakraban diorang tu fuh. Hahah ayat. Aku nampak diorang main magic kat satu kertas yang dikeroyok. Magic takda had. Diorang ada lima orang, sorang perempuan solo-solo. Haikal, Danial, Hanafi, Eymran dan Nurul. Serius, gembira aku masuk kelas ni.

"Yuni mana?" soalku. "Tuu." jari telunjuk Deala aku ekori. Yuni dan Danish? Glup, hati aku rasa perit. "Dia buat apa?" soalku. "Tengah tolong aku sangkut dengan Danish hihiii." balas Deala sedikit menyampah. Glup! Tolong jangan buat perangai HanaYanaWana tu.

Danish duduk sebelah Deala pun memang. Yuni duduk di sisiku, alah tempat mamat kerek tu. Danish pula mengambil tempat di sebelah Deala.

"Hai buddies?" tegurnya. Aku tersenyum tawar. "Haii pakwe Deala." balasku. Tersembur ketawa Danish dan Deala. Danish menyapa pipi mulus Deala. Woahh sweet gila. Damn, asal hati aku ni? Demi kawan aku diam.

"Tahniah^" ucap Yuni. Aku tergelak kecil dan perlahan. Gelak paksa, why? Takkan kau suka Danish ni pula? Dan kenapa mesti dengan Deala? Takda orang lain kah? Apakah dugaan ini? Huh! Aku selalu kalah bab hati. Takpelah, ini dah ditetapkan. Apa boleh buat. Siapa tak sedih weh. Sedangkan diorang tahu Danish buddies aku. Takpelah.

Senyum okey Hanani?

*****

"Ibu, Han ada kelas malam ni." aku mendekati ibu Mellisa. Mellisa tercengang. Buang tebiat ke anak aku ni kelas B ada kelas malam? Jangan cakap Hanani ada pakwe habis tu nak dating?

"Ibu boleh tak jangan buat muhka cemberut macam tu! Lawak lah." aku tergelak. Mellisa masih seperti tadi.

"Kamu ada boyfriend kan?" luah Mellisa. Huh? Apakah? Ouh..

"Ada. Malam ni nak dating dengan dia." balasku selamba.

"What?! Who?! Where?!" posisi Mellisa bertukar. Kini menatap mata anaknya yang bernama Aifah Hanani yang telah sah menjadi keluarganya.

"Dengan math. Angah dapat masuk kelas A tadi. Takkan pengetua tak bagitahu ibu?" jujurku. Muka ibu Mellisa serius lawak. Macam nak makan aku pun ada.

"Ouh, ibu lupalah. Almaklum dah tua. Ingatkan betul-betul dah ada boyfriend." bebel Mellisa.

"Kalau ada kenapa?" soalku meminta kepastian.

"Ibu tak kisah tapi pandai jaga diri dan pembelajaran diutamakan." jawab Mellisa. Dicubitnya kedua pipi anak angkat perempuannya itu. Kalaulah aku ada anak seperti Hanani. Eh memang anak aku pun, hahaha.

"Macam along." sampuk Akmal.

"Dah pergi siap. Malam ni along jaga rumah. Awas bersepah." pesan Mellisa. Akmal mengangguk. Aku menyising tuala dan segera bersiap.

Yes, kelas malam! Idaman semua pelajar!

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now