03

633 43 0
                                    

Lara menuruni anak tangga dengan cermat setelah usai mandi. Dapur tempat yang dituju. Perut manja sudah meminta untuk diisi.

Kosong! Meja makan sudah rapi dikemas. Berat sekali keluhan Lara. Dia menapak ke peti sejuk lalu membukanya. Isi perut peti sejuk diraba. Manalah tahu ada lagi sisa makanan yang ditinggalkan buatnya. Anak mata tertangkap pada satu bekas makanan berwarna hijau yang ditutup rapat di tingkat tiga peti sejuk itu. Tangan galak mencapai bekas itu.

Lara mengintip disebalik penutup makanan itu. YASS! Pasta!

Lara mengetik screen LED pada dapur gas itu lalu meletakkan pan diatasnya. Pasta bersama sos carbonara itu dipanaskan. Taburan keju yang telah disagat memenuhi ruang pan tersebut. Makanan instant sajalah yang membuatkan Lara masuk kedapur. Itu saja yang aku tahu buat. Instant! 1! 2! 3! Siap.

Pasta yang siap dipanaskan segera aku masukkan ke dalam pinggan seramik berwarna putih susu. Pasta yang sedia untuk aku lancarkan kedalam mulut bertekstur cream cheezy itu membuatkan aku tak sanggup makan. Rasa seperti ingin ku simpan dalam almari hiasan saja. Dek kerana perutku minta diisi aku membuat cedokan pertama. Keju yang melimpah dan bergetah membangkitkan seleraku. Satu rumah bau pasta berkeju. Selesai makan aku bercadang untuk berjumpa Jin, kekasih hatiku.

Perjumpaan dibuat di sebuah restoran mewah terletak di tengah bandar Seoul. Konsep mewah serta elegen itu membuatkan restoran ini tampak ekskelusif. Kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan elit. Berpakaian sut lengkap serta kemas. Barangkali untuk membincangkan hal-hal korporat sambil berhi-tea mungkin.

Almaklum sajalah, si cinta hati aku ini anak seorang koporat terkemuka di Seoul.

Sepanjang hi-tea aku hanya mendiamkan diri. Mungkin tiada apa yang penting untuk dibincangkan.

"Sayang, you kenapa diam je? How semalam? You enjoyed?" Jin beramah mesra alam denganku sambil menguntum senyuman yang paling mekar.

"Erm, okaylah! Nice party! Tapi I peninglah semalam. Tak sempat nak tunggu party habis. Spoil la sikit." Aku sedikit cemberut selepas teringat apa yang terjadi semalam.

"Sayang, mahunya you tak pening, you minum banyak tau semalam. Sampaikan I pun you tak kenal. Apalah you ni." Jin pula bernada kesal.

"Alah, sorrylah sayang. I teruja sangat tau semalam. Lagipun I stress, sebab itulah I nak have fun. Party semalam memang best. Tapiㅡ " Sengaja aku tarik panjang disitu.

"Tapi apa?" Jin kelihatan cuak.

"Masa I bangun tido pagi tadi, mummy I cakap zip baju belakang I terbuka. Kenapa eh? You yang hantar I balik semalam kan? Kejap! Youㅡ," Aku syak dan teringat sesuatu.

Dum! Dumm! Dumm!

Bunyi muzik yang rancak seperti ingin pecah gegendang telinga aku sebaik saja aku menuruni Audi R8 milik Jin.

Aku menggayakan dress singkat paras lutut berwarna merah darah dan dipadankan dengan sepatu tinggi berukuran enam inci berwarna silver berkilauan. Aku bermake-up yang tidak keterlaluan kerana ingin mengekalkan anggun dan natural. Hanya gincuku yang sama persis warnanya dengan bajuku. Aku seperti ingin menghadiri anugerah Oscar pula. Diva gitu!

Majlis yang aku hadiri adalah majlis ulang tahun anak sahabat Papa. Sepupu Jin tersayang, Kim Namjoon. Sungguh meriah dan ghairah. Ada tarian dan nyanyian. Dari ruang depan sehingga ke laman belakang, penuh pasangan dengan aksi yang meloyakan tekak. Sampaikan kedalam swimming pool pun ada yang terkinja-kinja dengan pasangan masing-masing bersama arak. Aku sedikit pun tidak hairan walaupun sesekali aku terfikir bahawa perkara yang mereka lakukan itu terlalu keterlaluan. Not my own business. Lantaklah dorang nak jadi ape pun.

Jin seperti menghilang setelah aku memberitahunya bahawa aku ingin ke tandas. Aku terpandang ke bufet yang disediakan lalu aku mengambil beberapa makanan ringan untuk mengisi perut. Aku menapak ke sebuah meja kecil di pinggir kolam renang tersebut. Semasa aku sedang menjamah, Jin muncul dihadapanku. Dia membawa bersama dua gelas jus oren. Salah satu gelas berisi jus tersebut dihulurkan kepadaku. Aku memandangnya ragu.

Jin hanya mengangkat kening kehairanan. Aku memandangnya dengan tajam sambil mengunyah makanan dengan perlahan-lahan.

"You tak ada letak ubat kan dalam air ni?" Aku meraguinya.

"Apa yang you merepek ni sayang? Takkanlah I nak buat macam tu dekat you. Kalau you tak percaya sangat, Ok fine! Tengok I minum!" Jin membuktikan kata-katanya.

Betul! Dia tak ada letakkan ubat dalam minuman tu. Dua-dua gelas habis dia minum. Aku sengaja mengujinya, walaupun aku mengetahui bahawa dia takkan ambil kesempatan keatas diriku melainkan kerelaanku sendiri.

"Tak apelah! I tak nak jus. You ambilkan I wain please. I nak champagne." Aku hanya mengukirkan senyuman menggoda buat kekasihku.

"All right!" Jin hanya menurut.

Hidupku terlalu sosial. Mummy dengan Papa tak pernah melarang aku untuk buat apa. Tetapi perjanjian aku yang satu dengan orang tuaku takkan aku langgar. Jangan mencalarkan imej Papa dan mummy. Itu janjiku.

Sekali aku teguk minuman keras itu, aku seperti berada di syurga dunia yang tak mungkin kekal lama. Tiada yang dapat mengacauku. Kali ini aku meminta Jin untuk mengambil segelas wain merah pula. Tekakku cuba untuk menerima flavour yang lain pula.

"Sayang! Dahlah tu minum. You dah minum banyak sangat ni." Jin cuba melarangku, tetapi itu bukan kemahuanku. Aku belum puas 'enjoy' lagi.

Aku seperti sudah pening lalat. Pandanganku merewang. Tekakku loya. Badanku terasa amat berat. Kepalaku seperti sedang menanggung sepuluh kilo batu bata. Kepalaku singgah didada bidang Kim Seok jin. Tali dressku seperti terjatuh ke lengan.

Kim Seok Jin seperti amat tergoda dengan tubuhku. Aku sudah berada didalam pelukan lelaki berusia dua puluh lima tahun itu. Tali dressku ingin dia betulkan. Mata tiba-tiba tertangkap pada zip belakang dressku. Tangan kirinya cuba menodai zip terbabit. Zip berjaya dibuka separuh jalan.

Badanku seperti tidak selesa lalu aku bergerak sedikit. Jin tersentap. Dia tidak menyadari apa yang sudah dilakukannya. Seperti ada suara jahat yang berbisik ke telinganya. Jin kembali menarik zipku keatas. Belum sempat ditarik habis zip bajuku

Uwerkkkkkk! Uhuk! Uhuk!

Aku memuntahkan isi perutku dengan tidak sengaja. Habis cardigan yang dipakai Jin terkena muntahku. Dek kerana tidak mahu aku tercalit juga dengan muntahku sendiri, Jin menyandarkan aku di meja kecil itu sementara dia membuka cardigan berwarna hitam itu.

Jin memapah aku masuk kedalam keretanya. Kami meninggalkan majlis yang belum tamat itu. Kesal rasa hati ini.

Dia menghantarku pulang dan mengendongku masuk ke kamar beraduku. Dahiku dikucup hangat sebelum meninggalkan aku sendiri. Lenaku sampai ke pagi.


Let's make love. . .

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now