"Hei! Kenapa kau ikut aku hah? Pergilah balik. Sibuk aje ikut-ikut orang. Tak ada kerja sangat dah?" bebelku.
"Awak!" Jari telunjuk dihala tepat ke arah wajahku.
"Apa?"
"Awaklah kerja saya." Jimin menghulurkan senyum.
"Apahal aku pula?"
"Yelah! Saya ni suami merangkap bodyguard awak. Apa saja yang ada kaitan dengan awak akan jadi tanggungjawab saya. Saya tak akan benarkan sesiapapun sentuh awak ataupun sakiti awak." Jelas Jimin.
"Eeeuww! Geli aku dengar. Blah la kau. Duduk la jauh sikit. Nak berkepit dah kenapa?" Aku merengus kasar.
"Kenapa? Saya busuk ke?" Jimin menghidu bau badannya. "Mana ada busuk. Saya dah letak deodorant la siap spray sebotol lagi perfume untuk awak. Ha! Cuba bau!" Jimin mendekatkan badannya kepadaku. Pengotor la mamat ni. Tapi . . . Bau dia wangi la...Ehhh! Apa ni?
"Pengotor la kau ni!" Aku tolak Jimin kuat sehingga jatuh ke dalam laut. Padan muka.
"Awak ni! Siap awak! Hei! Mari sini!" Jimin bangun dari air, lantas mengejarku.
Akhirnya, Jimin dapat menangkapku dan mengendongku masuk ke dalam air.
SPLASH! ! !
"Yahh! Park Jimin!" Habis satu badanku basah.
Aku dan Jimin leka bermain dalam air sehingga tak sedar matahari sudah mahu melabuhkan tirainya. Baru aku perasan, sandalku hampir hanyut dibawa ombak. Tanpa berfikir panjang dan bahaya, aku meredah air laut untuk menyelamatkan sandal 'kesayangan' aku. Aku cuak. Park Jimin juga kaget dengan tindakan pantasku.
"Awak! Jangan! Bahayalah!" Park Jimin turut meredah air laut untuk menangkapku yang cuba menangkap sandal milikku.
Pinggangku berjaya dirangkul Park Jimin dan aku berjaya menangkap sandal tersebut.
Jimin menarikku ke daratan.
Badanku direbahkan ke lantai. Nafas Park Jimin tercungap-cungap. Nada menahan marah dan geram.
"Awak ni kenapa hah? Suka sangat bahayakan diri? Dah tak sayang nyawa ke? Dah nak mati sangat? Awak tahu tak, masih ramai lagi yang nak hidup lebih lama. Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Awak sendiri tahukan, apa yang awak buat tadi tu sengaja nak bahayakan diri awak. Awak memang tak boleh faham ke? Dah dua kali awak buat macam ni. Hah?" Terletus jua amarah Park Jimin.
Aku tersentak!
Tak pernah Jimin tinggikan suaranya kepadaku. Apa sebab dia jadi macam ini?
Aku menolak Jimin yang mengunciku dari tadi. Sandal aku sarungkan semula, lalu pergi meninggalkan Jimin yang masih terjelepok di atas pasir. Aku kecewa dengan sikap 'luar biasanya' sebentar tadi.
Kenapa nak melalut sampai ke mati-mati bagai? Kenapa sensetif sangat? Semua orang akan mati. Cuma cepat atau lambat saja. Aku cuma nak selamatkan sandalku. Apa masalah lelaki ini sebenarnya? Benar! Aku kecewa.
"Lara! Shin Lara! Tunggu!"
Aku tak peduli lagi hendak menjawab ataupun mahu memandang lelaki itu. Aku terus melangkah pulang dengan basah kuyup sambil menepuk sisa-sisa pasir yang masih melekat pada baju dan tubuhku. Aku dapat rasakan bahawa Jimin turut membuntutiku. Disepanjang jalan, bibir Park Jimin tak lekang dengan ucapan maaf kepadaku.
Sepanjang malam, aku asyik melayan handphone dan terperap di dalam bilik. Pelawaan ibu dan Nana untuk makan malam aku tolak lembut. Dua kali juga Jimin datang memanggilku untuk makan malam, aku tidak sama sekali hiraukan. Aku terasa 'kenyang' dengan rasa kecewa.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
De TodoKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...