23

366 30 8
                                    


Aku membuntuti Park Jimin dari belakang. Sukaneka yang diadakan terletak tak jauh dari perkarangan rumah Jimin. Mungkin tak sampai dua ratus meter. Sambil berlenggang lenggok, tubuhku disapa angin laut yang mendamaikan sampai ke dalam baju tidurku. Tak sampai lima minit berjalan, kami tiba ditapak aktiviti riadah tersebut.

Ramai warga sekitar menghadirkan diri dan turut mengambil bahagian dalam sukan kecil seperti bina istana pasir, futsal, pertandingan ATV, bola tampar bagi kaum wanita dan macam-macam lagi. Ada sebuah gelanggang futsal di persisiran pantai ini. Sewaktu aku tiba di situ acara sedang berlangsung. Acara bagi kanak-kanak iaitu membawa bola ping-pong menggunakan sudu. Aku sedikit tercuit hati melihat kerenah anak-anak kecil itu. Sungguh bersemangat dan teruja meskipun ada yang kehilangan gigi hadapan dan menyebabkan kesukaran untuk mengepit batang sudu tersebut. Ternyata tak kalah juga dalam acara bina istana pasir. Acara yang disertai oleh tiga ahli kumpulan. Mencabar minda bagiku kerana memerlukan sedikit sebanyak kreativiti. Aku tertangkap satu susuk tubuh yang sedang leka berkubang diatas pasir sambil membentuk menara istana. Siap bersimpuh. Auchhh!


KIM TAE HYUNG!



Aku menghampirinya lalu menyangkung disisinya. Tanganku gatal pula tiba-tiba. Jari ibu dan hantu saling bersilang dan . . . PPAKK!


Runtuh menara yang Tae Hyung bina serta merta. Mengena jentikanku. Terpana Tae Hyung melihat kelakuanku lalu segenggam pasir dilemparkan kearahku. Mujurlah aku sempat mengelak, kalau tidak habis masuk ke dalam bajuku yang paling dalam. Aku menghadiahkan sebaris sengihan kepada sepupu kesayangan.


Tae Hyung kembali membina menara yang dimusnahkan oleh aku bersama Park Nana dan Park Chanyeol. Aku dapat rasakan ada unsur tenaga di sekeliling aku. Tenaga yang bakal berhubung. Tenaga nak cucuk jarum dan tenaga cinta tiga segi bakal berlaku. Puahahahahaha. Pandangan mata Chanyeol dan Tae Hyung seolah-olah sangat galak memandang gadis comel yang sedang asyik membina istana pasir.


Baru aku perasan. Sejak aku sampai disini, kelibat Jimin tak kelihatan. Aku cuba mencari dan ternyata dia juga sedang asyik menggelecek bola di dalam gelanggang futsal. Aku berdiri lalu melangkah ingin menghampirinya, tetapi laluanku disekat dalam kesesakan orang ramai itu. Ada dua orang remaja lelaki telah menghalang laluanku. Salah seorang memandangku semacam lalu tersenyum sinis.


Tangannya lincah mengusap-usap rambutku. Aku menepis. Semakin aku menepis, semakin galak pula tangannya merayap turun kebahuku. Dalam keadaan orang yang ramai, masih sempat mereka mengambil kesempatan. Ditambah pula dengan simbahan cahaya lampu yang terang, masih saja nak menggatal.


Aku bergelut.


Lelaki itu merentap pergelangan tanganku, namun pergelangan tangan lelaki itu turut direntap.


Park Jimin.


"Apa kau buat?" Park Jimin bernada kasar. Jujur. Belum pernah lagi Park Jimin berkasar dan itu pertama kali aku tengok. Tanganku ditarik dan terus berada dalam pelukan Park Jimin. Aku berasa terlindung. Entah sejak bila dia ada dekat situ? Baru saja aku nampak dia ada dalam gelanggang tadi.


"Huh! Kita jumpa lagi nanti bro!" Lelaki itu berpesan dan langsung beredar bersama wajah bengisnya. Park Jimin mengeratkan lagi pelukan semasa lelaki itu melewatiku.


"Awak okay? Dia ada buat apa-apa ke dekat awak?" Panik suara Jimin sebaik pelukan dileraikan dan terus membelek-belek tubuhku. Tiba-tiba pula terasa rimas.


"Aku okaylah! Dahla." Aku tepis tangannya lalu beredar melalui celah-celah orang yang padat disitu. Riuh!



Park Jimin menghantar aku pergi dengan renungannya.




Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now