"Kau tak bangun, aku bunuh orang yang berdekatan dengan kau!"
-
Pantas mataku terbuka dan aku terduduk tegak."Arh! Hantuuuu!" Farisyam menjerit dan berlari lintang pukang keluar dari bilik sakit? Eh aku kat klinik?
Nama je lelaki.
Iskandar terkekek-kekek ketawa melihat kelakuan Farisyam. Farisyam bersembunyi dibelakang Iskandar. Dan terpancullah wajah-wajah yang aku kenali termasuk, Sufiana?
Aku memandangnya. Bibir pinknya menguntum senyuman kemudian dia berlalu pergi.
Begitu sahaja?
"Adik, akak nak periksa. Mungkin sakit sikit." nurse tersebut mula menyelak baju pergelangan tanganku. Disuntiknya ubat entahlah di bahuku.
Sakit tapi takdelah sakit sangat. Wajahku tidak memaparkan satupun reaksi. Cover cool. Sakai!😂
"Akak Aif tak sakit ke? Kalau aku gerun." si mulut becok sudah berbicara, siapa lagi kalau bukan Harith.
"Tu pun nak sakit ke? Bagi akak Aif tu benda kecil. Tahu kecil? Bukan macam kau, tu pun nak takut. Penakut!" Uqasha membalas. Bila budak berdua ni dah gaduh, sama macam anjing dan kucing.
Bukan sama, memang.
Aku menarik 'barangan klinik' yang melekat pada belakang tapak tanganku. Sebenarnya jarum tapi entah lah, sebab aku memang takde mood kot. So tak rasa sakit tu.
Aku bangun.
"Asal kau pergi cabut?" soal Fadhil. Aku memandangnya, tajam.
"Berapa lama aku 'mati sementara'?" soalku. Semua terpaku. Apasal? Aku buat benda pelik ke? Aku cuma cabut benda tu sebab rimas dan sekarang tengah duduk tepi katil sambil menghayunkan kaki.
Pelik ke?
"Two weeks."
Ouh dha 14 hari. What?! Airif. Macam mana dengan Airif?
Aku turun dari katil dan berlari sepantas yang boleh agar tiada sesiapa mengikutiku.
Pintu bilik khas untuk Airif aku buka. Gelap? Terkemas? Tiada. Where is he? Aku terduduk lemah di atas lantai depan bilik tersebut. Aku bermimpi ke? Mataku mula berkaca. Tapak tangan melekat pada wajahku. Aku meraung tanpa sebarang bunyi.
"Akak?"
Aku menoleh, aku kenal suara tu. Kelihatan segak jejaka yang menegurku tadi memakai pakaian sekolah ini. Buku ditangan dipeluk erat begitu juga dengan tongkat saktinya. Aku pantas memeluknya.
Dia membalas pelukanku. "Adik baru nak lawat akak. Tup, tup akak dah bangun. Baguslah. Takdelah adik sunyi je tanpa kembar kesayangan adik ni." ujarnya. Jap, apa berlaku dengan budak ni?
Dahi Aifah berkerut, siap boleh kira lagi lapiran yang berkerut tu. Berkerut bukan berkedut. Itu benda yang berbeza.
"Apa jadi..." belum sempat Aifah bertanya, jari Airif menyapa bibirnya.
"Adik tak ingat." dia tersenyum tawar. Aku mendongak sedikit kerana faktor ketinggian yang dimiliki oleh adik kembar aku. Ceh, nama je adik tapi tinggi. Macam aku pula yang adik.
"Akak dah sihat?"
Aku tersengeh, "Akak lari dari klinik sebab nak jumpa adik. 14 hari tu lama bagi akak."
Aku memerhatikannya. Macam tak kena je budak ni. Kemudian beralih kepada pergelangan tangannya.
"Gelang apa tu?" dia memandang ke pergelangan tangannya juga.
YOU ARE READING
Magic World [MALAY]✔
FantasyAifah Hanani dan Airif Hannan adalah kembar seiras. Hidup mereka bahagia bersama keluarga mereka. Hanya kerana tiga kuasa terkuat, mereka meletuskan pergaduhan dan menyebabkan Airif berubah. Negara terpecah kepada tiga negeri. Aifah kini bangkit dan...