09

415 37 4
                                    

Park Jimin bangun dari perbaringan dan menhenyakkan punggung ke pinggir katil. Pandangan dilemparkan ke arah tingkap kaca lutsinar. Bebola matanya memandang awan putih, seputih kain cadar dalam bilik itu. Mata diredupkan sedikit dek kerana kornea matanya tidak mampu menampung cahaya yang begitu terang. Dia seperti terbuai dengan keindahan alam semula jadi serta mengukirkan secangkir senyuman. Pintu bilik dikuak secara tiba-tiba. Muncul tiga orang wanita yang amat dikenalinya.

"Ibu! Nana!" Park Jimin seakan kaget dengan kehadiran yang tak pernah diduganya.

"Kenapa tak bagitahu ibu. Kamu ni memang nak kenakan? Suka sangat buat orang risau. Tak sayang ibu dengan adik kamu ke? Kat mana yang tak sakit? Meh ibu cubit biar reti sikit." Sesi membebel Puan Choi Aien bermula. Jimin seperti sedikit geli hati dengan sikap ibunya lalu menguntum senyum.

"Mak su! Kenapa bagitahu ibu? Kan Jimin dah cakap tak payah bagitahu! Jimin okay sajalah." Nada Jimin sedikit kesal terhadap ibu saudaranya kerana sudah memaklumkan kepada ibu dan adiknya.

"Abang ni, memang suka cari nahaskan? Apa? Dah tak sayang kitorang dah ke? Suka buat orang panik. Dah la tak sempat nak packing baju, terus kelam kabut datang Seoul. Dah la baju bawak dua ke tiga helai je." Park Nana mencelah dengan suara halusnya. Ini juga membuatkan Park Jimin meledakkan tawa kecilnya.

"Abang dah okaylah. Nak keluar dah pun ni. Lagipun abang balik, sebab nak bagitahu yang abang nak kahwin!" Jelas Park Jimin tanpa berlengah.

Buntang mata gadis comel itu. Bukan Nana saja yang terkejut dengan penjelasan abangnya, tetapi juga ibu dan doktor Park. Semua ternganga. Nasib sajalah tiada lalat disini, kalau tidak sudah lama tertelan.

"Kahwin?"

"Ye! Kenapa terkejut? Apa, ingat abang tak lakukah? Abang kacak tau. Semua nak dekat abang." Park Jimin berbangga dengan kekacakannya yang tak disangkal lagi.

"Siapa yang dah berkenan dengan anak ibu ni?" Suara wanita lewat 40-an itu kedengaran sangat senang sekali. Rambut keperangan milik Park Jimin dilurut lembut. Hanya senyuman yang menjawab soalan ibunya.

"Dengan siapa pun Jimin nak kahwin, ibu setuju saja. Asalkan anak ibu bahagia." Senyuman diukir dibibir wanita itu.

"Setuju!" Nana menyelit. Doktor Park yang tercegat dikepala katil sambil berpeluk tubuh juga mengukirkan senyuman. Terpancar diwajah masing-masing kegembiraan yang tak dapat diucap dengan kata-kata.

Setelah menjelaskan semua hal yang terjadi kepada ibunya, kini Puan Choi setuju majlis perkahwinan anak tercinta dilangsungkan dalam masa terdekat. Kedua belah pihak juga sudah bersetuju atas ikatan yang akan terjalin nanti. Segala persiapan hampir siap dari tarikh majlis yang masih tersisa beberapa hari lagi. Park Jimin juga memantau segala persiapan setelah keluar dari hospital. Hatinya beberapa kali terdetik, siapa yang akan jadi permaisuri dalam hidupnya?

Hari yang ditunggu telah tiba. Segala persiapan sudah siap, cuma tunggu sahaja dirasmikan oleh pengantin. Dewan di sebuah hotel mewah di ibu kota dihiasi oleh 5000 kuntum bunga mawar merah dan putih yang melambangkan cinta yang akan diabadikan selamanya. Dewan yang serba putih dan krim itu tampak sungguh menarik. Ditambah dengan sebuah chandelier yang amat besar dan berkilauan, menambahkan seri di dalam dewan itu. Para tetamu mula membanjiri dewan dan menunggu saat pengantin disatukan.

"Papa mesti nak balas dendam dengan aku, aku tahu!" Meja solek ditumbuk oleh kedua belah tangan milikku. Aku kini telah menyarungkan sepasang gaun berwarna putih bersama sepasang anting-anting berlian. Gaunku yang tidak berlengan menampakkan dadaku yang sedang berombak dan tsunami. Nafasku naik turun seperti sedang mengepam gas. Aku terpaksa akur dengan keputusan papa, meskipun bukan ini kehendakku. Seorang juru solek professional diupah untuk menconteng wajahku. Hasilnya solekanku tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis untuk menampakkan kulit wajah asliku. Orang kata sedap mata memandang. Alis mataku juga selari dan bulu mataku dilentikkan dengan sempurna. Aku dipadankan dengan solekan pada bibir dengan lip gloss berwarna nude pink. Sempurna. Hatiku sekarang semakin galau, berbanding dengan Park Jimin. Dia seolah-olah berasa akan ditemukan dengan seorang bidadari untuk mendampingi sepanjang hayat hidupnya nanti.

"Cik Lara, it's time now!" Seorang mengurus majlis mendatangiku dan memberi tahu bahawa sudah tiba saatnya. Aku semakin meronta-ronta seperti cacing kepanasan.

"Okay Lara! Rileks! Act macam biasa! Huuu!" Aku cuba menenangkan hati sendiri walaupun aku tak rela. Nak tak nak, kena jugak. Aku tiada pilihan. Sekejap lagi hidupku akan musnah. Hancur berkecai.

Aku kini berada betul-betul dihadapan pintu dewan. Aku cuba bertenang.

"Cik Lara? Are you ready?" Soal pengurus majlis itu lagi. Aku cuba menarik nafas panjang-panjang lalu menghembusnya perlahan-lahan.

"Yes!" Jawabku yakin. Kini pintu dibuka, aku menapak selangkah demi selangkah. Terpapar dihadapanku seorang lelaki berkot serba hitam sedang menantiku di atas pentas bersama seorang paderi. Aku berjalan dengan agak diva dan memegang sejambak bunga mawar hidup menuju ke pentas. Para tetamu leka memandangku. Aku sempat mengerling ada yang sedang tersenyum melihatku. Apa? Tak pernah tengok orang cantikkah? Kini aku telah sampai ditangga pertama. Aku diiring oleh papa. Papa memaut tanganku lalu menghantarku betul-betul berada dihadapan seorang paderi dan bersebelahan lelaki yang tak lama lagi akan rasmi menjadi suamiku. Sebelum papa meninggalkanku, aku sempat menggenggam erat tangan papa, tetapi papa menepisnya perlahan. Tiba-tiba sahaja aku mendengar.

"Kalian kini sah sebagai suami isteri. Boleh bercium!"

Bila masa pulak sah ni, atau aku yang mengelamun sepanjang upacara itu.

Aku dan Jimin memandang antara satu sama lain buat kali pertamanya. Tubuhku cuba dipaut. Aku terpaku, dimana bibir hangat Park Jimin sedang singgah lembut pada bibir munggilku. Aku juga telah disarungkan sebentuk cincin berlian. Park Jimin kini sudah bergelar suamiku. Aku juga kini telah berubah status. Park Jimin tidaklah seteruk dari apa yang aku kira. Dari segi wajahnya, dia pass. Tetapi tak tahulah pula dari segi perangai dia. Aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Majlis aku telah berjalan lancar dan teratur dengan baik sekali. Aku juga sudah berkenalan secara langsung dengan keluarga kecil suamiku. Akan bermulahlah hari-hari yang tak pernah aku impikan selama ini.


Let's make love. . .

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now