Majlis berjalan dengan lancar. Para tetamu kebanyakan sudah banyak yang meninggalkan dewan. Hanya tinggal kenalan rapat dan rakan-rakan kongsi papa yang seorang dua aku kenal. Aku didatangi mama yang memakai dress labuh berwarna pink.
"Tahniah sayang!" Ucapan tahniah dari mama yang bagiku tiada ertinya sama sekali. Aku memilih untuk membatu. Mama megucup dahiku lama.
Papa kini mencelah.
"Thanks sayang!" Papa mengusap pipiku lembut. Aku merenung papa lama.
"So ini yang papa nakkan? Lara dah tunaikan hasrat papa. So congrats to you. Dapat paksa anak sendiri kahwin dengan entah siapa tak tahu. You're win! Tahniah!" Aku tinggalkan dewan dan kembali ke bilik solek untuk menanggalkan gaun seberat setan agaknya, tetapi aku dihalang.
"Hai akak! Tahniah! Akak cantiklah! Patutlah abang asyik cakap-cakap saja pasal akak dari tadi. Oh ya, nama saya Nana, Park Nana. Adik abang Jimin." Tangan dihulur berserta sekuntum senyuman yang comel dari adik iparku. Aku menyambut tangan kecilnya dan juga membalas sekumtun senyuman nipis.
"Jimin?" Aku seolah-olah tidak kenal dengan nama itu. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang lelaki dan dua orang wanita.
"Cantik menantu ibu, secantik ibunya. Selamat datang ke dalam keluarga kecil ibu ya. Kamu jangan sesekali segan dengan ibu mahupun dengan yang lain. Ah, ni Park Dara, ibu saudara Jimin dengan Nana. Sekarang dah jadi ibu saudara kamu juga." Lembut tutur bicara wanita yang hampir sebaya mama. Jari-jemarinya yang lembut menyentuh pipiku lalu diusap.
Hari ini aku sudah kenyang dengan pujian orang ramai. Naik mengah aku dibuatnya dengan gaun ketat ini. Kalau boleh aku ingin segera pulang dan melondeh semuanya lalu baring di atas katil dengan enaknya.
Mama dan papa mendapatkanku yang sedang bersama keluarga baruku.
"Jimin! Malam ini pulang ke rumah kami dulu ya. Bawa sekali ibu dan adik kamu." Mama mempelawa Park Jimin.
"Eh, tak payah susah-susah Rae. Kami pulang bersama adik saya saja. Lagipun tak hendaklah saya menggangu pengantin baru ini." Puan Choi Aien cuba buat lawak pulak. Apa? Pengantin baru? Oh gosh! Tak pernah terbayang aku perkara ini akan terjadi.
"Baiklah kalau begitu." Mama sekadar tersenyum.
Aku bersama Jimin menaiki kereta yang dipandu oleh pekerja papa. Seperti biasa, suasana yang sangat kekok, menyampah dan dalam hati sudah ingin meletop. Malam ini sangat melelahkan. Sebaik pintu bilik ditingkat dua dikuak, segera aku merebahkan tubuhku diatas katil empuk. Baru aku perasan, siapa yang menukar cadar kamarku. Warna merah lagi ha. Siap lilin aromaterapi bagai. Sah. Ini mesti kerja Puan Kim Rae.
Jimin menguak perlahan-lahan pintu bilikku. Aku sedikit terkejut.
"Eh, apa kau buat kat bilik aku ni. Dah keluar-keluar."
"Sekarang bilik ni pon dah jadi bilik saya jugak." Selamba Park Jimin menjawab.
"Cakap ikut sedap mulut je kan? Kau ingat kau siapa? Masuk bilik aku. Lagipun bilik kosong banyak la dalam rumah ni. Kau pilih je la. Apa masalahnya."
"Tapi saya nak bilik ni jugak. Oh ya, bilik mandi kat mana ya?"
"Ewah-ewah, sedap-sedap je engkaukan. Dah la masuk bilik aku, nak mandi pun dalam bilik aku. Buat macam kau ni big boss la pulak kan. Tak sedar diri. Dah menumpang tu, buatlah cara menumpang. Eh kau ingat eh, aku tak akan layan kau macam mana seorang isteri terhadap suami dia. Faham. Kau sedar eh, kau cuma suami atas kertas aku je. Tak lebih." Aku galak menyatakan hasrat dihati.
"Pinjam tuala." Laju Jimin melangkah masuk ke dalam bilik mandi lalu mengunci pintu. Percakapanku seperti omongan kosong baginya. Dia malah tersenyum-senyum bila aku mengeluarkan buah bicara. Tak ada perasaan gamaknya.
Lima belas minit kedengaran shower menimpa jubin seramik di dalam kamar mandi. Aku yang kembali berbaring setelah membuat omelan percumaku terlelap ketika Jimin sedang mandi bersama gaun yang masih utuh disarungkan dibadan. Aku mendengar pintu bilik mandi dikuak, aku langsung terjaga dari lena. Sekujur tubuh yang hanya dililitkan tuala putih pada bahagian paras bawah pusat sehingga atas lutut membangkitkan nafsuku. Tubuh yang berotot dan basah? Aku amat berselera menatapnya. Lengan yang sedikit berbenjol aku tatap seketika. Mataku gatal merayap ke bahagian dadanya lalu ke bahagian perutnya. Ketulan dan benjolan ditubuh lelaki yang digelar suamiku itu sangat menarik perhatian dan fikiranku. Mengapa ianya terjadi? Lelaki berotot memiliki wajah baby face. Aku tahu mengapa ianya terjadi kerana kekasihku Kim Seok Jin juga memiliki susuk tubuh yang menawan dan berotot yang selalu menjadi dambaan wanita-wanita. Tetapi Jin tidak memiliki wajah baby face. Dia dikategorikan sebagai 'Flower Boy'. Adakah aku sedang dirasuk? Aku seperti terlalu nakkan tubuh yang sedang berdiri tepat dihadapanku ini.
"Awak?" Jimin cuba menegurku dek kerana aku terlihat seperti sedang berkhayal.
Tatapan mata tetap aku fokuskan pada bahagian pusatnya yang dalam. Tubuhnya berbau wangi walaupun jarak kami sedikit jauh.
Lara in mood?
"Shin Lara!" Tubuhku digoncang lembut oleh tangan montel milik suamiku.
"Kau ni kenapa datang dekat-dekat. Jauhlah sikit. Hishh rimaslah. Dahlah aku nak mandi". Gaun berat itu aku cuba angkat menuju ke depan pintu bilik mandi. Zip bahagian belakang aku cuba capai, tapi gagal.
"Hei, tolong bukakan zip ini." Aku memanggil Jimin untuk membantuku membuka zip gaun pengantin ini. Aku dedahkan belakangku kepadanya.
Jari-jemari Park Jimin meraba zip belakang gaun ini. Aku dapat merasakan nafas turun-naik dan bau tubuhnya dengan lebih kuat. Zip ditarik berhati-hati dan terserlahlah bahagian belakangku. Gaun aku lurutkan dari badan separuh jalan.
"Bak balik tuala." Tangan kanan aku sedang menahan gaun dari jatuh manakala tangan kiriku meminta balik tuala yang sedang dipakai Jimin.
"Oh ya, sekejap!" Jimin membuka selitan tuala pada pinggangnya dan . . .
Malam Lara menjadi indah?
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
De TodoKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...