Bab23

670 41 8
                                    

"Dari dulu dan selamanya." balas Umira sayu. Aku menunduk untuk melihat wajahnya. Air matanya mula bertakung dan aku laju menghulurkan sapu tanganku.

"Ceritalah." pintaku. Sapu tangan kini berada di tangannya. "Akak jiran dia sejak akak pindah. Tapi masa tu akak selalu nampak dia intai seorang budak lelaki dan perempuan iaitu, Aifah dan Sufian." aku memandangnya dan mengangguk. Umira mengusap bahuku.

"Akak selalu teringin nak jadi kawan dia. Sampai sekarang dia tidak kenal siapa akak. Dan akak tetap akan jaga hati ini untuk dirinya." sambung Umira. Keadaan menjadi sunyi.

"Kamu masih tak boleh ingat?" soalnya kepadaku. Aku menggeleng perlahan dan tersenyum paksa.

*****

Dah tiba waktu makan malam. Aku menjenguk dewan makan, sunyi. Aik?
Seseorang menjentik dahiku. Dahi yang terasa pedis aku sapu secara laju. Sakit. Aku memandang depan, siapa yang jentik aku ni?

Sufian memandangku dengan muka blur. Aku mengeluh lalu kaki berjalan meninggalkan mamat kerek dan melanggar bahunya kuat. Rambut yang diikat seperti ekor kuda aku letak dihadapan. Takut-takut masa bergerak sempat dia tarik hujung rambut aku tu, heh!

Ah! Aku ingat dah. Semua berkumpul di dewan utama. Alahaii, bolehnya aku lupa. Ada kesan juga Sufian jentik dahi aku. Masuk je di dewan utama, aku pantas duduk di sisi Khairul Akmal yang sedang dating dengan Saifatul. Aku menolak sikunya lalu dia memandangku dengan pandangan 'apa?'. Lol, dah ditulis dekat dahi kau tu.

"Hai Hanani." sapa kak Saifatul. Aku hanya tersenyum. Bukan apa, hari tu aku nampak kak Sai duduk dekat lorong sepi dengan seorang lelaki. Aku pun tak kenal. Aku sempat tangkap perbualannya dengan lelaki tu. Lelaki tu cakap "i already loving you too much." Lel, pape je la. Aku malas nak masuk campur. Buang masa.

Sedang semua menjamu selera, aku perasan dengan atap di atas ada yang tidak kena. Aku mula membuka langkah menghampiri geng Mafidos. Aku duduk diantara kak Ana dan Husna. "Kau kenapa? Pucat semacam je?" soal Maslan. "Aku tak sedap hati dengan atap di atas ni lah. Kelas apa dekat atas?" luahku.

"Setahu aku kelas dekat atas ni tak diguna." jawab Habib. Semua cuak. Tiba-tiba, dinding atas semakin retak. Dengan tak semena-menanya jatuh satu susuk tubuh yang berlumuran darah. Paling menggerikan jatuh ditengah dewan utama, di belakang aku, belakang aku weh. Aku memberanikan diri memandang belakang, muka yang habis dijahit dengan kejam, tubuh badannya yang dipatah-patahkan.

"Arhhhhhhh!" jerit beberapa orang perempuan. Ada juga yang termuntah akibat melihat keadaan tersebut.

"Ai..Aifah..selamatkan ka..kami.." pesan mangsa tersebut dan mula menghilang. Dia memegang pipiku lembut. Terdapat kesan darah pada pipiku setelah di menjadi halimunan. Kupu-kupu berterbangan. Ahli sihir?! Aku ingatkan manusia. Aku kaku. Sufiana pantas memelukku. "Shuhh. Semua okey, semua okey." pujuk Sufiana. "Kak..kak Ana..." seruku. "Ya, ya sayang. Akak ada di sini." pelukan Sufiana semakin kuat. Aifah menggigil ketakutan. Pandanganku mula kabur.

Aku dapat rasakan ahli sihir yang lain mula masuk ke kelas untuk tidur. Ya kelas dijadikan untuk tempat penginapan semua ahli sihir di negara ini.

"Sufian..Sufian..." seruku dengan mata tertutup dan basah kerana tangisanku yang deras. Sufiana melepaskan pelukannya. Aku menguatkan genggaman tanganku pada tangan Sufiana dan menggeleng.

"Sokey Aifah. Ni ni ada Sufian." Sufiana menenangkan ku lalu membiarkan diriku dipeluk Sufian. Aku menutup mataku.

Dan aku tak tahu apa jadi...

*****

Bangun sahaja aku dari tidur, aku memandang sekeliling. Klinik sekolah? Ohya, geng Mafidos memang di arahkan untuk mengawasi klinik. Almaklum, Husna dan Syahira mahir bab perubatan. Wansyah dan Maslan sebagai jururawat lelaki haha. Tangan yang terasa berat aku pandang.

Ada angin yang menyapa pipi dan rambutku setelah melihat Sufian sedang tidur di atas kerusi sebelah katilku. Siapa sebenarnya kau?

"Tenung aku macam tu kenapa?" satu soalan yang mematikan lamunanku. Okey, dah bangun rupanya, buat malu aku je. Arhhh! Muka aku cover daripada blushing.

"Asal? Dah jatuh cinta?" soalnya lagi. Mula blur aku sengaja tayangkan. "Jatuh cinta? Dekat kau? Ouh please. Never!" dahinya aku jentik. No respon betullah. Kalau aku pukul tempat dia luka tu amacam? Nak tengok dia meraung kah? Ke menangis?🌝 Gahahaha! (author ada aura jahat😂)

"Okey? Semua dah bangun? Kita kena selesaikan misi kita. Semakin ramai yang mati, semakin kurang ahli kita." Yeyed mula bertindak. Semua pantas berkumpul di satu meja.

Peta sekolah pantas di buka. Laju je korang buat kerja eh? "Urm, sekarang apa?" soal Syafiqie dengan sengehannya. Pfttt, HAHAHAHA. Tadi dia punyalah semangat buka peta sediakan kerusi. Ingatkan dia dah tahu nak buat apa? Last, last..

Satu ketukan pintu mematikan niat kami. "Weh, weh! Semua kena pergi bilik bawah tanah. Sekolah kena serang!" ujar seorang pelajar lelaki, aku tak kenal. K done. Apalagi, semua bergerak laju menuju ke bilik bawah tanah.

Sedang aku berlari, aku sempat memandang ke luar sekolah. Magic pelindung kelihatan retak akibat sihir yang dikenakan oleh ahli sihir dari Red City. Nampaknya diorang main kasar. Aku kena cari satu lagi magic, red leaf!

Seseorang melanggar bahuku kuat. Dah lah aku paling belakang, dah kena tinggal. Sekolah pun dah sunyi haih. "Aifah! Maafkan cikgu!" ujarnya. Aku tak sempat tengok siapa cikgu tersebut. Dia menyambung semula perhentiannya. Kenapa dia pergi ke arah bertentangan? Aku rasa tak sedap hati. Aku bangun dan berpaling. Kaki laju mengekori cikgu tersebut. Rambut yang panjang higga ke lutut dibiarkan tanpa ikatan.

Tanganku direntap lembut. "Aifah, nak kemana?" soal Sufian. Haih, Sufian dimana aku susah kau ada. Rasa bersalah pula aku susahkan kau ni. Namun ianya tersemat dihati sahaja.

"Aku rasa taa sedap hati dengan cikgu langgar aku tadi." luahku. Sufian berkerut. "Apa kau merapu ni? Aku nampak kau jatuh secara tak sengaja tadi. Mana ada siapa-siapa. Cikgu? Semua orang dah dekat bawah tanah. Tinggal kita dua je nie." balas Sufian cuak. Aliran darah terasa terhenti. Petunjuk apa itu?

Tangan aku minta dilepaskan tetapi kekuatan Sufian mematikan niatku. Ahhhh! Lantaklah kau, dengan kau sekali aku heret, Sufian!

Gebaboom!!

Aku duduk dan Sufian pnatas melindungiku. Satu per lima daripada sekolah hancur. Aku berdiri dan terus mengekori wanita tersebut. Sufian? Aku heret je mamat ni. Dia ikut je aku tarik. Abaikan! Aku kena cari siapa orang tadi tu. Kenapa Sufian tak nampak? Pelik bin ajaib. Dan bila ada ajaib di situ ada kelebihan.

Pintu library aku buka. Perlahan-lahan memasuki bilik yang dulunya cerah kini gelap. Bekalan elektrik putus akibat letupan tadi. Red City dah kuat. Kitoramg pun mesti kuat!

"Weh! Kita dah jauh terpisah dari diorang." ujar Sufian resah. Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya dan menutup pintu perpustakaan.

"Aifah...."

tak tahu nak sambung apa. hantam sajalah. tq for reading. sorry typo.

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now