Bab29

673 33 1
                                    

"Jangan berani sentuh Syafiqie dengan tangan kau!" seorang gadis yang kelihatan begitu comel dengan rambutnya yang hanya paras bahu berwarna perang asli melindungi Syafiqie dari hadapan. Dan apa maksudnya ? Pipi dia lah kena tampar.

"Fasya..." lemah suara Sofea kedengaran. Tangannya menggeletar dek kerana tersalah tampar orang. Dia tampar sahabat dia sendiri?!

"Hey Sofea! Kau dengar bebaik aku cakap eh, cousin aku ni, Iqie nie tak pernah nak ungkit yang dia dah pendam perasaan dekat kau dah hampir dua tahun! Aku dah pernah suruh dia move on, tapi dia taknak! Walaupun orang kata kau gedik ke mengada ke menggatal dengan lelaki lain ke, Iqie ni tahan je tahu! Dia banyak bersabar tahu! Dia tahan je walaupun hati dia sakit. Kau mana ambil kisah sial! Kalau ikutkan aku nak maki kau lebih ni, tapi nasib aku pernah berkawan dengan kau! Ya! Aku mengaku! Aku cemburu dengan kau! Aku pun nak jadi perempuan yang Iqie cintai! Dia satu dalam seribu! Hati aku ni, lagi sebak bila kau buat dia macam ni! Aku redha! Redha dia anggap aku macam kawan dan sepupu dia je! Kau? Tak pernah BERSYUKUR!! Aku nampak kau kacau geng mafidos dan sakitkan hati Iqie, tak segan silu aku bunuh kau! Blaaa arh!!!" Fasya menahan tangisan. Dadanya berulang kali di tepuknya menandakan bahawa betapa sakit hatinya. Air matanya berguguran juga. Semua sebab cinta?

Syafiqie terdiam terpaku. 'Apa yang sedang berlaku ni sebenarnya? Ada.. insan lain yang menyayanginku dalam diam? Hinanya aku tak menyedari ini.' hati Syafiqie resah.

Sofea berlalu pergi setelah dihalau oleh Fasya.

Aku dan Sufian terpaku. Apa pula drama dihadapan nie? Aku ingin bangun untuk membantu Fasya tapi pantas sahaja tangan Sufian memaut lenganku sehinggakan kepalaku terbaring di atas paha Sufian.

"Er..." aku gugup. Sufian hanya menutup matanya dan kembali menyandar di pokok. Aku curi-curi memandang wajahnya. Arhh! Aku jatuh cintaaaaa.

Tapi kenapa aku rasa macam pernah kenal dia?

*****

Setelah lima minit Syafiqie tegak berdiri dibelakang Fasya, dan Fasya sibuk mengusap air matanya yang tidak terhenti mengalir, Fasya tekat untuk berlalu dari situ.

"Baik aku mati.." walaupun suara perlahan yang dikeluarkan, telingaku dan Syafiqie dapat menangkap perkataan yang keluar dari mulutnya. Bukan sahaja mulut, bahkan hati.

Syafiqie memeluk Fasya dari arah belakang. Pehh macam drama betullah. Aku masih dengan posisiku, entalah mamat sorang nie mengada betul taknak lepaskan aku hm. Aku menjeling Sufian sekilas. Ceh ingatkan tidur, rupanyaaaa tumpang tengok juga.

"Fasya.."

"Jangan pergi, lagi-lagi mati. Stay hidup untuk aku dan dengan aku." redup pandangan wajah Syafiqie.

Fasya diam. Air matanya masih mengalir.

"Please, i want to hear your voice. I'm sorry." cehwaaaa Syafiqie dah speaking maaa.

Fasya masih seperti tadi. Alahai aku pula sedih. Mesti berkecai sangat hati dia tu. Huhu...

"Listen, i will loving you. I promise to protect you. Please sayang, Iqie akan cuba sayangkan Sya. Bagi Iqie satu peluang lagi?" pinta Syafiqie. Wahhhh! First time aku nampak Syafiqie sweet bhaaiii! Mana pernah dia macam nie. Uhuu sebak pula. Dia ikhlas tue.

Fasya tersenyum tawar dan mengangguk. Syafiqie mengelap air mata Fasya di pipi dan membawa Fasya dekat dengan kawasan kelompok.

"Cis! Makin ramai dan rapat pula diorang, babi!"

*****

Selama enam jam berjalan tanpa henti, cikgu mengarahkan kami semua untuk rehat dahulu di hadapan pagar negeri Blue City, pagar yang memisahkan tiga negeri. Cikgu Qalilah beserta tiga orang guru lagi untuk menemaninya memasuki Blue City.

Kini, terdapat empat orang guru sahaja yang bersama kami. Dalam berpuluh-puluh guru yang ada di negeri Green City, hanya tinggal tujuh sahaja guru yang terselamat. Mengikut apa yang diceritakan Mika, pelajar tahun kelima, banyak cikgu mati hanya disebabkan ingin mempertahankan pelajar. Dan dari 30090 pelajar, hanya tinggal 218 sahaja yang masih hidup. Manakala, penduduk di Green City awal-awal lagi menawarkan diri untuk berperang. Malangnya tiada satu pun yang selamat.

Mengapa pelajar? Sebab kami muda dan ada masa untuk betulkan lagi dunia, negara. Lainlah cikgu? Ada yang sudah tua. Itulah yang diucapkan oleh mendiang Cikgu Kistina.

Aku duduk dia atas rumput negeri kami. Masih lagi di kawasn negeri Green City. Aku bermain dengan rumput emas kehijauan. Aku akan rindukan negeri ini. Aku yakin, lepas aku habis belajar dekat negeri ni, aku akan belajar fahami kuasa aku ada ini. Aku akan betulkan keadaan. Aku akan cari punca Airif berubah. Aku akan tengok siapa disebalik semua ini. Aku akan. Aku berjanji!

Macam patriotik pula. Lol.

Pagar besar milik negeri Blue City memisahkan tiga negeri terbuka luas. Keluarnya ketua negeri, iaitu merupakan pengetua sekolah Magic School of Blue City. Seorang wanita juga dan sudah berumur seperti Puan Qalilah.

"Mari anak-anak. Mari masuk. Jangan segan sayang. Buat macam negeri sendiri." senyuman terukis di bibir semua ahli sihir. Baik sungguh!

Sufian menyentuh bahuku perlahan. Aku yang terleka dengan keindahan negeri tersebut tidak menghiraukan. Rindu negeri aku secantik ini dulu. :')

"Buruk siaa muka kau." kutuk Sufian. Aku memandangnya tajam.

"Babi."

"Haaa! Mencarut! Sini takde babi. Babi ada dekat Red City tu haa." seloroh Sufian. Aku menjelingnya. Meletakkan tangan di bahu mata ke atas. Tersentuh tangan Sufian yang berada di bahu.

"Lap air mata tu.." pinta Sufian. Aceh patutla dia kata buruk.

"Okey."

"Iloveyou."

"Apa?!" tanyaku meminta kepastian.

"Nothing. Ihateyou hodoh."

Aku mencebik. Terukis senyuman manis di bibir Sufian tanpa pengetahuan Aifah.

:)
*****

maaf pndek je. nnti msuk bab diorng kat blue city pula. enjoy.
VOTE AND COMMENT. ad yg bca snyp²😂 kantoi.

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now