Bab43

557 33 2
                                    

Buku dan alat tulis aku ambil. Rambut aku ikat satu. Tongkat turut aku ambil. Kemudian, kaki melangkah keluar bilik. Aku mengunci. Sesudah menutup bilik, aku berpusing dan,

Buk!

Aku memegang hidungku. Urgh ni lah sebabnya pendek. Sakit hati bila langgar dengan orang tinggi. Lagi-lagi kalau badan macam pokok. Sakit!

Terasa ada cecair keluar dari hidungku. Aih, berdarah pula. Haish!

"Alamak! Darah!" terjerit kecil gerangan yang melanggarku tadi. Aku mendongak sedikit. What the..

"Macam mana kau boleh masuk asrama perempuan?!" marahku perlahan. Takut ada orang dengar, karang orang salah faham pula. Dah lah orang depan aku ni hot, famous, orang penting sekolah juga, hensem lagi aduhhh. Jap, hensem? Euh.

"Aku..."

"Kau dating kan?" soalku spontan. Pantas aku menutup mulutku menggunakan buku dipeganganku. Dia hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Fuh! Dah agak.

"Siapa tak kenal budak olahraga yang playboy?" sindirku. Dia tersengeh dan menunjukkan peace. Dahiku berkerut, dia ni tak terasa ke? Hari tu gaduh kemain lagi diorang baran termasuk mamat ni. Sekarang apa pula? Nak kena hempuk kepala kot!

"Hm Aifah." panggilnya. Aku memandangnya tajam. "Apa kau nak?" tegas sahaja bunyinya.

"Nak kau boleh?" soalnya bersama sengehan nakalnya. Aku menjulingkan mata ke atas. Dia tertawa.

"Buat muka buruk pun lawa." pujinya. Aku memandangnya tajam. Tajam sehingga biji mata dia tu boleh tembus aku cucuk!

"Of course, siapa tak kenal Aifah Hanani." bangga sebentar. Dia tertawa besar. Apa masalah mamat ni. Dengan tak disengajakan, Aifah memijak kaki Adam kuat.

"Aduh.. Aduh.. Aduh.." adu Adam. Dia terjengket-jengket menahan kakinya. Kakinya disentuh. Dia melutut untuk memandang kakinya.

Baru sahaja aku ingin berlalu pergi melintasi mamat gila senget ni, lengan bajuku terasa berat. Apa benda menyangkut dekat baju aku ni haduh masalah betul. Aku menoleh.

Adam memegang hujung lengan bajuku. "Kenapa mamat senget?" soalku. Dia tertawa lagi. Gila dan pelik kan? Hari tu tayang sangat muka garang, senyum pun tak. Ni apa kes pula dia ni ketawa-ketawa macam orang tak waras? Ni bukan Adam aku kenal lol.

Badan tidak seimbang saat Adam menarikku untuk duduk bersamanya. Entah part mana yang tersalah step, aku terbaring di atas pahanya.

Aku gelisah tapi cuba untuk dicover sebaik mungkin. Muka dingin aku tunjuk.

Aku pantas bersila disebelahnya. Dia merenung wajahku sambil senyuman tak hilang dari wajahnya Aifah. Lesung pipit sebelah kanan menampakkan wajahnya yang sudah sedia hensem kepada lebih hensem. HAHA. Kacukan okey? Tak silap aku moyang dia Cina mix Jepun. Tak silap lah eh. Lol, ahli sihir dulu kan boleh kahwin dengan manusia. Sekarang je tak boleh, manusia semakin kejam.

Matanya sepet-sepet tapi takdelah sepet sangat. Keningnya yang tak seberapa tebal, nipis je. Matanya berwarna coklat gelap, tapi boleh nampak dengan jelas. Rambut style messy, kaca mata besar disertai. Arh melting.

"Puas tenung aku?" tersentak dari lamunan. Aduhhh malu malu malu. Aku tunduk. Aku rasa macam hingus meleleh dari hidung.

"Hidung kau berdarah lagi. Kenapa pula kali ni?" soalnya ramah. Tangannya menyapa poket seluar miliknya. Sapu tangan berwarna kuning oren dikeluarkan.

"Nah! Nak aku lap ke macam mana?" dia tersengeh. Aku merampas sapu tangannya dan lap darah yang mahu bertitik di lantai. Uhh, ni mesti kesan sampingan.

Kesan sampingan apa?

Er, adalah.

"Ops! Okey, kau nak pergi mana ni tak lambat dah ke?" soalnya memecahkan kesunyian. Jam aku toleh, maigaddd! Dah lambat berabis, setengah jam aku lewat. Tidak, tidak, tidak!

"Adam! Aku kena pergi! Bye!" ujarku dan sengera berlari meninggalkan Adam yang masih duduk di atas lantai depan bilikku. Kalau cikgu nampak dia dalam asrama perempuan tak tahulah. Tapi perangai dia buat aku pelik, nak siasat lah!

"Comel." Adam tertawa sendiri.

*****

"Kau pergi mana? Terlajak tidur ke?" bebel Damia. Ha dah mula dah nenek pok pek pok pek ni ha.

"Dah lah tu. Kau ni kalah nenek jiran aku!" Naufal yang duduk disebelah Damia menyindir. Entah apa mood dua ekor ni ajak aku ulangkaji. Aku rasa macam kacau je couple depan aku ni.

"Ehem. Aku rasa macam orang ketiga lak." luahku. "Jangan risau nanti Becca dan Yeyed datang." terang Naufal.

"What?! Sejak bila diorang couple?!" ujarku sedikit terjerit. Orang dalam perpustakaan mula memandangku tajam. Aku memohon maaf sambil tersengeh paksa. Aku duduk dihadapan mereka.

"Masa cuti tu ha diorang terserempak. Family pun saling berkenan. Apa lagi?" jawapan Damia membuatkan aku ternganga luas. Mereka tertawa melihat telatahku. Omaigad, Yeyed dah boleh lupa ke mendiang isteri dia? Qalisya? Ouh apa ini? Eh jap jap. Baguslah tu, lagipun okeylah tu dia dah boleh move on. Kan kan kan?

Thank you author😘, jerit Aifah dalam hati.

Okey bereh Aifah~ - author.

"Lalat nak masuk. Ngeeee~" usikan Becca yang baru tiba bersama Yeyed membuatkan aku menutup mulut. Mereka ketawa. Aku mencebik. Gelakkan aku pula hish!

"Akak Aif~" panggil Damia manja dengan matanya dikelib-kelibkan. Ni mesti nak apa-apa ni. "Nak apa?"

"Damia taknak apa-apa pun." bohong Damia. Aku mengangguk dan menunjukkan wajah, 'okey'.

"Tapi.." Damia nak minta ajar dengan Aifah. Boleh sahaja dia minta ajar dengan Naufal. Tapi Naufal fokus betul.

"Heh budak ni sekeh kang. Kalau nak apa-apa cakaplah awal-awal. Gigit karang!" usikku. Muka sengaja digarangkan. Aku nak belajar pun terganggu dengan dua pasangan sweet ni aduh. Tak payah lepas ni aku minum kopi letak gula. Ni dah terlebih gula bila minum depan diorang!

"Naufal, akak Aif nak gigit dan sekeh Damia." adu Damia sambil mencuit-cuit pipi Naufal yang tengah fokus belajar. Yelah Naufal 16 tahun Damia ni 14, mestilah Naufal nak berjaya kan kan kan.

Naufal yang tersentak secara spontam memarahi Damia. "Haish kau ni jangan kacau aku boleh tak? Menggedik je." ketawa kami terhenti, Damia tersentak. Okey, aku faham perasaan Damia. Deep berabis bhai!

Naufal yang tersedar sesuatu terus membetulkan keadaan. "Sorry lah sayang. Kan aku dah cakap jangan kacau kalau aku belajar. Kan dah kena."

Damia terus memaniskan muka dengan senyuman paksanya. Matanya merah. Menahan air mata kot. "Takpe. Aku pergi cari buku dulu." rare berabis pasangan ni. Kau Aku.

"Haa bro, pergi pujuk." Yeyed bersuara. "Mana kau tahu dia merajuk?" soal Naufal.

"Baby sebelah aku ni selalu merajuk." matanya memandang Becca sambil memuncunkan bibirnya ke arah Becca. Becca buat-buat bodoh.

"Aku cau dulu. Homework aku dah siap. Tata." aku malas nak masuk campur. So baik aku blah. Buku aku kemas. Dan keluar perpustakaan. Nak pergi tamanlah. Kalau jumpa budak main bola keranjang pun best. Boleh join!

VOTE AND COMMENT😘
ABAIKAN TYPO~

Magic World [MALAY]✔Where stories live. Discover now