Kepalaku terasa berat. Tekakku loya. Badanku terasa sakit-sakit. Uratku tegang. Mata aku celik sambil jari-jemari memicit-micit kepala yang terasa berpusing-pusing. Aku terasa seluruh tubuhku melekat pada selimut fiber. Aku melihat ke dalam selimut itu. Oh Papa! Aku naked! Naked! Siapa buat ni?
Aku melilau mencari kelibat seseorang. Mungkin dia masih di dalam bilikku? Mana dia? Tak ada pun. Dengan peluang itu, aku tunjal bangun lalu terpa ke bilik air. Shower yang aku setkan, mencurahkan air yang suam-suam kuku. Air yang menimpa ubun-ubun, membuatkan aku sedikit lega dan segar. Rasa pusing dan loya sedikit sebanyak sudah reda. Aku berdiri lama dibawah pancuran air, memejam mata serapat-rapatnya lalu menangis semahunya. Aku tak nak semua benda ni. Kenapa Tuhan pilih aku? Apa dosa aku? Hukuman kepada aku kerana telah berbuat jahil di hidupan lepas? Tapi kenapa dosanya aku yang kena tanggung? Aku masih belum boleh terima apa yang papa dah buat dekat aku. Aku iyakan kerana tak mahu menderhakai mereka. Sejahat-jahat aku, tak mungkin nak lukakan hati orang tuaku. Aku terduduk di lantai jubin dan meronta-ronta seperti ingin dilepaskan. Aku mulai menjerit dan jeritanku semakin nyaring yang menyebabkan Jimin berlari naik ke bilik mendapatkanku.
"Lara. . . Awak okay? Lara?" Park Jimin cuba memanggilku sementara dia mulai mengetuk daun pintu kamar mandi. Aku semakin galak meraung.
"Lara. . .Buka pintu ni. Lara! Shin Lara!" Park Jimin memanggil-manggil namaku dengan suara lembutnya. Sedikit pun aku tak mengendahkannya malah semakin nyaring suaraku. Park Jimin tak boleh bersabar lagi, dia terus menolak pibtu bilik air degan kuat. Hai laaa. . . Dapat tayangan free la mamat Korea tu.
Park Jimin mematikan pili air yang membasahi tubuh genitku lalu mendapatkan aku yang sedang terduduk sambil memeluk lutut. Park Jimin terus memelukku dengan erat dalam keadaan aku yang tak beralas. Namun aku tetap meronta-ronta minta dilepaskan.
"Lepaskan aku. . . Lepaskan akulah! Aku benci kau. Lepaskan aku!" Aku seolah dirasuk. Dengan ganas aku meronta-ronta di dalam pelukan Jimin. Tanpa aku sedar, aku telah mencakarnya pada dua tempat. Satu dekat dada kirinya dan yang kedua aku tercakar dia di bahagian rahang pipi sebelah kiri juga. Ganas betul kau Lara. . . Dengan tak berbaju tak beralas langsung, elok sangatlah tu perangai.
Sekian lama aku meraung-raung, Park Jimin berjaya menenangkanku. Aku yang juga sudah keletihan tersandar ke dinding. Park Jimin meleraikan pelukan, lantas bingkas bangun untuk mengambil tuala supaya boleh menyelimuti bahagian tubuhku yang sudah terdedah. Aku ada mengerling ketika Park Jimin membalut tubuhku, masih ada kesan love-bite yang berwarna merah jambu dan sedikit tompok berwarna ungu.
"Awak baring dulu, saya turun bawah ambilkan susu segar untuk awak." Jimin memapah aku naik ke atas katil. Aku ditinggal sendirian di kamar.
Aku mengambil kesempatan itu untuk bangun ke cermin solekan, melihat tubuhku yang asyik terasa lenguh-lenguh dan tak bermaya. Kenapa aku merasa bahagian bawah kelangkangku terasa pedih dan kebas?
Aku turun ke bawah selepas berpakaian kasual. Blaus corak belang melintang dipadankan dengan rips denim. Cardigan hitam aku belit pada pinggang. Sneakers hitam putih bejenama Puma aku sarungkan di kaki. Wah! Swag gitu. . . Shin Lara memang tak boleh nak duduk terperap dekat rumah. Terasa panas bontot.
"Awak nak pergi mana?"
"Kan aku dah cakap jangan sibuk hal aku. Tak penting pun. Lagi satu, kau tak payah nak buat baik dengan aku. Aku sikit pun tak terbukak hati. Dan ingat apa yang pernah aku cakap malam tu, aku tak pernah anggap kau sesiapa pun dalam hidup aku. Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa je tau. Kau tak payah nak seronok sangat ingat aku nakkan kau. Hei. . . Tak lalu aku." Kejam sekali kata-kata yang aku lontarkan kepada lelaki comel yang sedang memegang secawan susu segar itu. Terasa comellah pula Park Jimin semasa memegang gelas itu. Seperti seorang kanak-kanak yang sangat comel memegang botol susu bersama seekor patung beruang. Aigoo. . .
Aku memandu menuju ke pusat bandar. Sebelum masuk ke Coex, aku singgah di sebuah restoran Itali untuk bersarapan pada jam 12.10pm. Aku menikmati sepinggan macaroni cheese bersama jus mangga. Aku selongkar tas tangan kecilku untuk mencari sesuatu yang bole mengikat rambutku yang aku biar lepas. Aku menjumpai pengepit kecil lalu aku sanggul dan kepit dengan ala kadar saja. Bahagian sideburn yang masih terjuntai aku semat di belakang cuping telinga. Dengan itu aku boleh menikmati hidangan yang aku pesan dengan sempurna.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...