"Apa yang aku harus buat ni?" Otak aku seperti susah nak berfungsi. Seperti ada sebiji batu yang menyekat. Aku buntu!
"Jimin?"
"Jimin?" Aku gerak-gerakkan tubuhnya.
Kaku!
Aku panik.
Mukaku mulai panas. Tanganku mulai bergetar-getar. Peluh membasahi wajah.
Aku cuba memanggilnya lagi, dan terus memanggil. Dengan lebih keras aku menunjal tubuh panasnya.
Dia bersuara kecil seperti sedang merengek. Wajahnya berkerut dan kembali tenang. Bibirnya kering dan pucat. Meskipun begitu, wajahnya tetap manis untuk dipandang.
Aku berfikir sejenak.
Aku teringatkan mama. Dia sering meletakkan kain lembap di atas kepalaku ketika aku sakit sewaktu kecil dulu. Mungkin aku boleh lakukan benda yang sama kepada Jimin sekarang ini? Okay! Aku akan cuba.
Pantas langkahku atur turun kembali ke dapur dan menyelongkar kabinet dapur mencari bekas untukku isi dengan air. Aku langsung naik mendapatkan Jimin. Aku membuka almari bajunya, ingin mencari sehelai tuala kecil, tetapi tiada. Leceh betul. Terpaksa aku mengambilnya di dalam bilikku.
Tuala kecil aku rendamkan di dalam air dan memerahnya sebelum aku lipat kepada dua bahagian dan aku letakkan pada dahi lelaki itu. Aku berlalu pergi meninggalkan Jimin.
"Patutlah tak bermaya semalam, nak demam rupanya. Lemah betul mamat tu, kena angin luar sikit pon dah tak tahan. Lembik!". Aku mengomel sambil langkahku turun ke ruang tamu bawah. Aku menekan punat di alat kawalan jauh. Tidak sampai setengah jam aku menonton tv, perut aku berkeroncong. Lapar sangat ni.
Aku naik bersiap dan pergi mencari sesuatu untuk mengisi perut. Teringatkan Jimin, aku terasa ingin memasaknya bubur. Tapi aku tak reti. Tak mengapa. Lara seorang yang tak mudah putus asa.
Aku mengunjungi sebuah hypermarket yang berdekatan. Misi mencari bahan-bahan untuk membuat bubur. Aku mengambil sebuah resipi di sebuah blog memasak yang agak terkenal untuk dijadikan rujukan. Selesai membuat pembayaran, aku terus pulang.
Mulalah sesi berperang seorang Lara dengan periuk belanga di dapur. Hal ini adalah pertama kali buat seumur hidupku masakkan untuk seseorang. Seseorang yang aku benci pula tu. Tetapi aku hairan, mengapa aku ingin melakukan ini dengan rela hati? Mengapa aku rasa seperti ingin benar menjaganya ketika keadaan dia sebegitu rupa? Pelik!
Sejam lebih rasanya seorang Lara berperang di dapur demi semangkuk bubur ayam. Aku cuba mencuit sedikit bubur yang masih panas itu lalu aku meniupnya sebelum aku hantarnya ke dalam mulut.
"Mmmm! Sedap." Itu ungkapan pertama yang keluar dari mulutku setelah mencuba masakanku sendiri. Bau daun bawang yang sungguh menggamit seleraku. Aku segera hidangkan ke dalam mangkuk. Daun bawang yang masih tersisa aku potong halus dan taburkan sedikit di atas bubur sebagai hiasan. Aku juga bancuh segelas susu suam untuk dihidangkan bersama.
Pintu bilik Jimin dikuak. Aku melihat tubuhnya berubah posisi. Dia mengiring ke kanan. Tuala kecil diatas kepalanya juga jatuh. Aku membawa dulang berisi semangkuk bubur dan susu suam lalu meletakkan di atas meja sudut di kepala katilnya. Tangan kananku ingin mencapai tuala kecil itu. Tiba-tiba lenganku ditarik dan aku terduduk di samping Park Jimin.
"Sejuk!" Park Jimin merengek kesejukan dengan wajahnya berkerut. Lenganku yang ditarik Jimin, dipeluk dengan erat. Aku sudah seperti memeluk tubuhnya. Aku terkaku disampingnya. Aku cuba menarik lenganku tetapi gagal. Aku mulai merasa janggal. Rasa yang something!
"Macam mana nak buat ni? Tak sampai hati pula nak kejutkan dia. Dah la pegang tangan aku kuat pula tu." Aku bermonolog di dalam hati.
Aku mulai pasrah dan tertidur di sampingnya.
Jimin membuka matanya perlahan-lahan. Dalam keadaan yang lemah, dia berpusing ke belakang. Jimin terkejut jari-jemarinya sedang berpaut erat dengan jariku. Malah dia juga terkejut bahawa aku juga berada di sampingnya. Bibir pucatnya tersenyum riang. Entah apa perasaannya yang mungkin tak dapat digambarkan oleh orang lain ketika ini. Jimin mencapai sesuatu didalam laci meja sudut katilnya. Aku terjaga akibat satu sinaran yang kena tepat pada mukaku.
Jimin tersenyum-senyum di depan mukaku. Tak ada kerja sangat dah? Aku merentap tangan ku dari genggamannya. Dia tersentak sebentar namun kembali tersenyum.
"Apahal kau tengok-tengok aku macam tu? Tak pernah tengok orang?"
"Awak cantik!" Park Jimin tersenyum.
"Dah! Stop it! Makan ni. Aku buatkan kau bubur ayam." Aku mengambil dari atas dulang itu.
"Awak masak ni untuk saya?" Suara Park Jimin teruja.
"Mmmm. Nah!" Aku suakan semangkuk bubur kepadanya.
"Hmm, boleh awak suapkan?" Perlahan suara Park Jimin meminta perhatian.
"Mengada kau kan. Nak bersuap-suap bagai. Tangan ada makan sendirilah." Aku malas melayan.
"Please!" Park Jimin menunjukkan matanya yang berkaca dan bersinar. Saja nak menggoda aku.
"Yelah! Yelah! Orang lelaki ni kalau dah sakit memang mengadanya lain macam kan?" Aku mengecilkan mata dan mula memberi Jimin suapan pertama. Park Jimin tersenyum senang.
"Kalau macam nilah, saya nak sakit hari-harilah. Boleh awak suapkan saya makan hari-hari." Tak lekang senyuman Jimin dari bibirnya.
"Tak payah nak mengada sangat. Nak sakit hari-hari. Aku buat ni pun sebab kesian je. Kang kebulur pulak sorang-sorang dalam bilik ni. Bila kau sakit macam ni, kau dah cukup menyusahkan hidup aku, kau tau tak."
"Tapi saya memang sakit hari-hari pun." Wajah Park Jimin mulai berubah.
"Dah! Tak payah nak macam-macam. Kau ingat aku tak ada kerja lain dah nak suapkan kau aje? Banyak benda lagi aku nak buat dari care pasal kau je?"
Setelah Jimin menerima beberapa suapan dari Lara, kepalanya mulai terasa sakit dan loya. Park Jimin bergegas ke bilik mandi dan memuntahkan isi perutnya yang baru sahaja diisi.
Aku cukup terkejut dengan tindakannya. Aku sangat terasa hati. Sanggup dia muntah balik apa yang aku dah suap dan masakkan untuk dia. Hatiku berkecai. Aku seperti menerima satu penghinaan. Hal ini berlaku di depan mata aku sendiri. Susah-susah aku berperang sorang-sorang dekat dapur, masakkan makanan yang terbaik untuk dia. Aku korbankan masa aku. Aku sangat kecewa. Kecewa dengan kau, Park Jimin.
"Sanggup kau muntahkan balik, makanan yang aku dah buat khas untuk kau. Kenapa kau buat macam ni? Kalau tak sedap sekali pon kenapa buat depan muka aku. Kau langsung tak hargai aku. Aku buat semua ni untuk kau. Kalau kau tak sudi nak makan sekali pon, tak perlu buat sampai macam ni. Aku kecewa sangat. Kau dah hancurkan hati aku. Kenapa kau suka sangat buat aku tambah benci dengan kau hah? Aku dah cuba nak terima kau. Kau dah hancurkan semuanya. Aku benci kau!" Teresak aku menangis lalu meninggalkan bilik itu namun aku dihalang oleh Park Jimin.
"Tak awak. Bukan macam tu. Saya sa-" Jimin cuba nak jelaskan dengan keadaannya yang lemah dan nafas yang tercunggap-cungap. Namun sedikitpun tak dihiraukan Lara.
"Lepaskan aku! Aku B-E-N-C-I K-A-U!" Aku menarik dengan sekuat hati tanganku yang masih dalam genggaman tangan Jimin. Aku menolaknya dengan sekuat hati.
Gedebuk!
Jimin jatuh terduduk akibat tolakanku yang agak keras itu. Dia hanya mampu melihat susuk tubuhku yang berlalu pergi dengan hentaman daun pintu biliknya.
Wajah Jimin semakin pucat. Tubuhnya semakin lemah. Matanya juga tak lagi mampu bertahan lama. Bukk! Dia jatuh pengsan dilantai biliknya.
Let's Make Love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...