Chanyeol menapak ke pintu hadapan rumah yang bersaiz sederhana itu, lalu menanggalkan selipar dan menyapa ibu angkatnya.
"Anyeonghaseyo!" Sapa Chanyeol dengan girang.
"Eh, Chan! Datang pun. Macam mana hari ini? Banyak dapat?" Wanita berusia empat puluhan itu bersuara dengan lembut.
"Aah, hari ni bolehlah bu, Chan x pergi jauh sngat. Sebab air dekat muara dah nak naik. Oh yaa, ini Chan bawakan kerang rebus." Plastik yang di bawanya dihulur kepada Nana. Segera Nana menyambut, lalu menuangkan ke dalam pinggan.
"Mana si Jimin? Tak nak makan ke?" Soal Choi Aien.
"Ada bu, kat luar. Main dengan Haru." Cantas Nana.
"Jimin, sudah-sudahlah main dengan Haru tu, meh masuk makan. Kami dah lapar ni." Laung Choi Aien.
Jimin yang mendengar ibunya memanggil, segera melangkah masuk ke dalam rumah. Makan tengah hari pada hari itu penuh rasa bahagia kerana satu keluarga dapat makan bersama.
Bilik yang penuh kegelapan, kini disuluhi cahaya terang benderang dek kerana langsir tebal ditarik lalu disemat kemas dengan menggunakan sepit berenda.
Terpapar wajah seorang gadis yang sedikit berkerut kerana cahaya menyapa muka. Lalu rungutan halus kedengaran.
Dengan mata tertutup, seluruh badan digerakkan bagi membetulkan urat-urat yang salah simpang. Lengan kanan menimpa dua kelopak mata yang masih terpejam.
"Lara, bangun." Kim Rae menepuk-nepuk badan kecil Lara.
"Errmmm," Lara merengus longlai.
"Hei, bangunlah! Semalam Lara balik pukul berapa? Tengoklah, makeup pun x basuh. Lara minum ke semalam? Busuknya!" Bertalu-talu soalan Kim Rae menembak Lara. Selimut yang menutupi seluruh badan Lara ditarik sehingga ke kaki.
"Oh gosh, dress pun belum tukar. Apa ni Lara? Semalam Lara pergi mana? Bagitahu mummy cepat!" Kim Rae terus mendesak.
Kelihatan zip belakang dress singkat berwarna merah paras paha itu sedikit terbuka, seperti ada yang mengusiknya.
"Ermm, apa ni mummy! Lara nak tidor la. Jangan kacau boleh tak. Lara baru nak tidor ni." Suara Lara sedikit garau dan perlahan dek kerana terlampau mengantuk dan letih barangkali.
"Dah pukul satu petang la Lara, Baru tidor apanya! Dah cepat bangun. Pergi mandi, bersihkan diri. Turun bawah, makan. Kalau tak bangun juga, mummy flush phone Lara. Faham!" Jerkah Kim Rae lalu menyepak bontot Lara dengan kuat yang menyebabkan Lara terkejut lalu terjegil luas matanya.
"Auchh, sakitlah mummy. Alah, yelah-yelah. Lara bangun. Mana adil macam ni, main ugut-ugut bagai." Kedengaran suara kesal Shin Lara.
Shin Lara terlalu sosial disebabkan kurang perhatian dari orang tuanya yang masing-masing sibuk berkejaya.Let's make love...

ANDA SEDANG MEMBACA
Just 3 Days _[Park Jimin]
SonstigesKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...