06

479 39 2
                                    

Lara diajak bersiar-siar bersama Jin. Kereta diparking di tepi jalan,lalu mereka berjalan ke tempat rekreasi orang awam berdekatan Sungai Hangang. Lara berasa begitu nyaman sekali dapat menghirup udara segar dan melupakan hal-hal yang merunsingkan kepalanya. Jin is the best one. Dia faham aku.

"Jimin dah bangun? Macam mana? Dah okay?" Wanita yang kedengaran risau menyapa Jimin yang masih terbaring disofa.

"Okay!" Itu sahaja yang dijawab Park Jimin.

"Mak su, Jimin nak keluar boleh?"

"Tak boleh!" Tegah wanita itu.

"Bolehlah, maksu. Lagipun Jimin dah okay. Jimin nak jalan-jalan kejap sebelum balik Busan. Kali ni je. Last!" Jimin cuba memujuk rayu ibu saudaranya.

"Hey, kalau Jimin sakit lagi macam-mana? Maksu tak boleh nak teman Jimin. Kejap lagi mak su kena pergi kerja." Pujuk rayu Jimin tidak diendahkan.

"Please, kali ni je. Jimin janji kali ini tak jadi apa-apa. Tolonglah mak su. Tak kesian ke dekat Jimin." Remaja itu cuba membuat aksi comel.

"Hurmm, baiklah. Kali ini mak su bagi. Tapi kalau jadi apa-apa lagi, mak su tak teragak-agak tahan Jimin. Pasal semalam pun nasib saja mak su tak tahan Jimin, kalau tak mak su bagitahu ibu kamu." Mak su cuba mengugutnya.

"Baiklah!" Dengan girangnya Park Jimin menjawab.

Seperti yang dirancang, Park Jimin keluar bersiar-siar sekitar Seoul sebelum pulang ke kampung halamannya. Pagi sabtu itu agak sibuk walaupun hari bekerja. Park Jimin menuju ke sebatang jalan untuk menyeberanginya. Menunggu lampu isyarat bertukar merah, mata Jimin ligat memandang bangunan pencajar langit di sekelilingnya. Apabila lampu isyarat bertukar merah, lorong pejalan kaki kini sesak dengan manusia yang ingin melewatinya untuk tuju ke destinasi masing-masing. Park Jimin turut melintas ke seberang jalan. Usai menyeberangi jalan, matanya tertangkap pada seorang lelaki yang sedang sibuk menyelongkar beg bimbitnya sambil kaki melangkah. Dia tidak menyedari bahawa lampu sudah bertukar hijau. Sebuah lori sedang menuju kearahnya.

"Pak cik! Awas! Ada lorilah!"Jerit Jimin segera menangkap tubuh lelaki itu ke tepi jalan. Dengan terkejutnya, Park Jimin dapat merasa degupan jantung lelaki itu dengan kuat. Dia seakan kaku seketika.

"Pak cik okay? Pak cik?" Tubuh lelaki itu digoncang Park Jimin. Segera dia tersedar. Hembusan nafasnya seperti tersekat-sekat.

"Pak cik okay!" Lelaki itu mengukirkan senyuman kepada Jimin. Park Jimin turut menyumbang senyuman manisnya kepada lelaki itu.

"Terima kasih kerana tolong pak cik ya nak. Mari ikut pak cik. Pak cik nak berkenalan dengan kamu." Sekali lagi senyuman diukir dibibir. Park Jimin yang bingung hanya menurut lelaki itu ke sebuah cafe yang terletak berhampiran.

Lelaki yang dikenali sebagai Shin Sang Byun itu memesan secawan White Coffee, manakala Jimin memesan Hot Chocolate Hazelnut. Mereka berbual-bual dan berkenalan antara satu sama lain. Rupanya dunia ini sungguh kecil. Park Jimin adalah anak kepada sahabat baik Shin Sang Byun pada satu ketika dulu. Dia berasa sangat terhutang budi kepada Jimin dan ayahnya. Ayah Jimin dulu telah menjadi sahabat Sang Byun pada ketika susah dan senang. Dia telah merasa lega dapat berjumpa kembali dengan Park Jimin.

"Lara, papa nak jumpa!" laung mummynya dari bawah. Lara yang sedang berdandan untuk keluar berjumpa rakan-rakannya menyahut mengiyakan. Sepasang subang dipasangkan ke cuping telinganya. Shin Lara tampak sungguh anggun. Langkah kaki dihayunkan untuk menemui papanya sebelum keluar bergym bar bersama rakan-rakan.

"Ada apa pa?" Soal gadis itu.

"Duduk dulu, papa nak cakap sikit." Pelawa papa.

"Tak payah duduklah, Lara nak cepat ni. Cakaplah apa dia." Lara bernada tergesa-gesa.

"Duduk! Papa nak cakap." Tegas Shin Sang Byun.

"Apa pa, cakaplah." Lara dipaksa duduk sedangkan dia ingin cepat pergi.

"Papa nak kamu kahwin!" Papa seperti kurang waras. Aku tak sangka papa akan bangkitkan isu yang sangat sensetif itu. Aku terkesima. What the fish! Kahwin? Memang taklah! Lara belum puas nikmati hidup remajanya. Inikan suruh kahwin. Huh!

"No way pa, never. Lagipun Lara tak pernah terfikir pun pasal benda ni. Lara dengan Jin kawan je la. Papa jangan main-main boleh tak." Aku cuba tegah benda ini habis-habisan. Tak mahu aku. Kenapa nak kahwin awal-awal sedangkan hidup remaja aku masih panjang. Come on Lara, kau bukan jenis kahwin awal, dapat anak, duduk rumah jaga makan anak dan suami. Oh no! Not my style.

"Papa tak main-main Lara. Dan siapa kata kamu kena kahwin dengan Jin tu." Tenang suara Papa.

"Habis tu, Lara nak kahwin dengan siapa. Please pa , stop it. Jinkan anak kawan papa." Aku seperti keliru, apa yang papa nak ini sebenarnya.

"Memang budak Jin tu anak kawan Papa, tapi papa tak suka dia. Papa nak kamu kahwin dengan orang lain." Papa buat aku macam orang gila dah.

"No!" Aku tetap dengan keputusanku.

"Apa no-no! Cukup bulan ini, kahwin! Faham! Full stop!" Papa bangun dan meninggalkan aku yang masih tercengang di sofa. Mummy sedikit pun tidak membantu apa-apa, walaupun dia ada disisi papa sebagai saksi perbualan kami dua beranak.

Oh Tuhan, apakah semua ini. Papa cuba melakar masa depanku. Entah dengan siapa? Bagaimana rupanya? Aku sendiri tak tahu. Aku sungguh tidak dapat menerima semua ini.


Sia tahu sis cuma mengeling, apakan daya idea tidak mahu mari.

Let's make love. . .








Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now