Kelas 1B ,
Aku membuang pandanganku keluar. Awan warna oren, wuhh tenang. Kelihatan awan berwarna hijau kebiruan berlalu pantas. Maybe sebab tadi dah hujan, dah mendung. Sekarang langit dah warna oren balik wuhuuu. Dapat teka? Ya, aku duduk disebelah tingkap. Sebelah aku? Siapa? Cikgu dah letak nama dekat setiap meja. Aku nampak nama dia Hazmi Aizat.
Tuan punya badan? Tadi dah keluar. Jumpa awek kot. Yelah sekolah ni mana kisah pasal semua tu.
Zulaika? Ha, dia dah jumpa kawan baru. Yang lebih gedikssxxxx kan orang cakap. Yelah cerita mengenai harta, pangkat, baju gaun, kasut, beg sekolah dan lain-lain. Kalau aku senaraikan memang sampai tahun depan tak habis. Peramah diorang punyalah power, macam power ranges! Hurm.
Baru je cakap pasal mendung dan hujan pergi. Maka datanglah titisan air bewarna biru pekat.
Cikgu bila nak sampai?
Tiga orang pelajar yang bertali leher berwarna ungu masuk ke dalam kelas. Pengawas sekolah ni.
Sorang perempuan dua orang lelaki. "Okey pelajar kelas 1B, akak wakil guru-guru memohon maaf. Nama akak Laila. Aktiviti hari ni tak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang sangat parah. So, akak dan dua orang abang pengawas korang yang hensem belaka ni, sangat! Akan jaga kelas ni sampai masa makan tengahari." ujar kakak pengawas yang menyatakan dirinya adalah Laila.
"Semua boleh buat kerja masing-masing dengan syarat jangan bising." ujar seorang lagi pengawas. Nametage tertera nama Iman.
Aku menundukkan kepalaku ke atas meja. Budak lelaki yang duduk disisi ku datang dengan muka pucat. Apehal mamat ni? Jumpa awek buat muka macam nampak hantu, orang buat lah muka ceria sikit, muka nak terjun bangunan atas nama cinta!
Cinta, cinta, cinta. Apalah sangat benda tu? Best sangat ka sampai ada sanggup bunuh diri? Tak fikir secara rasional ke apa? Nak kata bodoh, tak boleh sebab ahli sihir ni semua pandai. Yang membezakan, tahap kuasa dan tahap kebaikan keburukan.
Aku meletak kepala di atas meja sambil melihat permandangan hujan di luar. Aku berpaling ke kiri pula.
Hazmi Aizat sedang menyising baju hingga ke siku. Kelihatan darah berwarna merah pekat menyalir perlahan setelah dia membuka balutan sapu tangan.
Aku terkejut dan dia terkilan kerana aku perasan akan perbuatannya. "Tolong senyap," bisiknya lembut. Ayu suara! Aku mengangguk perlahan.
Aku menutup mata semula. "Tak reti jaga diri kot." bebelku.
"Aku kena buli lah budak!" marahnya. Aku membuka mata. Kelihatan dia terkakai-kakai membalut tangannya yang terluka.
Aku pasrah, akhirnya aku terpaksa tolong jugalah mamat ni.
*****
Aku melangkah ke dewan makan sendirian. Hurm, melihat kaki yang dibaluti sepatuh berwarna hitam, kasut untuk setiap perempuan dekat sekolah ini. Cantik juga kaki aku eh?
Dewan makan,
Dah ramai dah orang. Aku ni pula sendirian. Hum. Aku mencari kelibat Qish, Yuni dan Deala. Haa! Jumpa pun. Selepas mengambil sedikit makanan aku duduk di sisi Qisha.
"Haii korang!" sapaku. Mereka hanya memandangku dan meneruskan perbualan dengan lelaki di sisi mereka. Siapa pula lelaki-lelaki yang telah berani mencuri pandangan mereka dari aku?
Aku menggigit bawah bibir. Sabar Aifah, kau tabah kau tabah. Selepas aku mengunyah beberapa keping roti kembung dan jajan ulat bulu yang aku ambil sebentar tadi, kaki terus melangkah pergi. Ada 40minit lagi kalau nak diikutkan masa rehat. Yelah sebab masa makan tengahari ni satu jam.
Langkah demi selangkah, kaki keluar dari dewan makan. Aku berpaling, ketiga-tiga kawan baik aku masih seperti sediakala. Tiada apa-apa berlaku. Sokey, aku okey ja.
Tongkatku keluarkan dari poket baju sekolah. "Asbarenda!" Maka keluarlah satu peta. Peta sekolah. Aku lihat dimana aku berada. Wowowowoo! Banyak tapak kaki wehh. Orang tengah jalan, tapak kaki diorang semua ada dalam ni. Yela sekarang waktu rehat. Lama pula tu. Jom putar satu sekolah. Kakiku di peta bergerak setapak demi setapak bermakna aku sedang berjalan.
*****
Wush! Jam besar di taman haiwan ini aku jeling. Lagi 25minit. Aku ambil masa 15 minit je ka untuk pusing sekolah ni? Hahaha, ada beberapa tempat lapang lagi aku tak pergi. Ni taman haiwan ni jadi tempat terakhir untuk masa ini dulu, peta aku simpan. Tongkat saktiku aku pegang. Yelah, mana tahu jadi apa-apa kan?
Tiba di penghujung haiwan, aku terdengar "Haii gadis pendek, nama kamu siapa?"
Tongkatku aku genggam. "Sii.. Siapaaaaa?" soalku gagap. "Ehh, tak usah takut. Saya ini ada di bawah dan tidak akan mengapa-apakan kamu. Jangan khuatir." ujarnya. Aik? Lain pula bahasa yang dia gunakan. Aku memandang ke bawah.
Seekor kucing jantan berwarna kelabu, berbulu tebal dan berisi memandangku. "Hai" ucapnya. Aku duduk bersila di rumput taman haiwan tersebut. Aku mengusap lehernya juga kepalanya.
"Hai. Saya Aifah Hanani. Orang panggil Han. Nama awak pula? Nak tanya, kenapa bahasa awak lain macam ni? Macam indonesia sahaja?" jawabku lembut.
"Nama saya Kiko. Ouh, tidaklah. Saya cuma berlatih ngomong indonesia aja. Karna kuda di hujung sana sih memang indon." balasnya. Aku tergelak dan bertepuk tangan.
"Awak dah lepas ujian, HAHAHAHAHA." pujiku. "Awak ni special tahu. Mana senang ahli sihir dengar haiwan bercakap." ujarnya lagi. Aku mengangguk, ouh ada juga keistimewaan orang pelik macam aku ni.
Air mata tumpah. "Awak kenapa menangis?!" soalnya. Aku menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi berkaitan sahabat-sahabatku.
"Haha, awak bawa bersabar ya. Itu buddies diorang. Memang kalau awal perjumpaan kena tanya semua mengenai buddies. Awak tak jumpa buddies awak lagi ke? Selalunya buddies ni lelaki yang kena tegur." terang Kiko.
"Dia malu kot."
"Bukan malu, tapi kau yang kuat menyorok." perli satu suara lelaki yang serak basah sedikit garau dari belakangku.
Aku menoleh. Muka dikerutkan. Kalau boleh nampak tanda soal atas kepala, memang lebih dari seratus tanda soal.
"Tak ya kerutkan muka, aku dah nampak tanda soal terbalik atas dahi kau tu." ujarnya lagi. "Aku Danish Haiman. Buddies kau."
Aku senyap.....
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasiAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...