Bab42

580 30 0
                                    

Sebulan berlalu dengan begitu pantas.

"Ada apa-apa yang kamu tak faham?" soal cikgu Sarah tegas. Kelas krik-krik.

"Okey, cikgu harap kamu fahamlah kalau kamu diam ni kan?" dan sekali lagi krik-krik.

Kelas apa? Kelas sejarah dunia magic. Okey gila mengantuk sia!

"Cikgu nak tanya ni. Kenapa kamu semua sembunyikan muka disebalik buku yang berdiri?" aku mengintai. Janganlah cikgu tahu yang lain ni tidur.

Baru sahaja cikgu Sarah mahu menurunkan buku seorang budak lelaki sebelah aku, aku terus menyampuk.

"Eh cikgu! Latihan ni hantar bila? Hehe." buku aku turunkan. Bagi baring pula. Fuh.

"Hantar minggu depan ya Aifah. Okey cikgu keluar dulu." balas cikgu Sarah. Selepas cikgu Sarah keluar kelas, kelas mula bising.

"Eh dah habis?" soal seorang budak perempuan yang duduk barisan belakang.

"Thank you Aifah!" ujar seorang lagi budak perempuan duduk barisan tengah di hujung.

"Kenapa kau berterima kasih dengan orang tu?" soal Arini dengan lenggok tangannya yang macam erk sotong? Dia ketua geng TheBabiFace. Eh, TheBabyFace. Terkenal dengan kekayaan dan kononnya kecantikan? Sebab tu nama group pun baby face. Cantik? Ya cantik, aku tampar jerebu pula dunia magic ni. Cantik lagi aku, simple dan muka bukan tiruan pakai make up bagai. Not my test. Okey, perasan jap hehe.

"Anak orang jahat. Tak perlu di layan. Semua dia buat hanya lakonan heh!" okey ayat kau pedas, tapi aku tak ambil kisah langsung. Boleh pergi mampos.

Aku berdiri dan berlalu keluar.Nak pergi tandas. Heuheu, jangan tanya buat apa, mestilah nak buang hajat. Ingat aku kena pakai magic dan tandas tu masuk kelas aku? Jangan merapu.

*****

Aku ditolak kasar. Terhentak sedikit badanku pada dinding. Aku jeling jam sekilas, dah masa makan tengahari. Rehat dah patutlah bising.

Aku tengok 'makhluk' yang tolak aku tadi.

Oh betul tekaan ku.

Arini dan geng dia, TheBabiFace~

Geng dia ni ada lima orang. Jom! Aku bagi tahu nama makhluk-makhluk baby babi face ni.

Ketua dia ni ha yang tadi tu. Nama panjang dia Arini Hujan. Orang panggil hujan. Okey aku buat lawak bodoh jap. Nama dia Arini Hija. Kan hampir sama kan? Entah kenapa parents dia bagi nama pelik camni. Yang penolong dia pula nama Badrisya. Nama panggil Isy. Kenapa tak panggil Bad? Kan lawa nama Bad tu daripada Isy nanti karang jadi isy isy isy. Tak patut tak patut.

Yang ketiga ni nama dia Nazira. Dia tomboy katanya tapi hell. Paling lembut je aku rasa paling sotong! Orang pangg Naz, katanya baru nampak tomboy. Aku rasa nampak macam pondan. Next, Emaniey Son. Aku tak tahu kenapa ada Son belakang dia. Tanya mak ayah dia okey? Nama panggil dia Amiy. Takde kaitan bukan? Biarlah suka hati dia lah. Last, ni yang pendiam. Nama dia pun lawa macam orang dia. Aku tak tahu lah budak ni tersesat kot. Sebab dia takdelah macam budak berempat tadi tu. Nama dia Nor Adelia. Panggil Adel. Paling nerd, ulat buku dan pendiam. Dari tadi pun tunduk je dia ni ha.

"Hoi! Kau dengar tak?!" jerit Nazira. Aku tersentak dan tersengeh. Jauh aku mengelamun kutuk diorang. Sedangkan depan aku je. Lol!

"Kau boleh tersengeh? Ke kau ni tidak straight?" sinis Badrisya berbicara. Aku tertawa. Berkerut dahi diorang yang jendul la sangat tu. Haih, kalau aku, aku lagi suka jatuhkan anak rambut aku yang panjang sampai kelopak mata daripada pergi sepit la apa lah lagi banyak benda nak buat dan tambah perhiasan atas kepala. Rimas!

"Aku tak dengar. Okey bye~" sempat aku selitkan lagu Anna. Mana aku tahu? Kau dunia magic pun tunjuk cerita tu tau! Kan kakak dia si Elsa tu tu ada kuasa macam kitorang.Ya cuma kuasa Elsa lebih best, ada dalam diri. Kan best tu. Daripada seret tongkat sakti je.

Aku melangkah pergi namun sempat Emaniey tarik bahu aku dan tolak aku ke dinding semula.

"Sakit lah babi." marahku perlahan. Arini tersenyum sinis. "Kalau kau taknak rasa lebih sakit, kau jangan dekatkan diri dengan A.I Squad dan A Squad dan Mafidos. Dah lah bunuh parents Zackrul!"

Aku tersenyum membalas senyumannya. "Aku tak janji. A.I Squad, budak target dan aku 'anak istimewa mummy'. Bilik tu khas untuk kitorang so setiap masa berjumpa. A Squad? Heh, diorang tu yang nak berkawan dengan aku. What? Mafidos? Weh perempuan, Mafidos tu geng aku lah sial! Tak tahu pape jangan nak tuduh sembarang. Minum air longkang ke hah?! Aku tak takut dengan kau, kau, kau dan kau! Tanpa geng The 'Babi' Face kau ni, aku sekeh kau sendiri pun takut!" perkataan dalam anak istimewa mummy dan babi aku tekan. Kau aku empat je, aku tak mention budak sorang tu sebab nampak baik. Orang sekeliling memandang. What? Ada aku kisah. Bukan salah aku. Bahu Arini aku langgar dan berlalu pergi.

Namun sempat aku dengar kutukan Arini. "Kembar pembunuh. Paip Air('Aif'ah, 'Air'if)." Aku berpaling memandangnya tajam.

"Bye harini hujan, isy isy isy, tomboy sotong dan nama tak ada kaitan." jawabku selamba dan berlalu pergi.

****

"Aif!" jerit Nursyi diikuti dengan pintu bilik khas kitorang terbuka. Suara dari luar dengar, macam mana lah Sufian boleh tahan dengan minah cute nie haih. Aku tersenyum dan mengangkat kening.

"Wowowo, jangan buat aku terpikat buat wajah macam tu." senyumku mati. Budak ni nak kena ni.

"Kau nak apa?" soalku dingin.Dia tertawa. "Lek la Aif. Aku gurau je lah. Ni ha petang nanti turun padang kita tengoK A.I Squad main bola." terangnya.

"Okey." kerja rumah aku sambung buat.

"Dengan cerita kau kena kecam The Babi Face?" Sufian yang baru masuk menyampuk. Aku memandang mereka berdua. Pen aku hentak di meja. Kerusi aku putar. See? Sufian pun panggil nama group diorang macam tu.

"Skru kaki tak tercabut ke? Duduk lah gila. Ngam dua-dua sengal!" mereka tertawa dan duduk di tempat mereka.

"So ceritalah." pinta Nursyi teruja.

Dan aku pun ceritalah dari A ke Z.

"Hahah pedas sia ayat terakhir kau. Hebat kau!" ketawa Sufian tidak berhenti begitu juga Nursyi. Aku kembang sekejap. "Tengok kakilah bro!"

Pantas Nursyi pandang kaki aku. Alahai bengap juga minah bestfriend aku ni!

Sufian menyekeh kepala Nursyi. "Sayang, sot-sot juga eh?" Nursyi tersengeh dan mengadu kesakitan.

Sweet bhai!

VOTE AND COMMENT.
OKEY NAK STUDY ESOK MASIH TRIAL. SORRY KALAU ADA TYPO😘

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now