SEOUL. Merupakan bandar perdagangan dua puluh empat jam dan ia juga dikenali sebagai bandar pengguna. Di sana sini orang ramai sibuk membeli-belah. Sama juga seperti di restoran dan bar di Seoul, dan banyak kedai di pasar dibuka sepanjang malam menjadikannya satu persekitaran yang mengasyikkan. Barang-barang berkualiti ditawarkan dalam kuantiti yang banyak. Tak kalah juga dari segi fesyen, Seoul antara bandar yang mementingkan penampilan dan fesyen. Terbukti dengan deretan butik pakaian di jalan-jalan Apgujeong. Jenama-jenama antarabangsa menjadi kebiasaan buat diriku. Ini tak berarti pereka-pereka fesyen di Korea tak hebat. Ada beberapa pereka fesyen yang terbaik yang aku kenal diantaranya Kim Jae Hyun, pembuat pakaian wanita di Jardin de Chouette. Juun J di Boon the Shop pembuat pakaian lelaki terhebat yang aku kira. Penduduk Seoul kebanyakannya cerewet soal fesyen harian mereka. Bagi aku taklah terlalu sulit buat aku mengenakan pakaian dibadan. Cukup sekadar T-shirt bersama skinny jean ataupun skirt pendek. Sudah memadai. Apa? Tak ckup cantikkah begitu? Janji si pemakai selesa sepanjang hari sudahlah. Tak kisahlah berjenama atau tidak, janji dapat menutup tubuh dan itu lebih baik. Tetapi janganlah pula tersalah berfesyen sampaikan dah serupa badut ha. . .
Hari ini aku dipaksa papa untuk ke syarikat. Paling sebal disuruh bawa sekali mamat dagu tajam itu. Papa adalah salah satu informer aku untuk tahu serba sedikit mengenai dunia fesyen. Peneraju Shin Couture Empire membuatkan papa peka terhadap fesyen seseorang. Aku pula disuruh menggantikannya untuk duduk diatas kerusi CEO syarikat itu. Tak mahulah aku. Tanggungjawab yang terlalu berat untuk aku pikul diatas bahu yang hanya seluas sekangkang kera ini. Mahunya terabur habis pekerja-pekerja yang seramai lebih 200 orang itu. Itu belum lagi dikira untuk syarikat di cawangan lain-lainnya. Lagipun aku tak bersedia langsung untuk seharian hanya duduk diatas kerusi beroda yang mudah melentur itu. Aku lebih rela daki bukit atau daki tangga dekat Namsan Tower dari duduk reputkan tulang bontot.
Sepanjang perjalanan menuju ke syarikat, seperti biasa tiada suara terbit dari mulut aku. Sesekali Jimin beramah mesra dengan bercakap topik yang entah apa-apa. Dipujinya bangunan ini lawalah, bangunan itu cantiklah, pokok hiasanlah, orang pejalan kakilah, anjinglah, kucinglah, sampaikan kejalan raya pun nak bercakap. Gegendang telinga hanya terusik dengan suara radio yang aku pasang dengan volume sederhana. Tiba-tiba lagu kesukaan aku keluar di corong radio. Lagu nyanyian Michelle Lee bertajuk Without You. Jemariku menari-nari diatas paha. Kepala juga turut berlentok kecil sambil aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. Tak kalah bibirku yang terkumat-kamit mengikut bait-bait lirik lagu tersebut. Konsentrasiku terjejas bila terdengar lagi suara yang aku menyampah.
"Awak suka eh lagu ni?" Tanya Park Jimin tunjuk sengihan.
Tiada sebarang jawapan. Sedikitpun aku tak peduli mengenai soalan si suami.
"Awak!"
"Awak!" Lengan aku disentuh Jimin dengan lembut.
"Hish, apa?" Aku tersentak lalu menepis dengan kasar.
"Bawak jelah kereta. Cakap banyak pulak kau ni. Bising betullah. Takyah sibuk sangatlah!"
"Uish garangnya! Saya tanya awak suka ke tak aje lagu ni. Itu pun nak marah."
"Hish!" Aku mengangkat tangan tanda hendak memukul lelaki itu. Segera Park Jimin membuat benteng menggunakan tangan kanannya. Aku cepuk jugak kang mamat ni.
"Okay! Okay! Sorry!" Park Jimin kembali fokus pada pemanduannya. Mukanya cemberut tetapi comel. Eh?!
"Weh! Kau stop kejap kat depan tu."
"Nak buat apa? Nanti lambat sampai, papa bising."
"Kau stop ajelah. Kau ni kalau tak bangkang aku memang tak bolehkan?"
"Yelah!" Kereta diparkir di bahu jalan. Jangan lama-lama sudah. Kejap lagi tak pasal-pasal kena 'surat cinta' pula.
"Buka bonet belakang!" Aku turun kereta lantas ke bonet belakang. Bungkusan yang aku ikat dengan getah aku buka. Park Jimin memandangku pelik. Segenggam makanan anjing aku tabur ke lantai. Seekor anak anjing terbiar menerpa kearah Lara.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
DiversosKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...