11

371 31 17
                                    

Syoknya meniarap sambil membaca dengan kedua-dua belah kaki terangkat ke atas yang aku hayun lembut. Epal merah rangup aku kunyah perlahan. Televisyen terpasang tanpa ditonton. Tenggelam dalam keasyikan The Da Vinci Code, karya Dan Brown lagi. Tak puas membacanya, dah berapa kali aku ulang.

"Cik Lara. . ."

"Ya?" Mata tak berkalih dari halaman yang kubaca.

"Kawan Cik Lara datang. . ."

"Bawa dia ke sini. . ."

"Baik, cik. . ."

Terlalu asyik baru aku tersedar! Siapa kawan aku? Lupa nak tanya Mak Cik Sora, merangkap pembantu rumah yang sudah tujuh tahun berkhidmat dirumah aku. Aku bingkas bangun dan mengintai ke ruang tamu utama. Oh God! Aku kelam-kabut melompat dan berlari naik dengan melangkah dua anak tangga sekali gus!

Nasib baik! Tak mahulah dia tengok aku dalam keadaan begini. Cepat-cepat aku sarungkan jean ke atas combat wear aku, berwarna hijau tentera celoreng-celorong dan sehelai kemeja ungu ke atas singlet tanpa lengan berwarna hijau polos. Aku bermekap nipis, dan menyambur sedikit minyak wangi keluaran Paris Hilton. Aku teliti lagi rambut panjang gaya potongan Im Yoona. Aku sikat dan kubelah di sebelah kiri elok-elok. Okay, siap!

Matanya memerhati aku yang menapak turun perlahan-lahan. Dia berjalan menghampiri kepala tangga, menunggu dan menyambut tanganku.

"How are you, honey?"

"Fine. . . I miss you. . . a lot."

"Me too. . ."

Dia menarik aku lebih rapat. Aku menjingkitkan kaki dan memeluknya. Kemas pelukannya, melepaskan rindu yang terbuku. Aku mendongak melihat wajah kesayangan.

" Kita sembang dekat luarlah, jom."

Tangannya aku tarik tetapi dia menarik aku semula. Di ajak berjalan beriringan.

"Bila final?"

"Tiga bulan lagi. Bila you balik? Kenapa tak cakap?"

"Nak surprisekan you."

Kami sama-sama duduk sambil menjuntaikan kaki ke dalam air terjun buatan. 

"Seronok kat Ireland?" Tanyaku sambil meneliti wajah kacaknya.

"Apa yang seronoknya? You tak ada, nak belajar pun susah. Kalau tak mengenangkan nak lulus dan segera pulang. . . terpaksa jugalah I bertahan."

Senyuman menguntum di bibir, hati berbunga indah.

"Bermakna lulus cemerlang? Pakarlah ni ya?"

Jin mengangguk dengan senyuman yang tak putus.

" I belajar untuk kita, you're my inspiration."

"I'm flattered. . . Sepatutnya you belajar untuk diri you sendiri."

Kerlingan Jin menarik perhatianku.

"What? Why are you looking at me that way?"

"Lara, I nak buat repot." Tegas kedengaran suara Jin.

Aku menegakkan cara dudukku, berdehem sedikit.

"Berkenaan dengan apa tu. . ." Suaraku serius.

"Dua minggu lepas, I buat repot pasal wallet I hilang. . ."

"Oh. . ."

"Minggu lepas, kunci kereta I pula hilang. . ."

"Aha. . ."

"Minggu ni, hati I pula hilang. . ."

Aku mengerutkan kening, kemudian tersenyum sedikit menahan geli hati.

"Rasa-rasa hilang dekat mana tu?"

"Tercicir kut, dekat Hangang River. . ."

"So?"

"So, I nak buat repot. Hati I bukan hilang, tapi dicuri. . ."

Jin dan aku sama-sama menahan gelak. Menggoda betul lakonan Jin.

"Saya nak Shin Lara digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Shin Lara, saya nampak hati saya berada dalam hati Shin Lara. . ."

Ketawa kami bertingkah.

"Shin Lara telah digari hatinya. Hukumannya, a hug and a kiss."

Aku pantas menumbuk dada Jin. Dia tersenyum geli hati melihat air muka aku.

"Over my dead body. Husband I aje bole kiss I."

"I'm your future husband."

"Bakal suami bukan suami. . ."

"Of course la. You milik I. Semua orang pun dah tahu. Family you pun dah tau kan hubungan kita. Hmmm. . . So lambat lagilah nak dapat your first kiss? Bertuahlah I  menjadi orang pertama yang akan mencium you."

"Stop the crap, will you? I don't like to talk about stuff like that. Talking about foods or movies are better."

"Okay, okay, don't get mad. I nak bawa you ke satu tempat."

"Mana?"

"Ikut ajelah. . ."

"Okay, nanti I tukar baju."

"Tak payahlah, jom."

"Berdebar I. Nak ke mana sebenarnya? Macam misteri sangat."

"Adalah. . . jom."

"Wow, Audi R8! Hitam pula tu."

"Hadiah dari daddy I."

"Congrats. . . Tapi bila masuk kereta macam ni, I rasa macam weird pula. Seat hanya untuk berdua. Flat semacam aje."

Jin tersengih.

"I suka macam ni. Boleh duduk rapat-rapat dan cakap bisik-bisik. Macam dalam bilik tidur." Suara gatalnya kembali.

Jariku cepat saja mencubit pahanya. Makin lebar pula sengihannya. Aku terus dibawa pergi dengan berpakaian sangat kasual ini. Kereta diparking ditingkat  dua. Tanganku di genggam erat dan ditarik ke dalam pusat membeli-belah. Kaki mengikut jejak langkah Jin menuju ke sebuah butik mewah. Seorang pelayan wanita yang sedia menunggu dihadapan pintu masuk menghadiahkan kami senyuman yang paling manis. Datang lagi seorang wanita ke arah kami lalu mempersilakan untuk ke bilik persalinan VIP. Aku diminta menyarungkan gaun ala-ala berkemban gitu. Pilihan Jin semua yang menyajikan susuk tubuhku. Aku akur kerana menurutku juga gaun yang sudah terpasang pada badanku sudah tampak sempurna, apatah lagi si pemakainya yang begitu anggun. Orang kata, orang cantik ni pakai apa pun tetap lawa. Walaupun baju yang dipakai itu sudah boleh dijadikan kain lap pinggan.

Let's make love. . .

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now