Usai makan malam, Park Jimin meminta izin kepada ibu saudaranya untuk bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah yang besar di Seoul. Setelah mendapat izin, Park Jimin bergegas keluar dari salah sebuah restoran di dalam mall itu. Dia tidak mahu ditemani atas alasan lebih suka berjalan sendirian. Ibu saudaranya kelihatan sedikit risau dan berpesan agar menelefonnya jika berlaku apa-apa. Park Jimin hanya mengangguk faham lantas meninggalkan tempat itu.
Senang hati lelaki comel itu apabila dapat mencuci mata melihat barang-barang dari pakaian hingga ke barang perhiasan diri. Tiba-tiba dia menghentikan langkah tepat di hadapan sebuah kedai aksesori wanita. Otaknya tiba-tiba teringatkan ibu dan adiknya di kampung halaman. Langkah kaki diatur masuk ke dalam kedai serba merah jambu itu. Terdapat dua tiga orang pelanggan di dalam kedai itu. Park Jimin membelek-belek barang kegilaan wanita seperti headband, reben, cekak rambut yang bermacam-macam bentuk dan warna. Sungguh cantik dan comel. Akhirnya Jimin memutuskan untuk membeli sepasang kelip rambut bercorak polka dot berwarna biru laut untuk dijadikan ole-ole buat adik kesayangannya, Park Nana. Buat ibu tercinta, Jimin membelikan sehelai dress berwarna cream. Untuk Park Nana, Jimin belikan dress berwarna royal blue yang menjadi pilihan hati Park Jimin.
Park Jimin membimbit tiga buah beg kertas sambil berjalan di tingkat lima mall itu. Tiba-tiba dia merasa telinganya berdesing dengan kuat dan kepalanya terasa amat sakit. Beg kertas tersebut jatuh dari tangannya. Tubuhnya jatuh melutut seolah-olah otaknya tidak dapat berfungsi buat beberapa detik. Jimin memejamkan matanya buat satu ketika, lalu tangannya yang menggigil perlahan-lahan menyeluk kocek seluar jeansnya. Dalam keadaan mata yang agak kabur, dia mendail nama ibu saudaranya.
"Mak su, Jimin sakit!" Suara perlahan Jimin menerpa ke telinga ibu saudaranya. Jimin terus mematikan panggilan telefonnya.
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...