"Woah!" Satu perkataan yang keluar dari mulut lelaki becok itu menggambarkan sejuta rasa sebaik saja langkah kakinya yang pertama memasuki ruang utama rumah itu. Senyuman serta kekagumannya belum reda lagi.
"Ada kolam bawah rumah? Woah! Terbaiklah! Boleh mandi tak?" Dengan tak semena-mena, jejaka berambut merah itu sekali lagi menunjukkan kekagumannya. Setiap ceruk rumah dibeleknya. Aku pula jadi menyampah dengan perangai kebudak-budakkannya. Tapi dengan perangai gila dia itulah kadangkala membuatkanku terhibur. Aku sekadar menggeleng kepala. Tapi logiklah apa yang dia buat itu, sebab aku pun masa pertama kali masuk kagum habis dengan design rumah ini.
"Dah-dahlah tu, kau ni tak penatkah? Terpa sana, terpa sini. Pot-pet sana, pot-pet sini. Hish! Geram pulaklah aku! Kau ni pakai bateri ape eh?" Ujarku sambil melabuhkan punggung di sofa empuk.
"Woah! Kau ni cantik jugak eh. Laki kau pun. . . Okaylah! Bolehlah tahan. Tapi handsome aku lagi kot?" Pujinya sambil membelek-belek frame gambar yang terpamer elok di atas rak berkaca.
"Diamlah kau. Tak pernah-pernah puji aku cantik selama ni, apasal hari ini puji pula? Buang tabiat?" Bidasku. Macam aku bercakap dengan kayu pula. Dahlah badan pun ada iras-iras batang kayu. Makin tekun pula dia meamati gambar-gambar perkahwinan aku. Aku tahu, di benak hatinya tertanya-tanya mengapa lelaki yang berdiri disebelahku itu bukan Jin. Malah Jimin?
"Yang ni pun lawa juga. Ha, ni lagi elok. Tapi kalau kau posing sikit letak tangan atas bahu Jimin mesti perfect gambar ni. Tapi sejujurnya, kalau aku yang berdiri tepi kau ni lagi superb."
"KIM TAE HYUNG!"
PAPP!
Tepat kusyen kecil singgah ke kepalanya. Biar sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung itu bercantum kembali. Mujur saja aku baling dengan kusyen. Kalau diikutkan hati, nak je tapakkan kaki ke muka mat saleh celup dia itu. Biar berbirat. Baru reti bahasa.
"Adoi, sakitlah. Main passing bantal pula. Nasib baik aku handsome dan baik hati."
Eeewww, macam tak ada kena-mengena aje?
"Itu dinamakan masuk bakul, angkat sendiri. Tak senonoh." Aku menghadiahkan jelingan kepadanya.
" Bukan perasan, tapi kenyataan. Aku nak tanya ni, kenapa kau boleh kahwin dengan Park Jimin, bukannya Kim Seok Jin?"
Pandai ubah topik!
Aku mula mengelat mencuka. Terasa malas dan tak sudi saja mahu ceritakan pasal hal ini. Tetapi tak mahulah hampakan sepupu kesayangan. Dengan aman dan tenteramnya aku mula menceritakan satu persatu nasib malang yang sudah menimpa diriku. Terasa sedikit lapang apabila dapat meluahkan isi hati yang terpendam setelah sekian lama. Selama dua minggu aku berstatus isteri orang, dan dua minggu jugalah aku tak sedikit pun menganggap Jimin sebagai suami. Jujur aku katakan, aku benar-benar tak boleh terima dia dalam hidup aku. Hal itu jelas aku katakan kepada Jimin. Tetapi dia tetap tak kisah dan terima aku seadanya. Tak tahulah apa motifnya yang sebenar. Apa yang dia nak dari aku pun tak tahu?
Sepanjang aku bercerita kapada Tae Hyung, Jimin pula sibuk berperang di dapur bersama periuk belanga. Sesekali bau bawang yang ditumis bersama cili padi menucuk hidungku. Perut juga berdendang sesekali akibat belum diisi.
"Weh, kau dengan dia dah. . . belum?"
PAKK!
Kali ini direct kena buku lima aku singgah tepat di kepalanya.
"Tch! Apa kau ni? Sakitlah! Kau ingat kepala aku ni pintu? Main ketuk-ketuk? Rosak la muka kacak aku ni."
Okay! Sekali lagi tak ada kena-mengena.
"Korang, jom makan. Bibimbap dengan sup kimchi dan siap." Muncul Jimin tak semena-mena dari ceruk dapur.
"Assa!" Terpa Tae Hyung ke meja makan sebaik dipelawa oleh Jimin.
Kim Tae Hyung melantak. Kalau bab makan laju aje dia.
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...