Park Jimin duduk menghadap Kim Tae Hyung yang sedang menjamah bubur ayam sambil membelek-belek telefon bimbitnya setelah Jimin perasakan dengan sedikit garam. Fikirnya sejenak sambil memainkan jari-jemari di meja makan mar-mar bersaiz sepuluh orang makan itu.
"Kau tahu tak Lara suka makan apa?" Jari-jemarinya terhenti sebaik saja soalan diajukan. Pandangan tepat kearah Kim Tae Hyung seraya sepasang kening turut terjungkit."Western!" Ringkas jawapan yang diberikan Kim Tae Hyung. Wajah Park Jimin sikit pon tak dipandang.
Langkah kaki diatur ke ruangan dapur. Peti sejuk dua pintu digeledah oleh Park Jimin. Park Jimin mencangkung dihadapan peti sejuk dan berfikir sesuatu.
"Eh kejap! Tae Hyung! Lara suka makan apa?" Laung Park Jimin dari arah dapur.
"Kan aku dah cakap, dia suka western. Kau pekak ke, tadi aku dah bagitahulah. Apalah muda-muda dah pekak." Omel Kim Tae Hyung sendiri."Tahulah. Tapi dia suka apa? Spagetti ke? Pizza ke? Pasta ke? Apa?"
"Hah! Pasta!"
Kini Park Jimin tercongok di hadapan Tae Hyung.
"Jom."
"Eh! Nak pergi mana pulak? Jogging? Kan dah nak tengah hari ni. Apalah dia ni? Kim Tae Hyung berlingkar seperti ular sawa kekenyangan di hadapan tv selepas menghabiskan semangkuk bubur ayam yang dia sendiri tolak ke tengah meja akibat tak ada rasa katanya.
"Pergi pasaraya." Park Jimin sudah siap dengan dompet di tangan.
"Alah kau ni! Aku tengah letih ni kau ajak pergi jalan pulak!" Kim Tae Hyung mengusap perutnya yang sedikit buncit.
"Letih apanya? Letih makan? Lagipun kita bukan nak pergi jalan, kita naik kereta kau. Okaylah tu! Jimat tenaga sikit." Park Jimin sempat bergurau.
" Pandai cakap! Habis tu, masuk dalam pasaraya nak naik kereta jugak? Tak payah jalan? Banyaklah kau." Kim Tae Hyung cuba mengelak lagi.
"Dalam pasarayakan ada troli, kau naik dalam tu, nanti aku tolong tolakkan. Nak? Sudahlah tu, jom cepat." Park Jimin menarik lengan kanan Tae Hyung. Lelaki sebaya Park Jimin itu terpaksa akur.
"Sayang! Ada apa you nak jumpa I ni?" Sapa Kim Seok Jin sebaik melabuhkan punggung disebelah Shin Lara. Shin Lara yang masih kelihatan kesal cuba menyembunyikan perasaan itu di hadapan buah hatinya. Bibir sedaya upaya menjungkitkan senyuman.
"Nak hug!"
" Haih, takkan nak jumpa I sebab nak hug jer?" Jin kelihatan sedikit bingung dengan kekasihnya. Kadang kala perempuan yang sedang bersamanya sekarang ini agak susah dijangka meskipun perkenalan mereka sudah sekian lama.
" Yes!"
Itu saja jawapannya?
Dengan sukahati Jin menghampar dada bidangnya buat Shin Lara yang dicintai. Kedua-duanya terasa begitu nyaman dan selesa. Shin Lara membenamkan wajahnya dan memeluk erat Jin. Segala yang terjadi pagi tadi lenyap difikirannya bilamana Jin tersayang berasa disisi.
" Jangan pernah berhenti cinta dan nakkan I please?" Shin Lara merayu.
Cecair jernih mulai menimpa wajah berkilatnya. Dari setitik dua, kini hampir basah lencun baju T yang dipakai Jin.
" Sayang! You okay ke? Kenapa ni?" Suara lembut Kim Seok Jin menyapa dan semakin susah untuk aku leraikan pelukanku.
Jin cuba meleraikan pelukan namun makin kuat aku mengcengkam belakang tubuhnya.
"Sayang? You ada masalah apa? Cerita dekat I. Jangan menangis macam ni. Nanti bengkak mata you. Sayang!" Panggilan terakhirnya membuat aku lemah, dan perlahan-lahan aku leraikan pautan ditubuhnya. Mataku yang hampir kemerahan, aku pandang tepat ke wajahnya yang indah.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...