Bab33

637 30 2
                                    

"Buku kimia magic~ Dimanakah anda berada?~" Aifah sedang berpusing-pusing di seluruh rak. Dan mata tertumpu pada buku yang diingini.

"I found you!" aku mendongak. Aduhh! Asal tinggi sangat tu! Aku mula berjongket. Tiba-tiba dua tangan menyapa buku tersebut.

"Aku dapat dulu." jawab lelaki disebelah kananku.

"Bro, aku dululah." bantah seorang lagi lelaki disebelah kiriku.

Diorang lah yang serang aku tadi. Ceh, tak habis-habis. Aku dah cakap tak ingat, tak ingatlah.

"Aku dapat dulu!"

"Nope! Aku dulu."

"Jari aku sampai satu saat lebih awal."

"Kuku aku sampai setengah saat lebih awal!"

"Mana kira tu!"

"Kira lah!"

Aku mula bengang. Asal dua mamat ni bergaduh kiri kanan aku pula? Takde tempat lain ke?

"Stop!"

Perbalahan antara mereka berdua terhenti. Dua-dua memerhatikanku.

"Aku yang datang dulu." ujarku tenang.

"Aku ambilkan untuk kau!" serentak jawapan dua lelaki ini. Arghhh!

"Aku tahulah aku pendek. Hishh! Ambillah tu, aku taknak!" badan Farisyam aku tolak. Sufian menarik pergelangan tangan kiriku. Aku berpaling dan mengangkat kening.

"What?"

Farisyam memandang Sufian tajam. Begitu juga dengan Sufian. Farisyam memegang kemas lengan sebelah kananku pula. Ada arus elektrik dari mata mereka, ceh tu pepatah je.

Kini, aku menjadi perebutan. Tarik ke kanan dan kemudian ke kiri.

"Oi mamat-mamat yang aku tak kenali, tadi buku sekarang aku? Apa masalah kau orang berdua libatkan aku ha? Sebelum aku sumpah korang jadi babi, baik lepas. Lepas!" dengan serta merta mereka lepaskan pautan. Tahu takut jadi babi. Ceh lelaki konon.

Aku berlalu pergi.

*****

Tok, tok.

Sufiana membuka pintu biliknya setelah mendengar ketukan. Terpampang wajah Syahira dan Fasya. Sufiana mengeluh, selalunya ada Husna join.

Syahira menyapa belakang badan Sufiana. Memahami apa yang difikirkannya.

Syahira dan Fasya duduk di atas katil empuk Sufiana. Sufiana mengangkat kening menandakan 'ada apa hajat hang berdua datang kemari?'

"Aku tak percaya Aifah hilang ingatan." luah Syahira. Sufiana memandang Fasya. "Aku pun."

"Kakak pun." Sufiana turut bersetuju dengan apa yang dibicarakan.

"Aku rasa kan, kak Ana. Aifah tu sengaja tipu dia hilang ingatan kot." ujar Fasya.

Mereka diam beberapa saat sehingga Syahira membuka mulut, "Ada tak mantera sihir yang membolehkan dia jujur?"

"Ada!" Sufiana tersenyum gembira. Tetiba tangannya yang bergerak gembira itu terkena buku di atas meja belajarnya.

Buk, buk, buk!

Fasya dan Syahira menolong Sufiana.

Selepas selesai mereka diam. "Takut Aifah terjaga disebelah." ucap Sufiana.

"Dah lewat ni akak, mungkin dia dah tidur. Macam tak kenal dia tu tidur mati." sindiran Syahira mengundang tawa mereka bertiga.

"Apa mantera tu?" soal Fasya setelah kehabisan tenaga untuk ketawa. "Letak serbuk ni dalam minuman dia. Lepas tu dia akan jujurlah." serbuk ajaib berwarna hijau bertukar tangan.

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now