Aku menuruni anak tangga dengan perasaan yang sangat kecewa. Begitu tak sangka sekali. Aku mencapai kunci kereta dan menguak pintu hadapan rumah sambil mendail seseorang melalui telefon. Sandal Puma Fenty berbulu dan berwarna merah jambu aku sarungkan ke kaki renjongku. Setelah memasuki perut kereta, laju BMW 318i Luxury meluncur meninggalkan perkarangan rumah. Aku perlu tenangkan diri. Yes! I need Kim Seok Jin.
Aku memasuki Starbucks Coffee dan memerhati setiap sudut kafe. Belum aku temui kelibatnya. Aku mengambil keputusan untuk memesan secawan teh hijau frapuccino. Comel sekali tulisan tangan seorang barista yang ditugaskan untuk mengambil pesananku. "Lara :)". Namaku ditulis pada cawan bersaiz venti disertakan dengan senyuman. selesai pembayaran aku mengambil tempat duduk di sebuah meja bulat yang berada di hujung kafe terkenal tersebut. Tidak sampai sepuluh minit menunggu, aku didatangi jejaka yang sedia terpahat dihati. Jin memegang secawan hot chocolate dan menghenyak punggungnya di kerusi yang bertentangan denganku. Hot chocolate dihirup dengan penuh bergaya sekali. Aku tersenyum dan sedikit terleka dibawa oleh keasyikan dan aura Kim Seok Jin. Aku pandang Jin dengan penuh minat. Hampir terlupa kejadian dirumah. Entah apa jadi selepas aku menolak Jimin dengan kuat. Sampaikan jatuh ke lantai lelaki itu.
"Sayang!"
"Ye?" Aku menjawab dengan penuh kelembutan.
"Ada apa you nak jumpa I?" Jin memandangku.
"Saja! Rindu. Kenapa? Tak boleh dah nak jumpa you?" Aku menarik muka. Kuat merajuk betul.
"Takdelah! Youkan dah ada suami. Nanti tak pasal-pasal I kena tumbuk tengah jalan sebab keluar date dengan isteri orang. Tak gitu!" Jin terus menyisip minumannya.
"I nak jumpa you sebab nak lupakan masalah tau. Tapi you yang cari masalah sekarang ni. Dah I nak balik." Aku bingkas bangun. Namun dihalang oleh Jin. Genggaman tangannya di lenganku terasa hangat dan nyaman.
"Okay! Sayang, I'm sorry!. Tak ada niat nak buat you terasa ke apa. Tapi betullah apa yang I cakap. I tahu, papa you banyak mata-mata. Dia dahla tak suka I". Wajah Jin sedikit berubah.
"Mana you tau papa tak suka you?" Aku ingin tahu.
"I tahulah. Kalau tak, takkan papa you suruh you kahwin dengan orang lain. Dan bukannya I?" Jelas Jin.
"You yang tak nak kahwin dengan I kan? Apa you ni, tuduh papa pulak". Terasa menyirap darah naik ke kepala. Namun aku boleh mengawalnya.
"Pembetulan! Bukan tak nak! Okay! I just cakap tak ready lagi. Soon, I will. You jangan buat-buat lupa pulak, pastuh cari salah I. Apa ni?" Jin sedikit kesal.
Aku lagi kesal.
"You tak sayang I kan? Jawab dengan jujur." Mataku mulai berkaca. Malas mahu berbasa basi.
"No sayang! Jangan pernah fikir macam tu. I sayang you sangat-sangat. Tapi I takde pilihan. Bisnes papa I merosot. I kena handle semua tu. Lagipun papa i dah tak larat nak buat semua benda sorang-sorang. Dia perlukan I. Mungkin I akan jadi orang paling sibuk nanti. I tak sanggup nak biar you kena tinggal je nanti bila kita dah kahwin. You kena faham I sayang. I buat semua ni pun, just for our future. I tak nak you ikut susah jugak nanti. Dan I kena perjuangkan balik hak keluarga I yang dah kena pijak." Jin kelihatan tak berpuas hati.
"Kenapa?"
"Tak ada apa sayang! You jangan salah faham lagi tau. I buat macam tu bersebab. I cuma nak bahagiakan you. Forever!" Kata Jin, bermulut manis.
Sekarang aku mulai faham dan sedar mengapa dia menolak sewaktu aku memberitahunya untuk berkahwin. I trust you.
"Tapi kenapa you cakap papa tak suka dekat you? Dan macam mana you boleh tahu?" Aku kehairanan dan meminta kepastian.
"Mungkin I tak cukup kaya dan berharta lagi kot. Pasal macam mana I tahu tu... Tae Hyung bagitahu I. Dan masa I dapat tahu pasal benda ni, I sedih tau. Sampai hati papa you". Jin menunduk dan sedih.
"Ohhh! Jangan macam ni sayang. Papa bukan tak suka you, tapi mungkin dia ada sebab kot. I janji, I akan buat papa terima you jugak. Dan you pon jangan give up tau." Ake mengambil hatinya kembali. Mana boleh biarkan mata airku bermuran durjana. Aku akan terasa tempiasnya nanti.
"Janji?" Jin memberi harapan.
"Janji!"
"Thank You!" Aku meraut tangan Jin. Jin membalas dan mencium lembut tanganku. Cukup sekadar senyuman manisnya dapat membuat aku hanyut.
Lama aku berkasih sayang bersama Jin sehinggakan waktu dan masa hendak bertukar ganti. Lepak sehingga larut petang. Kejadian yang terjadi dirumah hilang dari fikiranku. Entah apa jadi pada sang suami.
Honda HR-V diparking dihalaman rumah bernombor 067. Keluar sekujur tubuh tinggi dan berambut merah menuruni perut kereta tersebut.
"Dorang tak ada kat rumah ke? Kereta tak ada. Tapi kenapa pintu pagar terbuka?" Kim Tae Hyung mengomel sendiri.
Langkah diatur menuju ke pintu. Tombol cuba dipulas. Ppak! Tak berkunci.
"Mana dorang ni? Lara! Jimin!" Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Sunyi. Kim Tae Hyung memberanikan diri memanjat tangga untuk menuju ke ruangan atas rumah itu.
Suka hati betul dia ni! Tak malu masuk rumah orang? Apa dia kisah!
"Lara! Jimin!" Masih tiada sahutan.
Pintu bilik utama dikuak. Kosong. Pintu bilik Jimin pula dikuak. Buntang mata anak pak cik Kim melihat tubuh pucat Jimin terlantar di lantai biliknya. Gelisah menimpa diri.Segera Tae Hyung mendapatkan Jimin. Dicempung Jimin ke atas pangkuannya. Wajah Jimin di tampar-tampar lembut.
"Jimin! Jimin! Apa kau buat tidur kat lantai ni? Katil kau patah ke apa? Eh! Bangunlah!" Wajah Jimin sekali lagi disepak.
Mata dibuka perlahan-lahan. Dengan badan yang lemah, Jimin memaksa tubuhnya untuk tunjal bangun. Satu badan pucat.
"Apa kau buat kat sini?" Jimin menyoal Kim Tae Hyung yang duduk bersimpuh disampingnya.
"Aku aku buat? Yang kau tidur dekat lantai dah kenapa? Tanya aku pulak." Kim Tae Hyung menyoal kembali. Memang betullah mamat ni tak faham bahasa. Bila ditanya soalan, dengan soalan jugak dia jawab.
Tanpa mengendahkan soalan yang ditanya, Park Jimin bingkas bangun dan menuju ke meja kecil disebelah katil dimana terletak semangkuk bubur ayam dan segelas susu yang belum diusik.
"Kau nak bawak pergi mana benda ni?" Tae Hyung menyoal.
"Hendak bawa kedapurlah. Tak mungkin nak tinggalkan dekat sini pula. Nanti bersemut". Lemah Jimin menjawab lalu beredar dari situ.
"Ada buat lebih tak?" Kim Tae Hyung membuntuti Park Jimin.
" Ada kot, tengoklah dekat dapur".
"Apasal muka kau pucat ni? Sakit ker?" Tak henti soalan dituju.
"Aku demam. Sikit je ni. Dah baik rasanya". Jimin menyelongkar periuk sebaik sahaja sampai di dapur setelah meletakkan dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu ke dalam sinki.
Kim Tae Hyung turut menerokai seluruh ceruk dapur."Nak saya panaskan bubur untuk awak?" Jimin menemui separuh lagi baki bubur yang Lara buatkan untuknya pagi tadi.
"Nak!" Sepantas kilat Tae menjawab.
Tak, siapa yang sakit sekarang ni?
Setelah bubur dipanaskan, segera Park Jimin menuang ke dalam mangkuk.
Kim Tae Hyung cuba menerima suapan pertama."Tawarnya. Tak ada rasa apa pon. Tak sedaplah!" Mangkuk ditolak ketengah meja makan.
Park Jimin teringatkan kejadian yang berlaku padanya pagi tadi. Terdetik di benak hatinya.
"Saya tak bermaksud nak buat macam tu! Maafkan saya!".
Shin Lara.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
AcakKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...