"Ermm . . ." Aku mencerlung tajam kearah Park Jimin.
"Kami keluar makan sate ikan bu. Dekat hujung jalan sana tu. Jimin teringin nak makan, sebab tu ajak Lara keluar juga." Jelas Jimin.
"Kenapa malam-malam buta baru nak keluar? Tadi masa awal tak keluar?" Puan Choi Aien bersoal siasat. Aku dahla tengah sarat kenyang ni, kaki lenguh jalan jauh-jauh. Dah kena interview depan pintu rumah pula. Kot ya pun, ajak masuk bincang dalam rumah.
"Entahlah! Tiba-tiba pula terasa lapar, sebab itu keluar juga. Lagipun ramai orang lepak tepi pantai. Tak payah risaulah. Angin waktu malam lagi best." Jelas Jimin lagi. Pandai dia cover aku.
"Yelah! Dah meh masuk. Kang demam pula lama-lama kat luar." Akhirnya ibu pelawa juga masuk.
"Minta maaf bu, kalau dah kejutkan ibu bangun." Aku kini bersuara.
"Eh! Tak adalah. Ibu terjaga sebab nak ke tandas. Lepas itu tengok pintu bilik kamu terbuka, ibu jenguk. Tidak berpenghuni. Sebab itu ibu tunggu. Masuklah tidur. Jimin jangan lupa kunci pintu. Ibu masuk bilik dulu." Sempat ibu berpesan kepada Jimin. Aku turut melangkah memasuki bilik. Sedang aku menguak daun pintu, . . .
NGOHHHHHH! ! !
Tak senonoh betul si alien ni. Sedap sangat tidur dekat lantai itu sampai kuat sekali dengkurnya. Agak biadap. Huh!
Bunyi kokokan ayam tak mampu mengganggu lenanya seorang Shin Lara. Aku terjaga sendiri dek kerana matahari makin memanah muka melalui tingkap bilik. Aku mengeliat puas. Digarunya kulit kepala yang terasa gatal sambil menghayunkan langkah ke luar, lalu aku ke rumah kecil kesayangan keluarga ini.
"Hello! Haru-yah! Good morning! Have a nice day." Aku memanggil anak anjing itu.
Woof! Woof!
Haru senang dengan kehadiranku. Terlompat-lompat kegirangan.
"Hai akak! Dah bangun?" Nana yang muncul tiba-tiba di belakangku. Aku sekadar mengangguk dan memberikan sebaris senyuman. Soalan apakah yang budak ini tanya? Kalau aku belum bangun siapa yang ada di hadapannya sekarang ini? Cinderella? Ke Snow White?
"Nana? Mana family Haru?" Aku menukar topik.
"Kitalah!"
"Tak! Maksud akak, mak dia? Setahu akak, Haru ini jenis baka Sheltie. So, anjing spesis dia ini kan luar negara punya. Macam mana korang boleh bela dia?. Mahal ni!" Aku menyoal penuh minat.
"Kami beㅡ . . ."
"Kitorang jumpa dekat tepi jalan!" Jimin mencantas perjelasan adiknya. Entah datang dari mana tiba-tiba dengan berpeluh. Agak seksi dan seksa aku tengok.
Nana sekadar tersenyum tawar.
"Oh!" Aku juga tercenggang.
"Lajunya kau lari tinggalkan aku kat belakang!" Muncul pula si Tae Hyung. Dari manalah mereka ini sebenarnya?
"Jomlah! Kata nak slam!" Ajak Tae Hyung.
"Jom!"
"Kejap! Korang nak main dekat mana? Nak join!"
"Ada basket ball court dekat sana."
"Kejap! I ganti baju."
"Okay!"
"Alah! Tak payahlah! Kau tu dahlah tak mandi lagi! Tak payah. Duduk rumah ajelah." Tae Hyung menyampuk.
"Asal? Kau takut? Kau takut aku slam dunk kau?"
"Tak ada maknanya. Kau tu katik! Mana sesuai main basket ball.
Biadap!
"Katik? Come onlah . . . Tinggi aku boleh jadi apa saja tahu. Air stewardess, police, model? Nak jadi pembunuh kau pon boleh!"
"Okay! Kita tengok siapa yang cium lantai nanti. Ke cium bola saiz tujuh!?" Tae Hyung mencabar.
"Aku tahulah kau tinggi macam tiang keranjang, but it doesn't mean, aku tak terer. Setakat nak lawan kau kacang tanah je. Tyrone Bogues tu player katik yang tak kalah popular, pernah main di NBA. Tinggi 160 sentimeter aje, dah jadi wakil Hornets selama sepuluh tahun. Kau apa tahu? Main dengan aku pun asyik kalah! Loser!"
"Okay! Jom kita slam!" Tae Hyung mencabar lagi.
Serious sangat! Malulah tu aku cakap dia loser. Aku mencampakkan bola bersaiz tujuh ke lantai, menahan dengan kaki supaya tak tergolek. Cardigan yang sudah aku londehkan dari tubuh, aku ikat kemas di pinggang. Aku kembali mengambil bola dengan kaki ku jungkitkan ke atas. Tae Hyung menepuk tangan tanda menyindir. Park Jimin juga membuka jaket yang dipakainya sewaktu pergi jogging bersama Tae Hyung awal pagi tadi. Disangkutnya di atas kerusi yang tersedia. Mak ai, . . . Sleeveless lagi. Tersembul ketulan otot-otot di lengannya. Siap pakej peluh dan nampak berminyak lagi. Awal-awal nak godam pemikiran aku. Nak psiko akulah tu.
Sekali dua bolehlah jantung bergegar. Tapi kalau selalu sangat, aku tak mahu jantungku retak kelak.
Hati dan jiwaku tetap buat Kim Seok Jin.
"Aku bagi can kau free shot dulu. Tiga kali tanpa sekatan. Nak freestyle ke streetstyle ke, apa saja style semua boleh. No rules. Nak pass bola free dekat aku pon boleh. Oh ya! By the way, kau nak slam dunk aku pon boleh. Tak ada masalah. Tiang ni tiga meter aje, taklah tinggi mana."
"Belagak!"
" Dua mata untuk lontaran dalam lengkungan, tiga mata untuk di luar lengkungan."
"Aku tahulah! See the leglah . . ." Meluatnya aku dengan perangai acah bagus Tae Hyung.
Aku mula melantunkan bola. Berjalan ke dalam garisan lengkungan, mencari kedudukan yang tepat dan selari dengan keranjang. Konsentrasi amat diperlukan pada tika ini. Aku melontarkan tepat masuk ke dalam keranjang.
"Cool! Dua mata!" Tae Hyung membuat pengumuman.
Lontaran kedua dan ketiga juga tepat memasuki keranjang.
Jimin bertepuk tangan. Kini giliran Jimin masuk untuk battle. Aku kini bergelut dengan dua orang lelaki yang tak kalah hebatnya dalam permainan bola keranjang. Jimin menunjukkan skill yang mantap dan berjaya melontar bola masuk ke gawang. Aku juga sedikit terganggu dan hampir hilang fokus dengan lentok badan Park Jimin yang begitu menghairahkan. Aku terleka seketika.
"Lara! Shot!" Tae Hyung pass bola kepadaku. Tetapi malangnya . . .
BUKK!
Bola keranjang bersaiz tujuh itu mengena tepat pada wajahku. Balingan Tae Hyung memang tak dapat disangkal lagi. Terlentang aku di lantai court. Dunia berputar 360° di pandanganku. Pening lalat.
"Lara! Awak okay tak? Lara!?" Jimin memanggil-manggilku. Aku tunjal bangun dan bersandar pada tubuh Jimin. Rasa hangat-hangat pedih di bahagian hidungku. Ada cecair pekat sedang mengalir keluar. Darah!
" Darah wei!" Tae Hyung cuak.
"Tae, kau tolong ambilkan sapu tangan dalam poket jaket aku." Jimin mengarah sambil mengampu aku duduk bersandar di tiang keranjang.
Jimin menyapu lembut darah yang mengalir keluar dari batang hidungku. Tak guna punya Tae Hyung, shot tak dapat, alih-alih muka aku juga kau sapu dengan bola.
Aku sedikit celik. Rasa pedih sudah mulai reda. Tak mahulah terus pulang, nanti ibu dengan Nana bertambah risau. Aku keluar malam bersama Jimin pun ditunggunya sampai kami pulang. Inikan pula aku pulang dalam keadaan yang sedang tercedera. Entah apa pula yang di bebelnya nanti.
"Malang betullah nasib aku bila datang sini. Dah lima kali asyik kena musibah aje. Aku nak balik Seoul." Aku bingkas bangun walaupun masih terhuyung-hayang lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Mujurlah darah sudah berhenti mengalir.
Lara si malang.
Let's make love . . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...