" Dah malam ni. Kau tak nak balik ke? Takkan nak berkampung dekat rumah aku pula?" Ujarku sebaik saja jam di dinding ku pandang sekilas. Sudah hampir jam dua belas setengah pagi. Ya! Sebenarnya aku juga tak mahu dia balik. Macam nak aje dia tinggal kat rumah ini selamanya. Ada juga teman aku bergurau senda. Kalau tak asyik menjeling aje aku dengan Jimin sampai naik juling dah.
"Ermmm,. . ."
"Awak bermalam kat sini ajelah. Lagipun tadi cakap baru sampaikan. Rehat la dulu kat sini. Saya tak kisah." Jimin membuahkan senyuman. Senang hati jika dapat tumpangkan Tae Hyung.
Sebaldi sengihan Tae. Aku rasa, dia memang nak berkampung kat sini. Sebab tak ada nampak tanda-tanda nak balik pun tadi.
Apa?
"Hei, sini kejap." Aku mencuit lengan Jimin, lantas bangun menuju ke dapur dengan dibuntuti Jimin meninggalkan Tae yang sibuk mengunyah bertih jagung di ruang tamu.
"Ada apa?" Jimin menjungkitkan kening tanda tanya.
"Yang kau pelawa dia bermalam kat sini kenapa? Nanti kantoilah yang kita ni. . . tak tinggal sebilik." Terasa bengang pula. Mana taknya, buat keputusan tanpa berbincang dahulu. Aku pantang betullah.
" Tak apalah. Lagipun kesiankan dia. Jauh-jauh datang. Bagi ajelah dia berehat kat sini. Pasal benda tu awak takyah risau, saya dah bagitahu Tae Hyung dah pasal benda ni." Jimin akhiri dengan senyuman kepadaku yang sedang mencuka di depannya.
"Bila masa pula kau bagitau?"
" Masa awak pack barang kat atas tadi."
"Oh!, Ermm, esok macam mana? Jadi pergi ke tak?"
"Jadi!"
"Pergi mana? Nak ikut!" Tae muncul tiba-tiba dari ruang tamu lalu ke peti sejuk mengambil segelas air masak sejuk. Mamat ni memang tak tahu malu.
"Busan." Jelas Jimin.
"Wah! Lama aku tak pergi Busan. Rasanya last aku pergi masa tu umur. . . sebelas tahun rasanya. Kan Lara? Time tu hari last kan, sebelum family kita pindah ke Seoul? Aku ingat lagi kau nangis sebab tunggu budak pelantar ikan tu tak datang-datang. Betul tak?" Panjang lebar Tae mengimbau masa lalu aku. Siap bahan aku pula. Perut lembut Tae aku pulas 360°. Mengerang budak mulut celupar itu.
"Sakitlah! Adoi! Tangan kau memang berbisa kan? Pedih kalau kena. Tapak tangan kau tu kalau kena berbirat. Silap hari bulan kau mengamuk, boleh masuk hospital.
"Padan muka!" Aku menjelirkan lidah lalu beredar naik ke bilik meninggalkan Jimin dan Tae Hyung yang mengusap-usap perutnya yang kempis akibat sengatan dari Shin Lara.
Tercenggang Park Jimin. Mungkin tak pernah lihat aku buat begitu kepada sesiapa lagi. Eh! Dia tau la. Kan aku pernah cakar dia. Berbirat juga.
Park Jimin dan Kim Tae Hyung mudah mesra. Terasa seperti mereka sudah kenal lama. Bersembang, bergurau senda seperti rakan karib pula.
Malam itu mereka berdua bersembang sambil layan movie sampai tertidor di hadapan TV.
Keesokannya, kami bertolak ke Busan. Sepanjang perjalanan, Kim Tae Hyung memilih untuk membebel dan melalak sehingga sampai ke destinasi. Kenapalah dia mesti ikut? Kerana aku boleh campak dia dalam laut. Biar ditelan dek ikan paus. 'Percutian' yang menyeronokkan.
Setelah hampir lima jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke sebuah perkampungan nelayan. Apa yang aku sangkakan ialah rumah yang terapung di atas air yang dipenuhi lumut dan lumpur. Kotor dan berbau hanyir. Namun sangkaan aku meleset dan sama sekali tak tepat. Keadaan kampung yang damai serta udara segar dan bebas pencemaran dan kesibukan warga kota. Tenang. Permandangan yang begitu cantik yang berlatar belakangkan kapal-kapal perlabuhan yang besar.
Busan yang aku tahu adalah kota pelabuhan dan metropolitan yang terletak di tenggara Korea Selatan. Dengan kepadatan penduduk seramai empat juta orang, Busan adalah kota kedua terbesar selepas Seoul dan salah satu dari tiga pelabuhan tersibuk di dunia. Busan terletak di muara sungai Nakdong, yang mengalir sepanjang 700km dari pendalaman semenanjung Korea. Busan dikelilingi oleh lautan di tiga sisi sehingga di persisir kota ini terkenal sebagai tempat perlancongan. Pantai yang terkenal di Busan antara lain ialah pantai Haeundae, pantai Gwang-anli dan pantai Dadaepo.
Aku mahu mengajak Jimin pergi ke semua pantai ini. Busan sebenarnya tak kalah sibuknya seperti Seoul. Tapi apa yang aku mulai jatuh cinta pada Busan adalah suasana kampung unik ini. Perkampungan Gamcheon. Sangat unik dan berwarna-warni. Rumah Jimin berada dikawasan tanah rata dan berhampiran kampung Gamchon yang berbukit dan bertingkat-tingkat. Jenuh mahu memanjat dan mendaki kelak. Aku berjalan-jalan berhampiran kawasan perkampungan itu lalu tertangkap bauan yang sangat harum. Mata cepat mencari dari mana datangnya bau yang menyelerakan itu. Ternyata bau snek ayam yang dijual dekat dengan pintu masuk perkampungan Gamcheon. Aku mahu membelinya, tetapi Tae Hyung lebih laju dari aku. Tak sampai seminit dia sudah terpacak di hadapan pintu masuk bersama beberapa bungkus snek ayam itu. Gelojoh!
Sekembalinya aku ke kereta, kelibat seorang gadis comel sedang berborak dengan Park Jimin. Aku yakin itu Park Nana, adiknya. Ternyata ia. Aku berjalan beriringan dengan V yang sarat dengan snek ayam di dalam mulut.
"Hai kak. Lama tak jumpa. Tak sangka akak nak juga datang ke kampung kami ini." Segaris senyuman dilemparkan kepadaku menandakan dia amat mengalukan kedatangan aku dan bola matanya sibuk merenung wajah Kim Tae Hyung.
"Hai!" Sepatah aku jawab. Lama tak jumpa? Baru seminggu lebih kot. Takkan lama sangat? And nak datang kampung korang? Aku terpaksalah budak. Kalau bukan papa yang paksa, tak hendaklah aku pijak tempat ini. Aku juga melemparkan segaris senyuman nipis kepada gadis itu. Oh ya, aku perasan ada orang macam kerang busuk tersengih-sengih di belakang tubuh kecil Nana.
"Ermm, siapa ni?" Aku menuding jari ke arah lelaki bertubuh tinggi persis galah itu. Tetapi kacak dengan lesung pipit di pipi montelnya.
"Park Chanyeol!" Huluran tangan kanan ingin berjabat tangan denganku sambut. Chanyeol memperkenalkan diri sendiri. Lain macam aje aku tengok mamat ni.
"Abang yang nombor berapa?" Pandangan aku alihkan kepada Nana yang bermata bulat.
"Eh, taklah akak. Ini jiran kami. Dia tinggal dekat sebelah rumah kami aje. Kebetulan saja, nama keluarga kami sama."
"Oh! okay!" Terasa hambar pula perkenalan singkat ini.
Nom! Nom! Nom! Makhluk asing itu masih mengunyah.
"Ya Tuhan! Buat malu aku betullah" Detik hatiku. Laju saja aku pelangkung kepala Tae. Dengan bungkusan snek kiri kanan. Aduh!
"Yaa! Sakitlah. Nasib baik tak tercekik. Kalau tak mati aku kat sini." Tersembur-sembur snek keluar dari mulutnya.
Park Nana geli hati dengan kelakuan Kim Tae Hyung. Jangan sampai tangkap cintan sudah. Buruk padahnya dik, . . . . Puahahhahahhahhhhahha
Puas akak gelak.
Let's Make Love . . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
De TodoKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...